Friday, December 08, 2006
Jenayah dan Kemunkaran
Beberapa hari yang lalu, kecoh diperbincangkan tentang isu kuasa untuk menangkap pasangan berkhalwat. Ini rentetan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkaitan isu operasi mengintai pasangan Islam sebelum ditahan atas tuduhan berkhalwat.

Dr Mohd Asri menyatakan:
"Prinsip amar makruh nahi mungkar hanya boleh dilaksanakan apabila kesalahan dan jenayah dilakukan secara terbuka, tetapi menceroboh hak individu lain, bertentangan ajaran Islam"

Dan, setelah diadakan perbincangan dengan pihak JAKIM, maka keluarlah satu keputusan:

"Mengikut SOP (standard of procedure) yang baru digubal ini, sebarang operasi hanya boleh dilakukan mereka yang mempunyai surat kuasa daripada jabatan agama Islam negeri atau pemerintah negeri terbabit."

"Sekarang sesiapa saja termasuk orang awam, diberi kad kuasa untuk menjalankan operasi mencegah khalwat berikutan kekurangan pegawai penguat kuasa di jabatan agama Islam negeri."

Hmm... bagi Awan, sekurang-kurangnya lontaran Dr Asri telah menimbulkan perbincangan konstruktif dengan JAKIM untuk menambahbaik sistem pencegahan maksiat yang sedia ada. Tidak kira maksiat yang bersembunyi di bilik-bilik hotel mahupun di tempat-tempat terbuka. Jangan cakap tin kosong sudah!

Tapi... bercakap tentang mencegah perkara mungkar, isu pasangan berkhalwat cuma satu jenayah picisan yang berlaku di Malaysia.

Mengapa demikian? Kerana di sana masih terdapat amat banyak kemungkaran dan jenayah yang telah, sedang dan akan berlaku di seluruh negara. Siapa nak peduli semua ni? Nak harapkan Menteri dan kepimpinan negara? Merekalah yang jadi batu penghalang, malah penggalak kepada maksiat.

Ni salah satu contoh: http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1010950 (Global Indian Film Awards Bollywood)

Dan... ada satu jenayah, kemungkaran dan bid'ah paling besar dalam negara yang ramai orang Islam tidak menyedarinya.

Apa dia?
Lihat dalam Perlembagaan Persekutuan yang jadi undang-undang TERTINGGI negara... Lebih tinggi dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Nah!
Siapa nak peduli???
posted by Awan Badai @ 2:41 PM  
4 Comments:
  • At 1:48 PM, Blogger Awan Badai said…

    Walau apapun yang berlaku, tanggungjawab Amar Ma'ruf (menyuruh ke arah kebaikan) dan Nahi Munkar (mencegah kemunkaran) wajib dilaksanakan.

    Tanggungjawab ini terpikul oleh setiap individu, masyarakat dan negara. Apatah lagi oleh mereka yang berkuasa.

    Tapi apa yang orang 'berkuasa' di negara ni buat??<

     
  • At 1:19 PM, Blogger Unknown said…

    Persoal pemimpin negara tentang tanggungjwab mereka pun perlu gak!

    Tapi, jange lupo, kerana dok sibok kondem org lain, kita pula yg meredhakan maksiat berlaku didepan mata kita.<

     
  • At 1:19 PM, Blogger Unknown said…

    aku pun ada sharingan!<

     
  • At 11:32 AM, Blogger Awan Badai said…

    Sdr Nuruddin.

    Furu'? Mungkin Saudara boleh merujuk kembali ulasan Awan tentang isu ini.

    Di sini, Awan ingin menyatakan:

    1) Isu kemunkaran yang berlaku di negara ini bukan isu furu'
    2) Isu JAKIM - Dr Asri mungkin remeh. Tapi seperti yang dinyatakan dalam artikel, sekurang-kurangnya ia telah membuahkan perbincangan pembaikan sistem pencegahan sedia ada. Sekurang-kurangnya.
    3) Isu kemungkaran dalam Perlembagaan merupakan isu paling USUL di negara kita. Janganlah Sdr Nuruddin gagal melihat fakta ini

    Walau apapun, terima kasih atas komen Sdr! =)<

     
Post a Comment
<< Home
 


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates