Awan mendapat SMS dari beberapa orang rakan supaya menulis tentang Perkampungan Hadhari di Kelantan. Sukar untuk mendapatkan maklumat kerana tidak mendapat liputan meluas dari media perdana. Terima kasih kepada ibnu ahmad kerana menghantar email dan gambar tentang program tersebut. Program perkampungan 3 hari, 18-20 Ogos tersebut dianjurkan oleh Majlis Kemajuan Kelantan dengan kerjasama JPP Kelantan, Yayasan Kemiskinan Kelantan, TV3, TV9 dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada). Namun, ada 'pihak' yang menjadi playmaker dalam menjayakan program tersebut. Siapa? Adakah Pengerusi KADA, Dato' Seri Annuar Musa, yang menyampaikan ucapan perasmian? Cuma, ada persoalan yang Awan ingin utarakan: 1. Mengapa tidak menggunakan perkataan 'Islam' dalam nama program? Cuma 'Perkampungan Hadhari', bukan 'Perkampungan Islam Hadhari'. Sudah tak mau Islam ke? 2. Mengapa tidak dijemput pihak Kerajaan Negeri sebagai wakil, jika ini bukan anjuran berorientasikan politik? Jika program JomHeboh anjuran TV3 pun boleh menjemput Menteri Besar, mengapa tidak dengan program ini? Ke memang bermotiifkan politik? Sila klik "Read More" untuk melihat gambar-gambar suasana program Perkampungan Hadhari tersebut.
Suasana pentas yang lengang...
Lengang jugak...
Hujan rahmat?
Maklumat Tambahan:
1. Kerajaan Pas Kelantan benarkan Jomheboh! bersyarat
|