Wednesday, September 06, 2006
Steve Irwin dalam kenangan
Walaupun jarang mempunyai peluang untuk menoton, Awan amat meminati rancangan "Crocodile Hunter" yang dikendalikan oleh Steve Irwin.

Photobucket - Video and Image Hosting

Namun, pada 5 September 2006, Steve Irwin telahpun terbunuh kerana disengat oleh ikan pari ketika penggambaran di Timur Australia

Bagi Awan, rancangan tersebut bukan sahaja akan mengajak penonton mengenal alam haiwan secara lebih dekat, malahan mengajar kita untuk menghargai dan menyayangi ciptaan Tuhan

Walaupun Steve bukan beragama Islam, tetapi Awan mengagumi beliau kerana:

1. Beliau mempunyai kualiti diri tesendiri yang jarang dimiliki oleh manusia lain. Dan kebolehan yang beliau miliki di gunakan pada saluran yang tepat.

2. Beliau mengajar kita untuk menyayangi makhluk lain, sekalipun ianya adalah haiwan liar. Antara kata-kata yang sering dilafazkan oleh Irwin apabila menangkap seseekor haiwan adalah : "Wow, its buautiful!", "Fantastic!", "Don't you see it? It is so beauty"... sekalipun haiwan itu adalah haiwan buas dan pada pandangan kita haiwan itu lebih buruk dari sekor cipan.(Peringatan: Cipan adalah sejenis makhluk yang comel...hehe).

3. Beliau tidak pernah mengeji haiwan. Sekalipun disengat ataupun digigit, beliau mengatakan, "Itu adalah kesalahan kita kerana mengganggu dia (binatang)", atau,
"Jangan salahkan dia (binatang) kerana dia terasa terancam dengan kita"

3. Sepanjang hayat beliau, beliau telah meninggalkan legacy yang cukup besar kepada dunia. Setidak-tidaknya dalam pendokumentarian kehidupan haiwan. Beliau telah menunjukkan kesungguhan dan minat luar biasa dalam mencintai haiwan dan alam semulajadi.

4. Beliau telah mendorong manusia lain untuk turut mengenali dan menyayangi haiwan serta mencintai alam semulajadi.

Sebenarnya, semua ini telah di ajar oleh Islam. Allah menyatakan dalam Al-Quran bahawa alam ini dicipta untuk kita memikirkannya dan mengambil manfaat darinya:

"Mereka yang mengingati Allah, dalam keadaan mereka berdiri dan duduk dan berbaring, dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi. dan berkata' "Wahai Tuhan kamu, tidaklah kamu menciptakan semua ini secara sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab api neraka" [Ali Imran]

Islam juga mengajar kita supaya berakhlak baik kepada semua makhluk, termasuk haiwan dan alam semulajadi. Sabda Nabi Muhammad SAW:

"Sesungguhnya aku di utus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"

Namun, walau sehebat manapun seseorang itu, ia tetap tidak terlepas dari maut

"Setiap yang berjiwa itu pasti akan merasai maut"

Awan pasti, Steve Irwin the Crocodile Hunter akan terus dikenang oleh dunia.

Takziah!
posted by Awan Badai @ 1:55 AM  
3 Comments:
  • At 7:39 AM, Blogger Nieys Zahri said…

    sedih kan... masa buletin utama hari tu sanggup tunggu nak tengok berita pasal kematian dia..
    hurmm.. baru je tengok cerita pasal perkenalan dia ngan wife dan kehidupan peribadi Steve dua minggu lepas.. (btw masa tu orang tengah sibuk wedding orang tu kat KLCC)<

     
  • At 3:40 PM, Blogger Awan Badai said…

    Yup.
    Awan sempat tengok seimbas lalu je laporan berita masa reporter interview orang ramai pasal Steve Irwin.

    Hampir semua memberi reaksi yang mereka terkejut dantak sangka.

    Hmm.. dah sampai ajal

    "Apabila tiba ajal mereka, maka tidak dapat dilambatkan walau sesaat dan tidak dapat dipercepatkan"<

     
  • At 11:45 AM, Blogger tumismenumis said…

    Di awal kemunculan dia dulu aku cukup minat ngan Croc hunter. Lately ni kurang dah layan. Kagum dengan keberanian Steve dan rasa hormat dia terhadap nature.

    Sori takleh nak shout, shoutbox ko kena banned kat sini. :(<

     
Post a Comment
<< Home
 


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates