Monday, July 03, 2006
Bola I
Ketika artikel ini di tulis, Piala Dunia akan bermula kurang dari 24 jam lagi. 32 pasukan akan berentap dalam 12 gelanggang di Jerman. Fenomena Puala Dunia 2006 telah telah mengubah orientasi seluruh sistem dunia. Kini, bermula dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara, segala-galanya telah dicorak dengan corak ke’bola sepak’an.

Ekonomi, politik, media, ketenteraan, hiburan, fesyen, gaya hidup, pekerjaan...(seterusnya, senaraikanlah sendiri), segala-galanya telah dan terpaksa mengikut arus bola sepak. Jika tidak, mereka akan jadi golongan yang dianggap terpencil.

Memandang kosong terhadap gelombang besar seumpama ini adalah satu kerugian dan tidak bijak. Belajar dari pengalaman orang lain adalah antara kaedah terbaik untuk membina diri. Justeru, saya ingin melontarkan beberapa pandangan untuk kita fikirkan bersama

1. Piala Dunia mampu mengumpulkan lebih 3 juta penonton, dijangka lebih 30 bilion penonton di seluruh dunia dan di Jerman, lebih 500 000 mengambil cuti.
Apabila kecenderungan massa di manipulasi dengan baik pada masa yang sesuai dengan kaedah yang tepat, maka akan menghasilkan gelombang yang besar yang mampu menggerakkan kuasa rakyat dalam melakukan sesuatu. Dalam konteks demokrasi, kuasa rakyat memainkan peranan penting dalam mencorakkan senario politik di sesebuah negara.
Kerana itulah gerakan Islam masa kini, khususnya di Malaysia perlu bijak membaca kecenderungan rakyat dan keadaan semasa (fiqh waqi’) dalam mencipta suatu gelombang dari rakyat dalam ruang demokrasi yang ada sekiranya inin melakukan reformasi dalam pentadbiran negara. Di sini, peranan media memainkan peranan yang amat penting.

2. Peranan media dalam mencetuskan fenomena
Sekiranya anda hidup di dalam hutan atau di kutub selatan yang tiada sebarang medium media, adakah anda dapat merasakan bahang Piala Dunia ini? Pasti tidak! Dalam apa jua isu, media memainkan peranan penting dalam menjadikan isu tersebut popular ataupun tidak. Bahkan ia mampu memutarbelitkan fakta menjadikannya terpesong dari fakta sebenar. Dan pembaca tetap mempercayainya! Dalam isu ini, gerakan Islam masih ketinggalan dalam menguasai dan mempengaruhi media. Suara dari gerakan Islam tidak menjadi suara yang vokal dalam masyarakat. Faktor inilah menjadikan gerakan Islam tidak popular, terpinggir dan terus dipinggirkan
Tindakan perlu diambil. Mengharapkan media yang sedia ada agar membuat perubahan ibarat melukut di tepi gantang. Saya ada 2 cadangan. Pertama, menggalak, melatih dan menghantar “orang kita“ sebagai pekerja dalam media. Seperti proksi. Kedua, mewujudkan medium media tersendiri. Tidak semestinya meletakkan label gerakan di atas dahi (baca: Harakah) kerana ia hanya menimbulkan unsur prejudis, tetapi dengan membawa pendekatan yang lebih bijak dan bersiat waqi’i.

Saya tidak menafikan komplikasi buruk yang timbul dari fenomena ini. Tetapi semoga Piala Dunia 2006 juga akan berlalu dengan memberi manfaat kepada kita secara individu dan kolektif.

bersambung...


Sharingan – Melihat dunia dengan gaya berbeza. Lihat, belajar dan aplikasi untuk diri anda.
posted by Awan Badai @ 10:49 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates