Friday, July 07, 2006
Bola II
[7 Julai 2006, 04:55pm] Perlawanan separuh akhir Piala Dunia telah pun berakhir. Perancis dan Itali telahpun memastikan tempat masing-masing di perlawanan akhir Piala Dunia pada 10 Julai nanti. Namun begitu, tidak dapat dinafikan, pasukan-pasukan lain juga telah menunjukkan prestasi dan kehebatan masing-masing. German, Argentina, England, Portugal dan lain-lain, sekalipun gagal meneruskan kemaraan, persembahan mereka telah membuktikan bahawa mereka juga adalah pasukan yang hebat!

Apakah faktor yang menentukan keunggulan sesebuah pasukan bola sepak? Saya meletakkan 4 faktor asas:

1. Kemahiran individu
2. Jurulatih
3. Latihan
4. Kerjasama pasukan

Dalam konteks gerakan juga…..

…4 faktor ini juga yang menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi. Organisasi tersebut perlu memiliki individu (baca: mad’u) yang boleh dan bersedia untuk menjalankan tugas. Mereka juga perlu memiliki jurulatih (baca: da’i/ naqib/ murabbi) yang cukup berkaliber untuk menjayakan visi dan misi organisasi. Seterusnya individu tadi perlu dilatih (baca: tarbiah) di bawah kawalan jurulatih ke arah peningkatan kemahiran individu serta melatih individu kearah kemahiran bekerja secara berpasukan (baca: amal jama’i) dengan taktik tersendiri dan disiplin yang tinggi. Kemudian, ianya akan menatijahkan sebuah pasukan/ organisasi yang berkualiti yang disegani kawan dan lawan.

Keempat-empat faktor ini adalah saling berangkai antara satu sama lain. Andai tidak ada salah satu daripadanya, maka faktor yang lain juga tidak akan berfungsi dengan baik. Kenapa? Jika anda seorang peminat bola sepak, maka anda akan memahami!.


Kenapa Best tengok bola?
posted by Awan Badai @ 5:09 PM  
3 Comments:
  • At 10:21 AM, Anonymous Anonymous said…

    saye rase....saudare ade tertinggal satu lagi....

    bagi saye...faktor yang tak boleh ditinggalkan jugak adalah suratan takdir....

    hehehe....<

     
  • At 1:23 PM, Blogger Awan Badai said…

    Ya.. betul. Saya setuju. Saya bukan bermaksud mengenepikan unsur Aqidah dalam membina organisasi, tapi fokus saya adalah dalam konteks usaha yang manusia boleh buat

    Allah berfirman, mafhumnya:

    "Dan perangilah ke atas mereka dengan segala apa yang kamu mampu dari aspek kekuatan" -At-Taubah

    Apa pun, terima kasih atas info saudara!<

     
  • At 5:17 PM, Anonymous Anonymous said…

    "wa in a'zam fatawakkal a'lallah"

    heheeh...
    ape citer liga super ari tu...

    pertembungan kedah n melaka....
    walaupon dah terlambat....

    tp nak ucap tahniah gak kat kedah....
    hehehe...

    p/s: orang melake kene terskan usaha.<

     
Post a Comment
<< Home
 


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates