|
Friday, August 18, 2006 |
Back to the Al-Quran |
Cerita I
Khalid Al-Walid adalah orang yang bertangggungjawab dalam memporak-porandakan tentera Islam ketika Peperangan Uhud. Nabi Muhammad sendiri patah gigi baginda lantaran asakan dari tentera musyrikin di bawah pimpinan Khalid Al-Walid.
Tetapi, setelah memeluk Islam, Khalid Al-Walid jugalah yang menjadi Panglima perang dalam beberapa siri peperangan Islam. Khalid Al-Walid tetap akan dikenang sebagai seorang strategis perang Islam yang agung.
Kenapa personaliti beliau berubah sebegitu rupa?
Inilah kuasa HIDAYAH
Cerita II
Dalam Dialog Tun Dr Mahathir pada 24 Jun, Tun menyatakan:
"Islam ni sesuai sepanjang zaman. Jangan fikir ia sesuai zaman kereta lembu je, zaman Nabi. Zaman sekarang sesuai, tinggal lagi apa yang kita tafsir dan apa yang terdapat dalam Al-Quran. Kalau kita ikut yang betul maka ia sesuai untuk zaman berapa moden sekali pun"
Inilah salah satu ciri-ciri khusus Islam : WAQI'IE
Semoga seluruh umat Islam mendapat HIDAYAH dari Allah SWT.
Cerita III
Berita Harian, 18 Ogos 2006 melaporkan:
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta polis turut menggunakan pendekatan agama bagi menangani masalah jenayah yang kian meningkat di kalangan remaja kini
"Kalau boleh, biar ketua polis yang lengkap berpakaian seragam turut membaca khutbah Jumaat bagi menarik perhatian remaja mendekati sembahyang, inilah cara lebih berkesan berbanding cara lama."
Walau di zaman mana pun, pendekatan Islam adalah yang terbaik untuk diaplikasikan bagi mengatasi segala masalah sosial yang berlaku.
Sifat Islam yang WAQI'IE dan persoalan HIDAYAH adalah pertimbangan utama dalam merancang modus operandi untuk membentuk peribadi remaja masa kini.
Bagaimana?
Back to the Al-QURAN! |
posted by Awan Badai @ 4:05 PM |
|
|
|
|
|
|
About Me |
Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile
|
Shout Box |
|
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Template By |
|
|
|