Dah gosok gigi?
Pernahkah anda melihat iklan colgate?
Sejak kita kecil, sampai sekarang, colgate tak puas-puas siarkan iklan kepada kita. Dan dari semasa ke semasa, bentuk iklan itu akan diubah agar penonton tidak bosan melihatnya (walaupun kita kadang-kadang jadi bosan di tahap yang tidak terbatas). Penemuan-penemuan baru pula akan diiklankan habis-habisan untuk mempromosikan produk mereka agar laris di pasaran.
Kenapa? Pertama, supaya kita sentiasa ingat. Kedua, agar kita yakin dengan produk tersebut. Kenapa manusia serlu sentiasa diperingatkan? Manusia itu pelupa. Walaupun kita tidak mahu ia terjadi, tapi ia tetap akan terjadi. Itu adalah fitrah. Kerana itu manusia perlu diperingatkan. Sebagaimana iklan di tv, begitu juga tazkirah, perlu diulang-ulang. Supaya kita sentiasa ingat dan menambah keyakinan. Ingat dan yakin dengan segala apa yang telah dinyatakan oleh Allah SWT Peringatan perlu sentiasa diberi. Tapi yang penting! Dari semasa ke semasa pendekatan dan isi tazkirah perlu sentiasa diubah dan di ‘up-grade’ supaya penyampaian lebih berkesan dan tidak menimbulkan kebosanan. Kebosanan akan membawa kepada immune kepada tazkirah tersebut yang akan membawa kepada kegagalan mesej yang ingin dibawa. Kali ini, saya ingin menyeru diri kita semua agar saling ingat-memperingati sebagai suatu inzar, agar diri kita sentiasa ‘segar’ walaupun pelbagai ancaman bacteria dan suasana yang berupaya untuk mereputkan semangat dan usaha kita dalam jalan ini. Sekian, iklan Colgate untuk kali ini… Selamat menggosok gigi! |