Monday, July 24, 2006
Kerajaan Malaysia.. oh.. Kerajaan Malaysia
Mari kita imbas respon dan usaha Kerajaan Malaysia terhadap beberapa isu kontemporari

Palestin

Kerajaan Malaysia (selepas ini baca: kerajaan BN/ UMNO) pernah menyalurkan bantuan kewangan kepada ‘Palestin’. Tetapi yang peliknya, kenapa bantuan tersebut disalurkan kepada Pertubuhan PembebasanPalestin (PLO), bukannya kepada kerajaan yang memerintah Palestin yang sepatutnya dibantu – HAMAS? Keseriusan Kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Palestin menjadi tanda tanya. Lebih memalukan, mahasiswa lebih terkehadapan dalam dalam isu ini. Mahasiswa di UIAM, atas inisiatif Ma’ruf Club berjaya mengumpul RM10,000 dalam masa 48 jam dan terus disalurkan kepada wakil HAMAS di Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM by hand ! Dan mereka lebih awal bertindak berbanding kerajaan Malaysia. Tahniah Ma’ruf Club!

Usaha Malaysia boleh diumpamakan hendak membantu orang yang lemas dilambung ombak, tetapi pelampung diberi kepada orang yang sedang bermain air di tepian pantai. Orang yang lemas terus lemas, yang bermain air terus bermain air. Ke mana perginya pelampung? Kita pun tidak tahu…

Lubnan

Atas kapasiti negara yang mengetuai OIC, Kerajaan Malaysia terus membisu tatkala umat Islam di Lubnan terus diratah. Menteri Luar pula hanya mampu mengetuai mesyuarat di peringkat ASEAN untuk ‘membincangkan’ isu ini. Pengerusi OIC pula….entahlah…

‘Mujur’lah (?) ada Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin mengadakan demonstrasi membantah tindakan-tindakan Israel. Demonstrasi? UMNO buat demonstrasi?

Dulu mereka mengutuk pembangkang apabila mereka berdemonstrasi menuntut keadilan dan ketelusan demokrasi. Mereka memenjara dan memukul rakyat yang berdemonstrasi menuntut keadilan dan hak mereka dikembalikan. Mereka menangkap dan mengenakan tindakan kepada mahasiswa apabila mahasiswa menuntut keadilan dan kebebasan Pilihanraya Kampus. Sekarang? Mereka sendiri mengadakan demonstrasi yang mereka dakwa sebagai tindakan tidak brtamadun. Nah! Ludah mereka telah mereka jilat kembali. Terima kasih!

IFC/ Artikel 11/ Lina Joy

Dalam sebuah ‘Negara Islam’, maruah Islam sendiri telah dipijak, hukum Islam dihina, undang-undang Islam diperlekeh terang-terangan. Tetapi Kerajaan Malaysia terus membisu. Menteri-menteri terus membutakan mata memekakkan telinga. Mungkin bagi mereka isu membina Pusat Latihan Sukan di London (hahaha), melanjutkan tempoh operasi pusat-pusat hiburan dan isu perkahwinan Siti Nurhaliza lebih penting untuk dibincangkan.

Mujurlah ada barisan NGO dan parti politik yang begitu concern tentang isu ini. Mengadakan demonstrasi, road tour, forum dan pelbagai lagi usaha. Nak harapkan tindakan dari Kerajaan Malaysia yang mentadbir ‘Negara Islam’ ini? Baik tak payah!

Pilihanraya Kampus

Bahang mula terasa. Sejarah PRK sebelum ini membuktikan Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) mewakili Kerajaan Malaysia pasti akan mengadakan pakatan dengan pelajar-pelajar aspirasi dalam melaksanakan grand design mereka untuk menguasai MPP seluruh IPTA.

Kerajaan Malaysia (KPT) + Pentadbiran Universiti + Sistem + Aspirasi VS Mahasiswa Pro-Islam

Begitulah ‘kesungguhan’ Kementerian/ Kerajaan Malaysia untuk memastikan Mahasiswa pro-Islam akan tewas.

Bagaimana dengan PRK pada tahun ini? Adakah mereka akan meneruskan ‘kesungguhan’ mereka menawan MPP? Jika ya, maka jelaslah bagi kita…

Inilah Kerajaan Malaysia!

‘Mereka’ membelakangi usaha membela umat Islam dan hanya tahu menggunakan kuasa untuk terus menzalimi rakyat Malaysia khususnya dan umat Islam umumnya. Apa yang perlu kita lakukan terhadap ‘mereka’? Memetik kata-kata Kitaro Minami : “Muktamad! ‘Mereka’ mesti berambus”
posted by Awan Badai @ 2:56 PM  
1 Comments:
  • At 1:43 AM, Anonymous Anonymous said…

    argh,,,...otok molek....mikir ko situasi lo nih....mikir ko kerajaan malaysia ....tapi rakyat masih lagi bodo, pekak...bisu....duk sokong bn.!!....

    Ya allah...berikan kemenangan pada islam....bukakan hati rakyat malaysia.....bukakan hati pelajar kampus uiam....semoga kito menang besar kali ni.....TAKBIR..!!..(huh semangat ssiott!!)<

     
Post a Comment
<< Home
 


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates