Awan ingin merujuk kepada ulasan
YB Husam Musa tentang kemenangan Parti Republikan dalam pilihanraya AS baru-baru ini.
"Bagaimana mungkin serigala boleh mengawal kambing biri-biri untuk selamat? Kedatangan serigala itu sendiri adalah untuk memamah kambing pilihannya hari demi hari."(Ulasan penuh YB Husam : Kekalahan Bush - Masa untuk OIC bertindak Saban hari, Iraq terus menangis dan berdarah. Sebuah negara umat Islam yang telah diceroboh, dicabul, dirompak dan dihancur-musnahkan oleh tentera-tentera durjana AS. Warga iraq kini umpama 'biri-biri' yang dikawal oleh tentera 'serigala' AS. Sedangkan disana, Iraq dikelilingi negara-negara umat Islam lain yang sebenarnya punya upaya 'harimau' yang mampu mengusir dominasi dan kolonisasi AS di Iraq. Namun, 'harimau-harimau' yang begitu ramai telah dijinakkan oleh AS dan kini mereka telah menjadi lebih jinak dari 'kucing Parsi' yang gemuk gedempol hasil kekayaan bumi mereka sendiri. Hmm... jadi cipan lagi baik laa!
Salah satu sikap buruk manusia adalah suka menyandarkan kesalahan kepada orang lain tapi pada masa yang sama langsuung tidak melalukan tindakan untuk mengubahnya, walaupun jelas mereka punya keupayaan untuk melakukannya. Bukan tidak boleh menuding jari kepada orang lain, tetapi perlukah disertakan dengan tindakan anggota lain untuk mengubahnya. Apa guna anggota lain kalau tak diguna? Makan dan tidur? Baik tak payah ada!
Iraq bukanlah satu-satunya isu. Betapa banyak peristiwa dan trajedi yang berlaku baik dalam dan luar negara yang begitu menonjolkan kelemahan dan kenaifan manusia dalam menangani sesuatu isu.
Steven Covey memulakan tulisannya dalam buku 7 Habits dengan menekankan perubahan perlulah dari dalam-ke-luar. Bermula dari perubahan paradigma yang akan membentuk sikap, seterusnya menatijahkan tindakan yang berasaskan prinsip.
Sebenarnya idea beliau telah lama diajar dan dipraktikkan oleh Islam. Nabi Muhammad SAW telah mendidik para sahabat dengan berpaksikan Aqidah sebagai sumber paradigma dan prinsip hidup. Hasilnya, lahirlah Generasi Al-Quran yang memiliki apersonaliti dan kehidupan sosial yang begitu berkualiti. Kualiti yang komprehensif dalam segenap aspek kehidupan.
Bukan niat Awan untuk memperlekehkan idea Steven Covey, tetapi Awan terkilan kenaifan umat Islam yang gagal menghayati cara hidup Islam itu sendiri.
Namun berapa ramai sahaja yang punya upaya untuk mengubah fenomena ini ke arah yang lebih baik. Bahkan, berapa ramai sahaja yang punya upaya tadi yang sanggup bertindak. Lebih malang lagi, berapa ramai dari mereka yang sanggup bertindak yang konsisten dalam usaha mereka?
Walaupun Awan tak minat dengan kereta
Toyota, tapi iklannya mempunyai daya tarikan
tersendiri apabila mereka meletakkan slogan:
"Moving Forward!"
Ditambah pula dengan kenangan iklan
Petronas yang cukup bermakna:
"Langkah mesti ke hadapa, bukan ke belakang!"
Inspirasi semakin membuak apabila
Digi pula menambah:
"Masa untuk berubah!"Kawan-kawan... dari dari kita terus menyalahkan kegelapan, marilah kita sama-sama menyalakan lilin untuk menerangi kegelapan. (kalau ada spotlight, lagi bagus!)
[Awan mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan kerana terus memberi sokongan dan dorongan. Sungguh... koranglah insan-insan yang amat kusayangi!]
mata aku spesel. bleh skodeng dalam gelap. x yah pasang lilin...<