Saturday, July 29, 2006
Battle for the Middle Earth
Pernahkah anda melihat filem trilogi Lord of The Ring?

Trilogi Lord of The Ring (LoTR) memaparkan perjuangan ‘kuasa baik’ untuk melawan ‘kuasa jahat’ yang ingin menguasai ‘Bumi Tengah’ (Middle Earth). Walaupun peluang kemenangan begitu tipis, namun Perang Dunia antara dua blok utama itu akhirnya dimenangi oleh ‘kuasa baik’ yang dibarisi oleh Frodo dan rakan-rakannya.

Ini adalah hasil dari sinergi antara wira-wira - keberanian Frodo, kesetiaan Sam, kebijaksanaan Gandalf, kepahlawanan dan kepimpinan Aragorn, ketangkasan Legolas, semangat Gimli dan kesatuan antara dua negara besar utama, Gondor dan Rohan, bersama pahlawan-pahlawan yang lain. Impaknya, mereka berjaya menumpaskan tentera-tentera die hard “kuasa jahat” yang berpusat di Condor dan Isengard, yang didalangi oleh Sauron.

Middle Earth @ Middle East?

Kisah perebutan ‘Bumi Tengah’ (Middle Earth) dalam trilogy ini dilihat mempunyai similariti dengan krisis yang berlaku di ‘Timur Tengah’ (Middle East) sekarang. Pertembungan dua blok utama – Timur dan Barat– seperti pertembungan ‘kuasa baik’ dan ‘kuasa jahat’ dalam LOTR. Blok ‘kuasa jahat’, Condor dan Isengard milik Sauron pula memberi gambaran seperti blok Barat iaitu Israel dan Amerika yang didalangi oleh kuasa Zionis.

Fellowship of the Aqidah!

Elemen utama yang diketengahkan oleh Trilogi ini adalah ‘kebersamaan dan kesatuan’ (Fellowship) antara ‘kuasa baik’ yang terdiri dari pelbagai latar belakang – manusia (Human), Hobbit, Elves, Dwarf dan Wizard -. Mereka semua berdiri di atas nama keadilan, membela keamanan sejagat untuk menentang paksi kejahatan.

Tetapi, gambaran bagi ‘kuasa baik’ di Timur Tengah masih belum jelas kerana tidak ada ‘kebersamaan dan kesatuan’ (Fellowship) antara negara-negara Timur Tengah. Walaupun mereka terdiri dari pelbagai latar belakang, tetapi mereka mempunyai suatu persamaan – perjuangan menegakkan keadilan dan membela keamanan sejagat untuk menentang paksi kejahatan.

Bahkan, mereka mempunyai pegangan dan prinsip yang teguh, yang mengatasi segalanya dan melangkaui logik akal manusia (sepatutnya) – perjuangan membela Islam di atas paksi AQIDAH. Antara ciri-ciri Islam ialah “Alamiyyah”. Islam melangkaui sempadan bangsa, kaum, negara, warna kulit dan keturunan. Ia menyatukan semuanya di bawah satu AQIDAH. Tidak ada sebab untuk umat Islam berpecah jika benar mereka berjuang untuk AQIDAH.

Namun, harapan untuk melihat kesatuan ini di kalangan mereka masih kabur. Di manakah silapnya? Adakah silap rakyat? Atau pemimpin-pemimpin mereka?

The Two Towers

Dua menara yang masing-masing dimiliki oleh Sauron dan orang kanannya, ..…….. (sila isi sendiri kerana penulis hilang ingatan ketika ini). Tertegaknya kedua-dua menara ini seolah-olah menggambarkan kuasa yang mereka miliki. Ketenteraan yang berada di bawah kawalan mereka begitu besar dan menggerunkan. Ganas dan kejam. Teknologi yang mereka gunakan juga adalah lain daripada kebiasaan. Ditambah lagi dengan kuasa ajaib yang dimiliki oleh cincin (Ring) Sauron yang mampu membuatkan orang lain tunduk kepadanya, menjadikan kuasa jahat ini seolah-olah mustahil untuk ditewaskan.

Begitulah gambaran bagi Israel dan Amerika. Mereka begitu angkuh dengan kuasa yang mereka miliki. Dengan teknologi ketenteraan yang didakwa paling canggih di dunia dan ekonomi dunia yang dikawal oleh Amerika, mereka berjaya membuatkan dunia tunduk kepada mereka. PBB juga tidak mampu berbuat apa-apa. Mereka terus meratah manusia tanpa belas kasihan dengan ganas dan kejam.

Namun, masih wujud kelompok penghuni bumi yang enggan tunduk kepada mereka. Mereka berusaha dan terus berusaha untuk menumpaskan pakatan kuasa jahat itu. Inilah kelompok harapan untuk mengamankan dunia atas nama keadilan.

Return of The King

Jika kesudahan pertempuran di Middle Earth berakhir dengan happy ending, kita masih menanti kesudahan pertempuran di Middle East. Siapakah yang akan menjadi King di Middle East?

Kita memilik pejuang-pejuang yang memiliki keberanian seperti Frodo, kebijaksanaan Gandalf, kepahlawanan Aragorn, ketangkasan Legolas, semangat Gimli dan pahlawan-pahlawan yang sanggup mati demi Islam. Tetapi selagi pemimpin-pemimpin dunia Islam, sama ada di Timur Tengah ataupun di seluruh dunia masih bersiap pengecut dan tunduk kepada kehendak ‘cincin’ Amerika, maka selagi itu kemenangan sukar di capai.

Usaha segera perlu dibentuk. Tidak cukup setiap negara mempertahankan pendirian masing-masing. Suatu ‘kesatuan dan kebersamaan’ (Fellowship) yang berprinsipkan Aqidah sahaja yang mampu menggugat kuasa Zionis tersebut.

Pertolongan

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama ALLAH maka ALLAH akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu”


Surah Muhammad : 7

Kita optimis bahawa pertolongan ALLAH pasti datang. Pasti! Tetapi bila dan bagaimana, itu kita tidak tahu. Namun, yang masih membuatkan kita risau adalah, adakah ALLAH akan menolong umatnya sedangkan pra-syarat utama kemenangan – IMAN biLlah – seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas masih belum dipenuhi.
posted by Awan Badai @ 9:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates