Thursday, August 31, 2006
Apa dah jadi dengan CONVEST UIAM?
Apa dah jadi dengan CONVEST UIAM keli ke-22?

Photobucket - Video and Image Hosting

Ikuti laporan ringkas sekitar Convest UIAM...

Kumpulan Wirdani

Kenalkah anda kumpulan nasyid Wirdani? Mereka telah membuat persembahan di UIAM sempena Convest. Ok lagi la kot, walaupun cukup mencetuskan kontroversi kerana mereka adalah wanita.

Tapi, apa kes pula dengan artis-artis di bawah?

Farhan AF4

6ixth Sense

Achik dan Nana

Kenalkah anda artis-artis ini? Mereka adalah di antara yang telah menyampaikan persembahan sempena Convest UIAM. Antara artis-artis lain yang turut terlibat adalah: Yabang (bekas anggota Jinbara), Lips (artis perempuan berkumpulan) dan Lan Pet Pet.

Tak pernah dalam sejarah UIAM, artis luar, khususnya wanita dibawa masuk untuk mengadakan persembahan. Ini kerana mahasiswa UIAM begitu sensitif dengan isu hiburan.

Ya, hiburan dibenarkan dalam Islam. Islam tidak menghalang hiburan. Malah, Nabi Muhammad SAW pernah dihiburkan oleh ALLAH tatkala Baginda bersedih kerana kematian isteri dan bapa saudara Baginda. Tetapi bentuk hiburan perlulah mengikut lunas dan syariat Islam.

Hayati lirik nasyid Raihan:
"Berhibur tiada salahnya... Kerana hiburan itu indah...
Hanya pabila salah memilihnya... Membuat kita jadi bersalah..."

Maka, apabila artis yang menyampaikan hiburan tidak menutup aurat, mempunyai rekod akhlak mahmudah yang teruk, maka mahasiswa Islam UIAM tidak boleh menerima kehadiran mereka kerana bercanggah dengan prinsip Islam.

Tetapi, apa dah jadi dengan CONVEST UIAM pada tahun ini?

Siapa yang bertanggungjawab mambawa artis-artis ini masuk?

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
"Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran"


Baca: Pensyarah turut kritik Convest
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 9:06 PM   0 comments
Wednesday, August 30, 2006
Bayar sama-sama, makan suku-suku
Kerajaan telah berjanji untuk meningkatken sistem pengangkutan dalam negara sebagai nilai tebus kepada kenaikan harga minyak.

Terima kasih kepada Kerajaan kerana menunaikan janji.

Berita Harian, 30 Ogos 2006 RM10b baiki pengangkutan

Beruntunglah mereka yang tinggal di Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Bagaimana pula nasib rakyat yang tinggal di negeri-negeri lain? Kampung-kampung? Harga minyak naik, mereka tak guna minyakkah? Kenapa duit yang mereka bayar hanya digunakan untuk kemudahan mereka di bandar-bandar besar? Apa keuntungan yang rakyat-rakyat lain dapat?

Entah...

Agak-agak, siapa yang paling untung dalam projek ini?

Rakyat di kampung?
Rakyat di bandar?
Atau mereka dan keluarga (baca:kroni) mereka?

Entah...

Memetik kata-kata DSAI : "Yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana"
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 3:53 PM   0 comments
Tuesday, August 29, 2006
Perhimpunan Aman Mahasiswa UIAM
Siaran tertunda....

[Tanggal 18 Ogos 2006, Selepas solat Jumaat]

Mahasiswa UIAM mengadakan Perhimpunan Aman
di perkarangan Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM.

Photobucket - Video and Image Hosting

Perhimpunan tersebut diadakan untuk menyuntik kesedaran kepada mahasiswa UIA khususnya terhadap isu-isu Islam tempatan, khususnya isu Lina Joy.

Mereka juga menyatakan bantahan terhadap Israel yang menceroboh dan menyerang Lubnan.

Klik untuk melihat gambar-gambar perhimpunan aman di UIA
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 4:13 PM   0 comments
Saturday, August 26, 2006
keADILan gender
Berita Harian 26 Ogos 2006 melaporkan:

"Seperti kita maklum, kementerian memperjuangkan semua undang-undang, dasar dan peraturan kerajaan yang tidak menjurus kepada ketidaksamaan gender dikaji semula"

Setelah membaca kenyataan akhbar tersebut, beberapa persoalan timbul di fikiran Awan

Persoalah pertama: Apakah ADIL yang dimaksudkan?

Ketika di sekolah menengah, Ustaz Awan
ajar dan sering mengingatkan, maksud ADIL adalah: Meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya.

Sebagai contoh, ada 2 orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Si bapa ingin membelikan baju untuk kedua-dua anaknya. Si bapa telah membeli baju kurung kepada si anak perempuan. Atas nama cuba berlaku 'adil', maka si bapa juga membeli baju kurung untuk anak lelaki. Adakah itu ADIL? Ini konsep 'ADIL' yang salah. Si bapa perlu membeli baju yang sesuai untuk anak lelaki. Membeli sesuatu yang sesuai. Meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Inilah ADIL yang sebenar.

Dalam isu ini, maksudnya Wanita mestilah diletakkan sesuai pada tempatnya, sesuai dengan kapasiti mereka sebagai WANITA

Perlu diingat, Wanita dijadikan berbeza dengan Lelaki

Secara fizikal, anatomi, biologi, psikologi, emosi, metabolisme tubuh, kecenderungan, naluri dan lain-lain... wanita dijadikan berbeza dengan lelaki dalam pelbagai aspek. Dalaman dan Luaran. Fizikal, mental, emosi dan rohani. Ini hakikat kejadian yang mesti diakui dan tidak dapat disangkal oleh sesiapa dan kepada sesiapa.

Jadi, wanita mestilah diletakkan di tempat dan diberikan peranan yang sesuai dengan kapasitinya. Tidak semestinya SAMA dengan Lelaki, tetapi letakkan secara ADIL. Sesuai pada tempatnya. Ada tempat yang boleh sama dengan lelaki, dan ada yang langsung tidak boleh sama.

Justeru, apakah bentuk kesaksamaan yang dimaksudkan oleh Kementerian

Awan bersetuju dengan cadangan untuk mengkaji undang-undang, dasar dan peraturan untuk meletakkan Wanita sesuai pada tempatnya. Tetapi yang menjadi keraguan, apakah panduan yang akan diguna untuk mengkaji semula?

Persoalan kedua: Apakah panduan kajian semula tersebut?

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, yang jika sekiranya kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, kamu tidak akan selamat untuk selama-lamanya. Itulah KITAB ALLAH, dan SUNNAH RASULULLAH"

Dalam Al-Quran, Allah berfirman:

"Orang Islam lelaki dan orang Islam wanita, mereka saling tolong-menolong antara satu sama lain.."

"Lelaki itu adalah pelindung bagi perempuan, kerana Allah telah melebihkan sebahagian dari mereka ke atas sebahagian yang lain..." (An-Nisa' : 34)

Al-Quran dan As-Sunnah telah menyediakan garis panduan asas yang jelas dalam mengaturcarakan kehidupan, termasuk dalam persoalan gender. Hanya garis panduan ini yang dijamin membawa keharmonian kepada individu, masyarakat dan negara.

Tetapi, yang menjadi kerisauan Awan, selaku salah seorang rakyat dalam Negara Islam Malaysia adalah, segala keputusan yang dibuat oleh pihak tertinggi, jarang sekali merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Sejarah telah membuktikan.

Pemansuhanan matapelajaran jawi, pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, isu perundangan dan kehakiman, galakan budaya hedonisme dengan membenarkan konsert-konsert, birokrasi dan halangan untuk memberi ceramah, dan lain-lain. Ini hanya sebahagian contoh isu yang menggambarkan betapa Islam tidak dijadikan rujukan dalam mentadbir negara.
Jadi, apakah panduan yang akan digunakan dalam isu kali ini? Adakah Al-Quran yang dikatakan sumber utama dalam pendekatan Islam Hadhari? Atau hanya menggunakan pertimbangan akal? Lebih teruk, jika dipengaruhi dengan idea dan isme feminisme yang dijuangkan oleh Sisters in Islam dan fahaman Islam Liberal. Na'uzubillah

Persoalan ketiga: Isu Aqidah...isu penghinaan terhadap Islam... atau isu Gender?

Nampaknya kerajaan begitu memandang serius dalam isu ini sehinggakan dibentuk 3 jawatankuasa khas, khusus untuk mengkaji semua dasar, undang-undang serta peraturan yang mempunyai unsur ketidaksamaan gender, termasuk perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan.]

Najib berkata, tiga jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Mengkaji Perlembagaan Persekutuan yang dipengerusikan Jabatan Peguam Negara, Jawatankuasa Mengkaji Undang-undang dan Peraturan Imigresen (Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri) dan Jawatankuasa Mengkaji Undang-undang dan Peraturan berkaitan pekerjaan (Kementerian Sumber Manusia).

[Berita Harian, 26 Ogos 2006]

Lupakah kerajaan, bahawa pada ketika ini juga isu Azlina Jailani @ Lina Joy, Artikel 11, gerakan Islam Liberal dan IFC begitu panas diperkatakan? Isu-isu jelas boleh menggugat status Islam sebagai agama yang tertinggi dan boleh menjejaskan aqidah umat Islam di Malaysia. Tetapi respon dan reaksi dari pihak tertinggi nampaknya begitu lembap dan sepi. Tidak ada tindakan tegas, penubuhan jawatankuasa atau apa sahaja usaha untuk menghalang gerakan-gerakan anti-Islam tersebut.

Lebih merisaukan lagi, isu gender ini juga boleh membawa kepada penyelewengan aqidah apabila kajian yang dilakukan tidak dilandaskan kepada Islam dan hanya berdasarkan logik akal semata-mata.

Disini, keseriusan pihak kerajaan untuk membawa Islam semakin diragui. Pendekatan Islam Hadhari yang begitu dibanggakan juga tidak mampu berbuat apa-apa.

Terima kasih kepada kerajaan kerana begitu lembap menangani isu murtad dan membiarkan Islam terus dihina dan diserang.

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 7:06 PM   9 comments
Thursday, August 24, 2006
Lumba
Satu perlawanan bola sepak akan berlangsung. Sedikit maklumat tentang perlawanan

Pasukan : A melawan B
Padang : Condong 15 darjah. Gol pasukan B berada di sebelah rendah
Pengadil : Bias kepada pasukan A
Syarat : Apa sahaja kesalahan kumpulan A mesti dilindungi.

YAB Perdana Menteri: "Kesungguhan ditunjukkan rakyat negeri ini (Kelantan) untuk berubah ke arah yang lebih baik, memberi harapan yang cerah kepada BN untuk merampas kembali negeri itu"

YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz: "Semangat mahu berlumba itu dituntut dalam Islam dan bukan sekadar ia menjadi amalan demokrasi sahaja. Jadi semangat mahu berlumba itu cukup mustahak. Dan kebetulan pula demokrasi dan Islam menggalakkan semangat berlumba-lumba. Maka kita berlumbalah"

Tapi, apa akan jadi jika perlumbaan dan perlawanan tersebut adalah tidak adil dan berat sebelah dengan dipenuhi segala macam penipuan?

Pilihanraya Kampus semakin hampir. Adakah sistem demokrasi yang dijunjung di Malaysia ini akan terpelihara? Adakah Aspirasi akan mengekalkan kemenangan(?) mereka secara anak jantan?

Sejarah telah membuktikan segala-galanya...
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 1:17 PM   2 comments
Tuesday, August 22, 2006
Perkampungan Hadhari di Kelantan
Awan mendapat SMS dari beberapa orang rakan supaya menulis tentang Perkampungan Hadhari di Kelantan.

Sukar untuk mendapatkan maklumat kerana tidak mendapat liputan meluas dari media perdana. Terima kasih kepada ibnu ahmad kerana menghantar email dan gambar tentang program tersebut.

Program perkampungan 3 hari, 18-20 Ogos tersebut dianjurkan oleh Majlis Kemajuan Kelantan dengan kerjasama JPP Kelantan, Yayasan Kemiskinan Kelantan, TV3, TV9 dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada). Namun, ada 'pihak' yang menjadi playmaker dalam menjayakan program tersebut. Siapa? Adakah Pengerusi KADA, Dato' Seri Annuar Musa, yang menyampaikan ucapan perasmian?

Cuma, ada persoalan yang Awan ingin utarakan:

1. Mengapa tidak menggunakan perkataan 'Islam' dalam nama program? Cuma 'Perkampungan Hadhari', bukan 'Perkampungan Islam Hadhari'. Sudah tak mau Islam ke?

2. Mengapa tidak dijemput pihak Kerajaan Negeri sebagai wakil, jika ini bukan anjuran berorientasikan politik? Jika program JomHeboh anjuran TV3 pun boleh menjemput Menteri Besar, mengapa tidak dengan program ini? Ke memang bermotiifkan politik?

Sila klik "Read More" untuk melihat gambar-gambar suasana program Perkampungan Hadhari tersebut.


Suasana pentas yang lengang...

Lengang jugak...

Hujan rahmat?



Maklumat Tambahan:

1. Kerajaan Pas Kelantan benarkan Jomheboh! bersyarat


Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 1:11 PM   0 comments
Friday, August 18, 2006
Get ready!
Kepada semua bloggers, khususnya yang meletak gambar ini di hosting masing-masing.

Photobucket - Video and Image Hosting

Sudahkah anda bersedia?

OPERASI LALANG II
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 4:56 PM   5 comments
Back to the Al-Quran
Cerita I

Photobucket - Video and Image Hosting height=180Khalid Al-Walid adalah orang yang bertangggungjawab dalam memporak-porandakan tentera Islam ketika Peperangan Uhud. Nabi Muhammad sendiri patah gigi baginda lantaran asakan dari tentera musyrikin di bawah pimpinan Khalid Al-Walid.

Tetapi, setelah memeluk Islam, Khalid Al-Walid jugalah yang menjadi Panglima perang dalam beberapa siri peperangan Islam. Khalid Al-Walid tetap akan dikenang sebagai seorang strategis perang Islam yang agung.

Kenapa personaliti beliau berubah sebegitu rupa?

Inilah kuasa HIDAYAH

Cerita II

Photobucket - Video and Image HostingDalam Dialog Tun Dr Mahathir pada 24 Jun, Tun menyatakan:

"Islam ni sesuai sepanjang zaman. Jangan fikir ia sesuai zaman kereta lembu je, zaman Nabi. Zaman sekarang sesuai, tinggal lagi apa yang kita tafsir dan apa yang terdapat dalam Al-Quran. Kalau kita ikut yang betul maka ia sesuai untuk zaman berapa moden sekali pun"

Inilah salah satu ciri-ciri khusus Islam : WAQI'IE

Semoga seluruh umat Islam mendapat HIDAYAH dari Allah SWT.

Cerita III

Berita Harian, 18 Ogos 2006 melaporkan:

Photobucket - Video and Image HostingKOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta polis turut menggunakan pendekatan agama bagi menangani masalah jenayah yang kian meningkat di kalangan remaja kini

"Kalau boleh, biar ketua polis yang lengkap berpakaian seragam turut membaca khutbah Jumaat bagi menarik perhatian remaja mendekati sembahyang, inilah cara lebih berkesan berbanding cara lama."


Walau di zaman mana pun, pendekatan Islam adalah yang terbaik untuk diaplikasikan bagi mengatasi segala masalah sosial yang berlaku.

Sifat Islam yang WAQI'IE dan persoalan HIDAYAH adalah pertimbangan utama dalam merancang modus operandi untuk membentuk peribadi remaja masa kini.

Bagaimana?

Back to the Al-QURAN!
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 4:05 PM   0 comments
Thursday, August 17, 2006
Withstand II
"Dan Muhammad itu hanyalah seorang Rasul; yang sebelumnya telah berlalu beberapa rasul. apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berpaling ke belakang? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak akan merugikan ALLAH sedikit pun. Dan ALLAH memberi balasan kepada orang yang bersyukur "

[Surah Ali 'Imran : 144]

Apabila Nabi Muhammad wafat, maka seluruh dunia pun menangis dan bersedih. Apatah lagi sahabat-sahabat Baginda yang begitu menyayangi Baginda.

Mujurlah bangun Saidina Abu Bakar, membacakan ayat Al-Quran di atas. Menyedarkan sahabat-sahabat bahawa perjuangan ini bukan kerana seorang manusia agung bernama Muhammad. Tetapi, perjuangan ini mempunyai prinsip yang mesti diteruskan. Demi ALLAH, dan kerana ALLAH.

Catatan harian:

[17 Ogos 2006] - Hari ini sepatutnya ada seorang insan yang meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke-21. Tetapi, 52 hari yang lalu, (26 Jun 2006) insan yang amat bermakna dalam kehidupan Awan itu telah kembali ke Rahmatullah kerana kemalangan. Al-Fatihah untuk arwah Khairul Azri b Mohd Annuar.

Bagi Awan, beliau akan terus hidup dalam hidup Awan. Dan Awan berdoa agar kami dipertemukan kembali pada suatu hari nanti. Semoga Allah merahmati ruh beliau...

Walau apapun, perjuangan ini mesti diteruskan. Kerana perjuangan ini wujud bukan kerana manusia, tetapi kerana ALLAH.

Withstand!
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 5:22 PM   2 comments
Tuesday, August 15, 2006
Power of THE REDS
Laporan Sukan

FA Community Shield

Liverpool menang 2-1 ke atas Chelsea


Ini merupakan satu peringatan untuk Chelsea:

MONEY CANNOT BUY EVERYTHING!

Peringatan ini juga ditujukan kepada:

1. Orang yang bagi rasuah
2. Orang yang terima rasuah
3. Orang yang mengampu kerana wang
4. Orang yang membelakangi keadilan demi duit
5. dan kroni-kroni mereka di atas...
6. dan lain lain...

Nota kaki dari Awan :
Belajarlah dari motto Liverpool - You'll Never Walk Alone!

Laporan dalam negara

Pak Lah berkata dan mengingatkan:
"Jangan salah guna demokrasi untuk membuat kacau dan sebar fitnah"

Ini merupakan satu peringatan untuk mereka yang selalu buat kacau:

DON'T MISUSE THE DEMOCRACY!

Peringatan ini juga ditujukan kepada:

1. Orang yang mencabul kebebasan dan kehormatan bersuara dalam ruang demokrasi
2. Orang yang memukul rakyat yang bersuara atas hak demokrasi
3. Orang yang menyebabkan idealisme mahasiswa terbunuh
4. Orang yang bertanggungjawab terhadap penyelewengan dalam Pilihanraya Kampus
5. dan orang yang satu 'mangkuk' dengan mereka di atas...
6. dan lain-lain...

Nota kaki dari Awan :
Nasib baik ada bloggers yang menyebarkan kebenaran dan keadilan.

Sekian, terima kasih
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 10:16 AM   6 comments
Friday, August 11, 2006
Withstand!
[Di hadapan kelas, pensyarah - Mdm Z (bukan nama sebenar) - sedang mengajar]

Subject : Introduction to Microbiology

Topic : Bacteria

Characteristics : Some of them can withstand in extreme environment; dry location, powerful activity of digestive enzyme, intense acid of volcanic acid, extreme high and cold temperature….

[Dalam kelas yang sama, pelajar – Awan (bukan nama sebenar) – sedang menyalin nota]

Subject : Introduction to Microbiology

Topic : Student (Mahasiswa)

Characteristic : Some of them can withstand in extreme circumstances; pressure of AUKU, powerful of university’s administration, intense activity of government, awful aspiration group, extreme and unacceptable act….

Nota tambahan: Mahasiswa perlu belajar dari bakteria. Walau apa jua tekanan dan dugaan, mahasiswa mesti terus berjuang. Withstand!

Moral : Tumpukan perhatian kepada pelajaran semasa berada dalam kelas!
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 12:13 PM   13 comments
Wednesday, August 09, 2006
SMS
"Azlina Jailani (Lina Joy) telah menang di Mahkamah. Pertubuhan Melayu Kristian telah diluluskan. Sebarkan dan berdoa moga umat Islam selamat..."

SMS di atas adalah antara SMS yang tersebar tanpa diketahui asal-usulnya. Kita pula serta-merta bersedih dan menyebarkan kepada rakan-rakan. Kononnya menyebarkan kebenaran. Credit pun habis, propaganda 'musuh' berjaya.

Must read:
1. Berita : Keputusan Kes Lina Joy ?! Banyak SMS palsu
2. BERITA PALSU
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 10:27 AM   0 comments
Mr Clean
Perdana Menteri kita telah di wawancara oleh Pengerusi Bernama, Datuk Mohd Annuar Zaini dalam program khas "Bersemuka Bersama Perdana Menteri" kira-kira 40 minit yang disiarkan TV3, beliau menjawab satu persatu tuduhan yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin negara termasuk oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

KOSMO!, Selasa, 8 Ogos 2006 melaporkan:

"...Abdullah antara lain mengakui sukar baginya menjadi 'orang baik' (Mr. Nice Guy) yang menyebabkan timbul pelbagai tohmahan terhadap beliau"

Mengapa sukar bagi Pak Lah untuk jadi seorang 'Mr Clean' atau 'Mr Nice Guy'?

Maka,Zunar telah menjawabnya...



Roslan SMS: Drama yang tidak meyakinkan
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 10:02 AM   0 comments
Tuesday, August 08, 2006
Sunnah
Dulu...

Nabi Muhammad dihalang untuk menyebarkan suara kebenaran di Makkah
Nabi Muhammad dikenakan sekatan
Nabi Muhammad dituduh pemecah belah masyarakat
Nabi Muhammad dituduh gila
Nabi Muhammad di ancam bunuh

Kerja siapa?
Pembesar-pembesar Quraisy di Makkah

Kenapa?
Takut kepentingan peribadi dan kroni-kroni mereka terjejas

Sekarang...

Blog dihalang untuk menyebarkan suara kebenaran di Malaysia
Blog dikenakan sekatan
Blog dituduh pemecah belah masyarakat
Blog dituduh mengancam keselamatan negara
Bloggers di ancam akan didakwa dan penjara

Kerja siapa?
Pembesar-pembesar Melayu di Malaysia

Kenapa?
Takut kepentingan peribadi dan kroni-kroni mereka terjejas

Kepada semua Bloggers yang cintakan KEBENARAN dan KEADILAN
Jangan takut kawan-kawan... inilah sunnah perjuangan!



Most wanted blogs:
1. Need for Speed - Underground
2. Red Alert - Chronostorm

Amaran dari Kerajaan Malaysia: Jangan baca artikel-artikel ini!
1. Peduli Apa!
2. Shut up blogger!
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 9:53 AM   2 comments
Monday, August 07, 2006
Sudah tiba masa untuk Khairy...
Kata Khairy, "‘‘Parti lebih penting daripada individu, jadi kalau perwakilan melihat saya menjadi liabiliti (beban) kepada pergerakan ini, maka saya perlu berundur diri.’’

Mengapa Khairy berani keluarkan kenyataan begitu?

Beliau menantu PM?
Beliau memiliki rangkaian (circle) tersendiri dalam pentadbiran?
Beliau pernah menggagaskan MyTeam dan dianggap seorang yang think out of the box?
Beliau pernah lead demonstrasi besar-besaran di KLCC dan menganggap itu telah menaikkan "saham" beliau?

Namun Khairy perlu ingat..

Beliau pernah di'boo' ketika Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2004.
Beliau didakwa terlibat dalam kes pembelian saham ECM Libra bernila RM9.2 juta yang masih belum selesai.
Isterinya, Nori (anak PM) terlibat dengan SIS, IFC dan isu yang amat menyentuh sensitiviti umat Islam.

Namun, latah Khairy kali ini menggambarkan:

1. Kekuatan suara pembangkang. Walaupun tiada saluran yang baik di arus media perdana, namun mesej yang dibawa telah sampai.
2. Khairy tidak mampu lagi menahan asakan baik dari peringkat luaran (pembangkang) mahupun dalaman (UMNO).

Mungkin sudah tiba masanya untuk Khairy....
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 3:55 PM   0 comments
Thursday, August 03, 2006
Kuat
Dalam Kitab Al-Qur'an menyatakan:

“Sesungguhya orang yang paling baik untuk engkau ambil sebagai pekerja ialah ialah orang yang kuat (Al-Qawiy) dan dapat dipercayai (Al-Amin)”

- Surah Al-Qasas : 26 -

Muhammad bin Abdullah pernah bersabda:

Mu’min yang kuat (Al-Qawiy) itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mu’min yang lemah dan dalam tiap-tiap kebaikan itu rebutlah apa yang mendatang manfaat kepada engkau, mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan lemah”

- Diriwayatkan oleh Muslim -

Apakah Al-Qawiy (kuat) yang dimaksudkan?

(Sila rujuk kitab tafsir Al-Qur'an dan Hadith untuk tafsiran lanjut perkataan Al-Qawiy di atas)


Body tough?
Boleh angkat balak?
Boleh tarik kapal terbang?
Atau apabila jadi Mr. Universe?

Bagi Awan, seseorang itu dikira KUAT apabila dia mempunyai KUALITI DIRI (personal quality)

Kerana hanya orang yang mempunyai KUALITI DIRI…:

1. … lebih layak untuk dilantik sebagai pemimpin
2. … lebih dikasihi oleh Allah

Adakah anda mahu jadi seorang yang lebih dikasihi oleh Allah?

Maka, tingkatkanlah KUALITI DIRI anda!

Baca : Kenapa Menjadi Cicak Kalau Boleh menjadi Naga?
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 12:45 PM   1 comments
Tuesday, August 01, 2006
Pak Belalang dan New Middle East
Dengan maklumat dan fakta yang amat terbatas, Awan cuba membuat tilikan, apakah kesudahan bagi peperangan di Timur Tengah/ Asia Barat? Kemungkinan cuma ada 2:

1. Zionis Israel dan Amerika menang. Maka dunia akan berada dalam kegelapan. Zionis akan terus berkuasa. Malah, mungkin tiada lagi kuasa yang mampu menggugat mereka ketika itu.

2. Islam menang. Kemungkinan inilah titik mula tertegaknya kembali Khilafah Islamiyyah yang amat kita rindui. Islam kembali memerintah dunia.

Walau apapun kesudahannya, keputusan peperangan ini pasti akan menatijahkan sesuatu yang amat besar kepada geopolitik dunia. Maka ketika itu akan terbentuknya "A NEW MIDDLE EAST" atau "A NEW WEST ASIA yang akan merubah wajah saentero dunia.
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 9:57 AM   1 comments


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates