Apa dah jadi dengan CONVEST UIAM keli ke-22?
Ikuti laporan ringkas sekitar Convest UIAM...
Kumpulan Wirdani Kenalkah anda kumpulan nasyid Wirdani? Mereka telah membuat persembahan di UIAM sempena Convest. Ok lagi la kot, walaupun cukup mencetuskan kontroversi kerana mereka adalah wanita.
Tapi, apa kes pula dengan artis-artis di bawah?
Farhan AF4 6ixth Sense
Achik dan Nana Kenalkah anda artis-artis ini? Mereka adalah di antara yang telah menyampaikan persembahan sempena Convest UIAM. Antara artis-artis lain yang turut terlibat adalah: Yabang (bekas anggota Jinbara), Lips (artis perempuan berkumpulan) dan Lan Pet Pet.
Tak pernah dalam sejarah UIAM, artis luar, khususnya wanita dibawa masuk untuk mengadakan persembahan. Ini kerana mahasiswa UIAM begitu sensitif dengan isu hiburan.
Ya, hiburan dibenarkan dalam Islam. Islam tidak menghalang hiburan. Malah, Nabi Muhammad SAW pernah dihiburkan oleh ALLAH tatkala Baginda bersedih kerana kematian isteri dan bapa saudara Baginda. Tetapi bentuk hiburan perlulah mengikut lunas dan syariat Islam.
Hayati lirik nasyid Raihan: "Berhibur tiada salahnya... Kerana hiburan itu indah... Hanya pabila salah memilihnya... Membuat kita jadi bersalah..."
Maka, apabila artis yang menyampaikan hiburan tidak menutup aurat, mempunyai rekod akhlak mahmudah yang teruk, maka mahasiswa Islam UIAM tidak boleh menerima kehadiran mereka kerana bercanggah dengan prinsip Islam.
Tetapi, apa dah jadi dengan CONVEST UIAM pada tahun ini?
Siapa yang bertanggungjawab mambawa artis-artis ini masuk? Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran"
Baca: Pensyarah turut kritik Convest |