Monday, July 31, 2006
Bintang II
Ketika suatu sesi suaikenal, maka berkatalah salah seorang kawan Awan:

“Hobi saya ialah mengira bintang..."


Hah?! Nak tergelak? Pelik? Takde keje lain ke? Tak taulah. Tetapi kata-kata beliau membuatkan Awan terfikir. Kenapa perlu bintang? Betapa besarnya hikmah ALLAH menjadikan bintang untuk manusia. Kehidupan manusia juga ada kaitannya dengan kejadian bintang-bintang di angkasaraya.

Apabila kita melihat bintang yang bertaburan di langit, apa yang lebih menarik perhatian kita? Pastinya perhatian kita akan lebih tertarik kepada bintang yang cahayanya lebih bersinar melebihi sinaran bintang-bintang lain.

'Bintang' bukan sahaja wujud di angkasa, ia juga wujud di muka bumi.

1. Ekonomi
Amerika adalah 'bintang' terulung di Barat yang mendominasi ekonomi dunia. Namun sekarang telah muncul 'bintang-bintang' di timur baru seperti China, Korea dan Jepun yang mampu menggugat monopoli ekonomi Amerika.

2. Hiburan
'Bintang-bintang' baru dalam industri hiburan tempatan muncul seperti cendawan lepas hujan. Tetapi hanya beberapa kerat yang benar-benar boleh ddiiktiraf sebagai 'bintang'. Siti Nurhaliza, Mawi (?), M. Nasir, Jamal Abdillah, Sharifah Aini, Sheila Majid, dll

3. Pemimpin
Pemimpin sebuah negara adalah 'bintang' bagi sesebuah negara. Pemimpin organisasi adalah 'bintang' bagi organisasi tersebut. Mereka adalah icon dan figure yang menjadi idola orang bawahan mereka. Tun Dr Mahathir adalah contoh 'bintang' yang pernah wujud. Almarhum Dato Fadzil Noor adalah contoh 'bintang' yang telah hilang. Dato' Nik Abdul Aziz pula 'bintang' yang amat terang walaupun dimamah usia. Khairy mungkin 'bintang' baru yang semakin menyinar sekarang.

4. Mahasiswa
Anwar Ibrahim dan Hishamudin Rais adalah 'bintang' yang begitu sinonim dengan dunia mahasiswa suatu ketika dahulu. Zaharuddin, Borhanuddin Daud, Fuad Ikhwan, Jonah pula antara 'bintang' pada lewat 1990-an. Fadly Ramli, Ahmad Fadzli Yusof dan Muhtar Suhaili dinobat sebagai 'bintang' mahasiswa selaku Presiden SRC UIAM. Ramadhan Fitri dan Amin Idris pula 'bintang' yang tak perlu diperkenalkan lagi. Nama mereka akan terus terpahat dalam sejarah gerakan mahasiswa tanah air.

Tetapi siapakah pula 'bintang-bintang' baru dalam dunia mahasiswa yang mewarisi ketokohan 'bintang-bintang' di atas?? Wujudkah lagi bintang dikalangan mahasiswa pada masa kini??

Pilihanraya Kampus

PRK dilihat antara platform utama yang menonjolkan 'bintang-bintang' sebelum ini selain faktor isu-isu luaran. PRK yang dijalankan secara adil dan bersih berjaya menaikkan 'bintang-bintang' yang menjadi contoh, qudwah dan idola kepada seluruh mahasiswa. Suara mereka begitu vokal dalam menyatakan hak-hak mahasiswa dan rakyat.

Namun, sejak akhir-akhir ini, PRK telahpun dinoda dan sistem demokrasi di universiti telahpun dicabul lantaran campur tangan oleh tangan-tangan sang dewa . Maka tiada lagi 'bintang' yang lahir yang menandingi kualiti 'bintang' sebelum ini. Mereka tiada beza dengan mahasiswa lain, bahkan boleh jadi lebih teruk dari itu.

Anda mampu mengubahnya!


Dijangkakan akan berlaku pada September ini, sekali lagi Pilihanraya Kampus akan berlangsung. Sama ada PRK kali ini menjadi titik mula lahirnya kembali 'bintang' di kalangan mahasiswa, ataupun dunia mahasiswa kan terus malap dan suram tanpa sinaran 'bintang'.

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf (kebaikan) dan mencegah dari kemungkaran dan beriman kepada Allah…”

Surah Ali Imran : 110

Pengiktirafan sebagai umat yang terbaik bukan percuma. Anda perlu membayarnya dengan melaksanakan perintah di atas. Adakah kita mahu diktiraf oleh ALLAH? Maka tunaikan bayaran anda.

Kesuraman dunia mahasiswa begitu berkait rapat dengan terabainya kerja Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar. KITA (anda dan saya) adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengembalikan sinaran mahasiswa. Jangan biarkan dunia mahasiswa terus malap dan suram, kerana kita ada tanggungjawab sebagai umat yang terbaik yang diiktraf oleh ALLAH – Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar.
posted by Awan Badai @ 10:24 AM  
2 Comments:
  • At 12:07 PM, Blogger Kitaro Minami said…

    Hanya mahasiswa yang tahu jawapannya. Selagi mahasiswa tidak jelas apa, ke mana dan bagaimana.. selagi itu mahasiswa akan hilang punca.

    Selagimana mahasiswa senantiasa beralasan itu dan ini, selagi itu alasan-alasan akan menenggelamkan mahasiswa.

    Jangan salahkan AUKU, jangan salahkan UMNO, jangan salahkan Rejim Aspirasi. Tengok diri sendiri!<

     
  • At 1:48 AM, Anonymous Anonymous said…

    mahasiswa...kini....belum kabar lagi.....kena 'tingkatkan kesedaran"....

    satu lagi.....ado jugok istilah lain selain bintang yakni star...!!.. jadi yg digalakkan ialah menjadi star yang asli...bukan koya star...hohoh<

     
Post a Comment
<< Home
 


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates