Monday, September 04, 2006
UNIVERSAL
“Salah satu sebab UMNO-BN gagal mencapai agenda membentuk satu rupa bangsa ialah kerana ia melanjutkan dasar ‘pecah dan perintah’ yang diwarisi daripada penjajah”

- Petikan ucapan Dr Syed Husin Ali, ketika menyampaikan ucapan perasmian Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Ke-3, 1hb September 2006, di Hotel Equatorial, Pulau Pinang

Luka lama ditarah kembali

Mutakhir ini, Isu-isu berbau perkauman nampaknya kembali berbangkit dalam beberapa kenyataan pemimpin-pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional. Walaupun ada kata-kata untuk menafikan bahawa yang mereka ungkit bukanlah isu perkauman, tetapi rakyat Malaysia pintar untuk menilai.

Awan tidak ingin menyiarkan kembali beberapa kenyataan dari pemimpin-pemimpin besar tersebut. Mereka nampaknya tidak belajar dari pendekatan Islam Hadhari yang telah kerajaan canangkan. Sepatutnya, setelah pendekatan Islam Hadhari dilancarkan, pemimpin parti-parti komponen BN (selaku parti pemerintah Malaysia) telah belajar rahsia dan resipi perpaduan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Suka ditegaskan, Awan bukanlah anti-BN. Sebagai rakyat Malaysia, Awan cukup prihatin tentang isu perpaduan. Apatah lagi Malaysia pernah merakam sejarah hitam perbalahan antara kaum pada 13 Mei 1969. Awan sayangkan Malaysia. Awan menyokong penuh usaha Kerajaan dalam usaha untuk menyatupadukan semua kaum, selagi method yang digunakan betul-betul sah dan tidak mengabaikan prinsip.

Formula perpaduan Islam

BN perlu belajar bagaimana Rasulullah SAW berjaya menyatukan seluruh dunia. Bukan sekadar Melayu, China dan India, malah pelbagai bangsa dan negara tunduk kepada rahsia pepaduan oleh Islam yang digunapakai oleh Nabi Muhammad SAW. Tidak ada lagi sebarang negara atau kuasa yang berjaya mewujudkan perpaduan dan kebersamaan sama seperti yang pernah diwujudkan olejh Islam.

Bangsa-bangsa seperti Arab, Rom, Parsi dan China adalah contoh bangsa besar yang berjaya disatukan berdasarkan formula yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Itu belum dikira bangsa-bangsa kecil dan pecahan-pecahan bangsa Arab yang terdiri dari puak-puak dan kabilah-kabilah yang tidak terkira banyaknya.

Bermula dari penyatuan 2 puak Arab yang sentiasa berbalah sejak turun temurun – Aus dan Khazraj – hinggalah kepada penyatuan kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi, formula yang diguna oleh Muhammad bin Abdullah ini terbukti berkesan. Apa rahsia yang digunakan? Itulah AQIDAH ISLAMIYYAH.

Islam sesuai untuk semua manusia, melangkaui sempadan kaum, bangsa dan negara serta tidak terbatas kepada zaman, kurun dan waktu. Ini adalah salah satu dari ciri-ciri istimewa yang ada pada Islam. Islam bersifat ‘ALAMIYYAH @ UNIVERSAL
posted by Awan Badai @ 8:16 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates