Friday, December 29, 2006
Selamat Hari Taya Korban
Awan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban kepada:

1. Ibu bapa & keluarga
2. Guru-guru
3. Senior-senior
4. Sahabat-sahabat
5. Seluruh mahasiswa
6. Umat Islam di Malaysia
7. Umat Islam di seluruh dunia

Setiap dari kita ada peranan tersendiri yang semestinya memerlukan pengorbanan untuk menjayakannya. Bayangkan kaalu ibu bapa tak sanggup berkorban untuk anak-anaknya? Guru-guru yang tak berkorban untuk murd-muridnya? Atau sesiapa sahaja yang enggan berkorban demi merealisasikan sebuah KEHIDUPAN. Kehidupan dalam erti kata yang sebenar untuk memenuhi tuntutan dunia dan akhirat. Maka hancurlah dunia ini!

Oleh itu, mari bersama mengahayati semangat pengorbanan.

Tema hari ini: Tingkatkan Pengorbanan!! :)
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 12:42 PM   4 comments
Tuesday, December 26, 2006
Hari ini dalam sejarah
Semalam (25 Disember 06) :
Hari Krismas

Hari ini (26 Disember 06) :
Genap 6 bulan pemergian arwah Khairul Azri Mohd Annuar. Al-Fatihah...

Akan datang :
Hari Raya Haji & Tahun Baru 2007

Masa akan terus berlalu. Kerana masa, maka tercatatnya sejarah. Masa tidak akan kembali, tetapi pepatah Inggeris ada mengatakan: "The history repeats itself".

Samada kita akan mengulangi sejarah yang baik atau sejarah yang buruk, itu terpulang ke atas kita. Yang pasti, sejarah yang agung akan terus dikenang manusia selama-lamanya.

Ciptalah sejarah, sekurang-kurangnya untuk dikenang oleh diri kita. Adalah lebih hebat jika kita mampu mencipta sejarah untuk dikenang masyarakat, negara dan dunia.

Kita mampu mencipta sejarah!
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 6:28 PM   1 comments
Saturday, December 23, 2006
Biarkan orang muda itu berkata
"Dia orang muda... bagi dia bercakap"

Begitulah reaksi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr Abdullah Md Zin apabila diminta penjelasan mengenai pandangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) mengenai isu khalwat.

Baca artikel penuh di: Mufti Perlis "orang muda, bagi dia bercakap"

Inilah sikap yang sepatutnya ada pada seorang pemimpin. Inilah juga sikap yang telah ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar tatkala mereka ditabal menjadi Khalifah.

Orang muda ada pandangannya dan stail yang tersendiri. Kadang-kadang, kalaupun pandangan itu agak bertentangan dengan pandangan 'orang tua', ia mampu membuatkan 'orang tua' memikirkan kembali apa yang patut mereka fikirkan.

Dalam kes Dr MAZA, walaupun pada awalnya ia agak mencetuskan kontroversi, tapi pada akhirnya, satu lagi sistem penguatkuasaan undang-undang di Malaysia telah direnovasi dan diperbaiki. Inilah hasil cakapan 'orang muda'. Jika tidak kerana 'orang muda', entah bila sistem itu akan terus di takuk lama. Status-quo!

Pengajarannya:

Suara 'orang muda' jangan disekat. Tapi ia perlulah dipandu dengan prinsip yang betul kerana ia mungkin memberi natijah yang cukup besar untuk masyarakat. Terima kasih kepada Dr MAZA kerana satu membuka dimensi baru untuk 'orang muda'.

Tapi, bagaimana pula dengan suara golongan 'orang muda' yang bergelar Mahasiswa?

Suara mahasiswa telah lama di sekat. Sejak AUKU dikuakuasakan pada 1971, dan dipinda pada 1975 yang menjadikannya lebih ketat, suara 'orang muda' ini telah dinafikan haknya. Selama lebih 31 tahun, tiada satu pun ruang rasmi untuk 'orang muda' ini menyuarakan pandangan mereka. Kalaupun ada, mereka akan dituduh mengkritik dan melawan kerajaan, pro-pembangkang dan seumpama dengannya.

Hasilnya, setelah 31 tahun, mahasiswa kini jadi lemah dan lesu. Tidak kreatif dan kritis. Ketika negara berhadapan dengan masalah sosial dan pengangguran, mahasiswa pula dituduh tidak berdaya saing.

Siapa sebenarnya yang telah membunuh daya saing mahasiswa?

Malangnya nasib 'orang muda' Malaysia...

Nasihat Awan kepada pihak berkenaan:
Jangan disekat suara orang muda. Tapi, pandulah mereka berasaskan prinsip yang betul.
Biarkan orang muda itu berkata....

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 10:21 AM   1 comments
Wednesday, December 20, 2006
Aqidah & Perjuangan
"Kenapa layang-layang perlu diikat dengan tali? Apa akibatnya jika tali itu putus?"

Dalam buku Aqidah & Perjuangan, sebuah buku yang memuatkan siri-siri ceramah Almarhum Us Fadzil Mohd Noor menyatakan definisi Aqidah:

"Perkataan ‘aqada dalam bahasa Arab bererti mengikat. Aqidah adalah merupakan satu ikatan keyakinan yang mengikat diri seseorang, pemikiran seseorang dan hati seseorang dengan satu keyakinan dan dengan itu kehidupannya menjadi satu kehidupan yang terarah dan terpimpin."

Kita sering mengeluh, mengapa gejala sosial semakin lama semakin parah.
Rompak... Samun... Rogol... Seks bebas... Sumbang mahram... Buang anak... Rasuah... Korupsi... bla... bla... bla...

Apa puncanya? Maka terdengarlah suara-suara yang menyalahkan pihak-pihak tertentu.
Ibu bapa... Guru... Pemimpin... Lelaki... Wanita... bla... bla... bla...

Namun, masalah tak juga selesai. Malah, semakin teruk. Kenapa ye?

"Kenapa layang-layang perlu diikat dengan tali? Apa akibatnya jika tali itu putus?"

Sebenarnya, pusing punya pusing, masalah yang berlaku di dunia ni - baik masalah di peringkat individu, masyarakat, negara bahkan dunia - adalah kerana kehidupan mereka tidak terarah dan terpimpin.

Kerana itu dalam Islam, perkara paling asas yang wajib dipelajari oleh semua manusia adalah AQIDAH.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor telah megemukakan satu definisi yang cukup mudah kepada kita untuk menggambarkan betapa AQIDAH mampu mencorakkan SELURUH kehidupan manusia agar aman... agar damai... agar selamat... di dunia dan akhirat.

Dari AQIDAH, maka lahirlah kehidupan yang TERARAH.
Dari AQIDAH, maka lahirlah kehidupan yang TERPIMPIN.

Kehidupan disini merangkumi seluruh peringkat: individu, keluarga, masyarakat, negara mahupun dunia.

Diri, pemikiran, hati dan kehidupan kita 'di ikat' dengan 'ikatan keyakinan'. Maka, 'ikatan' inilah yang akan mengawal diri, pemikiran, hati dan kehidupan kita dari melayang tak tentu hala yang akhirnya mengakibatkan kebinasaan.

Hidup kita adalah kerana AQIDAH, perjuangan kita adalah perjuangan AQIDAH, dan pastikan mati kita juga adalah dalam AQIDAH.

"Kenapa layang-layang perlu diikat dengan tali? Apa akibatnya jika tali itu putus?"


Supaya layang-layang itu jadi terarah dan terpimpin. Jika tidak, ia akan melayang dengan bebasnya tanpa tujuan, akhirnya tersadai sebagai sampah yang tak berguna...


Baca : Apa Tajuk Bab 1 Dakwah Anda

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 2:54 PM   3 comments
Friday, December 08, 2006
Jenayah dan Kemunkaran
Beberapa hari yang lalu, kecoh diperbincangkan tentang isu kuasa untuk menangkap pasangan berkhalwat. Ini rentetan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkaitan isu operasi mengintai pasangan Islam sebelum ditahan atas tuduhan berkhalwat.

Dr Mohd Asri menyatakan:
"Prinsip amar makruh nahi mungkar hanya boleh dilaksanakan apabila kesalahan dan jenayah dilakukan secara terbuka, tetapi menceroboh hak individu lain, bertentangan ajaran Islam"

Dan, setelah diadakan perbincangan dengan pihak JAKIM, maka keluarlah satu keputusan:

"Mengikut SOP (standard of procedure) yang baru digubal ini, sebarang operasi hanya boleh dilakukan mereka yang mempunyai surat kuasa daripada jabatan agama Islam negeri atau pemerintah negeri terbabit."

"Sekarang sesiapa saja termasuk orang awam, diberi kad kuasa untuk menjalankan operasi mencegah khalwat berikutan kekurangan pegawai penguat kuasa di jabatan agama Islam negeri."

Hmm... bagi Awan, sekurang-kurangnya lontaran Dr Asri telah menimbulkan perbincangan konstruktif dengan JAKIM untuk menambahbaik sistem pencegahan maksiat yang sedia ada. Tidak kira maksiat yang bersembunyi di bilik-bilik hotel mahupun di tempat-tempat terbuka. Jangan cakap tin kosong sudah!

Tapi... bercakap tentang mencegah perkara mungkar, isu pasangan berkhalwat cuma satu jenayah picisan yang berlaku di Malaysia.

Mengapa demikian? Kerana di sana masih terdapat amat banyak kemungkaran dan jenayah yang telah, sedang dan akan berlaku di seluruh negara. Siapa nak peduli semua ni? Nak harapkan Menteri dan kepimpinan negara? Merekalah yang jadi batu penghalang, malah penggalak kepada maksiat.

Ni salah satu contoh: http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1010950 (Global Indian Film Awards Bollywood)

Dan... ada satu jenayah, kemungkaran dan bid'ah paling besar dalam negara yang ramai orang Islam tidak menyedarinya.

Apa dia?
Lihat dalam Perlembagaan Persekutuan yang jadi undang-undang TERTINGGI negara... Lebih tinggi dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Nah!
Siapa nak peduli???

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 2:41 PM   4 comments
Thursday, December 07, 2006
Apa la Ronaldinho!
Sekarang ni musim orang demam EUFA - Liga Eropah.

Apabila menonton bola, maka ramailah penonton yang bersorak:

"Pergh.. power siot gol Ronaldinho!"
"Cayalah Man. U. Menang 3-1 dengan Benfica."
"Fuyooo... Nistelrooy score hatrik tuuu"

Tak kurang juga yang mengulas:

"Apa la Shevschenko, tu pun takleh score!"
"Apa punya mangkuk la, pass pun tak betul"
"Woi, rembat la, tunggu apa lagi!"
"Baik tak payah main la wei!"

Maka, mengulaslah mereka seolah-olah mereka lebih baik dari pemain terbaik Eropah 2004 - Ronaldinho.

Penonton memang seronok menyorak dan mengutuk. Yang menjadi mangsa adalah pelakon dan pemain di pentas-pentas kehidupan. Pelakon dan pemain tidak akan lepas dari sorakan dan kutukan para penonton.

Inilah sunnah kehidupan. Manusia sesempurna Muhammad bin Abdullah pun tidak putus-putus disorak dan dikutuk. Apatah lagi manusia biasa seperti kita.

Namun, baik sorakan mahupun kutukan, bagi Awan, kedua-duanya adalah signifikan untuk kehidupan. Kenapa sorakan? Ia adalah sebagai sumber motivasi extrinsik bagi penerusan kehidupan. Kenapa kutukan? Kalaulah Awan boleh menggunakan bahasa lain yang boleh kita panggil MUHASABAH.

Walau apapun sorakan dan kutukan terhadap Ronaldinho, gol free kick nya semasa menentang Wender Bremen adalah satu lagi keajaiban baru dalam dunia bola sepak.

Inilah bukti, walau apapun sorakan dan kutukan, anda tetap anda jika anda mempunyai kualiti diri yang tinggi. Bahkan, baik kutukan mahupun sorakan, ianya hanya akan menjadi pendorong kepada anda untuk lebih maju ke hadapan.

Apa la Ronaldinho!
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 12:16 PM   5 comments
Tuesday, December 05, 2006
Media, Blogger dan Etika

Nampaknya, aura blog semakin ditakuti oleh mereka yang berselindung di sebalik kepalsuan dan kebatilan.

Zahid mahu media perdana lawan blog, Internet - Malaysia Today

Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Penerangan juga menasihatkan:

"Setiap orang ada etika, ada nilai diri, kita harap pengusaha blog juga mempunyai etika."

Secara peribadi, Awan menyokong nasihat Datuk Ahmad Zahid Hamidi agar blogger menjaga etika mereka. Ini kerana, tanpa etika yang memagari diri, kita akan melanggar batasan. Ini sememangnya telah termaktub dalam ajaran Islam. Walaupun internet itu tidak bersempadan, tapi etikalah yang akan menjadikan batasan apa yang boleh dan apa yang tak boleh.

Awan teringat ulasan Tuan Guru Haji Abdul Hadi ketika mengulas berkenaan dengan isu karikatur Denmark yang membawa slogan kebebasan media. Haji Hadi menyatakan:

"Memanglah kapal terbang boleh terbang bebas di angkasa. Tapi kapal terbang pun ada batas ketinggian yang boleh dia terbang, ada sempadan negara yang dia boleh masuk, ada sempadan yang dia tak boleh. Begitu juga kita manusia, kita ada sempadan-sempadan yang tak boleh kita langkaui"

(Petikan di atas telah diubah skripnya dengan tidak menjejaskan maksud dan mesej asal)

Berbalik kepada nasihat Datuk Ahmad Zahid.

Sekarang, Awan ingin memulangkan nasihat Datuk kepada media perdana pada hari ini. Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro dan lain-lain.

Adakah mereka telah mempunyai etika yang cukup hingga Datuk menasihatkan agar media perdana ini bertindak menangkis hujahan para bloggers? Adakah mereka telah menyampaikan berita yang benar kepada rakyat? Adakah mereka telah diberi kebebasan yang sewajarnya untuk melaporkan berita yang berhak diketahui oleh rakyat?

Jika tidak, Awan menasihatkan Datuk selaku Timbalan Menteri Penerangan agar menjadikan media perdana yang ada sekarang agar mereka lebih beretika dan berprinsip dalam menyebarkan berita!

Kuman seberang laut nampak, cipan depan mata tak nampak... (atau buat-buat tak nampak?)



Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 1:02 PM   2 comments
Antara Toyota, Petronas, Digi dan blog Awan...
Awan ingin merujuk kepada ulasan YB Husam Musa tentang kemenangan Parti Republikan dalam pilihanraya AS baru-baru ini.

"Bagaimana mungkin serigala boleh mengawal kambing biri-biri untuk selamat? Kedatangan serigala itu sendiri adalah untuk memamah kambing pilihannya hari demi hari."

(Ulasan penuh YB Husam : Kekalahan Bush - Masa untuk OIC bertindak

Saban hari, Iraq terus menangis dan berdarah. Sebuah negara umat Islam yang telah diceroboh, dicabul, dirompak dan dihancur-musnahkan oleh tentera-tentera durjana AS. Warga iraq kini umpama 'biri-biri' yang dikawal oleh tentera 'serigala' AS. Sedangkan disana, Iraq dikelilingi negara-negara umat Islam lain yang sebenarnya punya upaya 'harimau' yang mampu mengusir dominasi dan kolonisasi AS di Iraq. Namun, 'harimau-harimau' yang begitu ramai telah dijinakkan oleh AS dan kini mereka telah menjadi lebih jinak dari 'kucing Parsi' yang gemuk gedempol hasil kekayaan bumi mereka sendiri. Hmm... jadi cipan lagi baik laa!

Salah satu sikap buruk manusia adalah suka menyandarkan kesalahan kepada orang lain tapi pada masa yang sama langsuung tidak melalukan tindakan untuk mengubahnya, walaupun jelas mereka punya keupayaan untuk melakukannya. Bukan tidak boleh menuding jari kepada orang lain, tetapi perlukah disertakan dengan tindakan anggota lain untuk mengubahnya. Apa guna anggota lain kalau tak diguna? Makan dan tidur? Baik tak payah ada!

Iraq bukanlah satu-satunya isu. Betapa banyak peristiwa dan trajedi yang berlaku baik dalam dan luar negara yang begitu menonjolkan kelemahan dan kenaifan manusia dalam menangani sesuatu isu.

Steven Covey memulakan tulisannya dalam buku 7 Habits dengan menekankan perubahan perlulah dari dalam-ke-luar. Bermula dari perubahan paradigma yang akan membentuk sikap, seterusnya menatijahkan tindakan yang berasaskan prinsip.

Sebenarnya idea beliau telah lama diajar dan dipraktikkan oleh Islam. Nabi Muhammad SAW telah mendidik para sahabat dengan berpaksikan Aqidah sebagai sumber paradigma dan prinsip hidup. Hasilnya, lahirlah Generasi Al-Quran yang memiliki apersonaliti dan kehidupan sosial yang begitu berkualiti. Kualiti yang komprehensif dalam segenap aspek kehidupan.

Bukan niat Awan untuk memperlekehkan idea Steven Covey, tetapi Awan terkilan kenaifan umat Islam yang gagal menghayati cara hidup Islam itu sendiri.

Namun berapa ramai sahaja yang punya upaya untuk mengubah fenomena ini ke arah yang lebih baik. Bahkan, berapa ramai sahaja yang punya upaya tadi yang sanggup bertindak. Lebih malang lagi, berapa ramai dari mereka yang sanggup bertindak yang konsisten dalam usaha mereka?

Walaupun Awan tak minat dengan kereta Toyota, tapi iklannya mempunyai daya tarikan tersendiri apabila mereka meletakkan slogan: "Moving Forward!"

Ditambah pula dengan kenangan iklan Petronas yang cukup bermakna: "Langkah mesti ke hadapa, bukan ke belakang!"

Inspirasi semakin membuak apabila Digi pula menambah: "Masa untuk berubah!"

Kawan-kawan... dari dari kita terus menyalahkan kegelapan, marilah kita sama-sama menyalakan lilin untuk menerangi kegelapan. (kalau ada spotlight, lagi bagus!)

[Awan mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan kerana terus memberi sokongan dan dorongan. Sungguh... koranglah insan-insan yang amat kusayangi!]

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 12:02 PM   1 comments


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates