“Sesungguhya orang yang paling baik untuk engkau ambil sebagai pekerja ialah ialah orang yang kuat (Al-Qawiy) dan dapat dipercayai (Al-Amin)”
- Surah Al-Qasas : 26 -
Muhammad bin Abdullah pernah bersabda:
“Mu’min yang kuat (Al-Qawiy) itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mu’min yang lemah dan dalam tiap-tiap kebaikan itu rebutlah apa yang mendatang manfaat kepada engkau, mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan lemah”
- Diriwayatkan oleh Muslim -
Apakah Al-Qawiy (kuat) yang dimaksudkan?
(Sila rujuk kitab tafsir Al-Qur'an dan Hadith untuk tafsiran lanjut perkataan Al-Qawiy di atas)
Body tough? Boleh angkat balak? Boleh tarik kapal terbang? Atau apabila jadi Mr. Universe?
Bagi Awan, seseorang itu dikira KUATapabila dia mempunyai KUALITI DIRI (personal quality)
Kerana hanya orang yang mempunyai KUALITI DIRI…:
1. … lebih layak untuk dilantik sebagai pemimpin 2. … lebih dikasihi oleh Allah
Adakah anda mahu jadi seorang yang lebih dikasihi oleh Allah?
susah mau cari pemimpin yang ada kualiti diri, kuantiti materialistik plastik spastik lagi ramai jumlahnya daripada bijaktik, adiltik dan baiktik...ahaksss [macam ayat kembar siam betul :p]<
susah mau cari pemimpin yang ada kualiti diri, kuantiti materialistik plastik spastik lagi ramai jumlahnya daripada bijaktik, adiltik dan baiktik...ahaksss [macam ayat kembar siam betul :p]<