Tuesday, December 05, 2006
Media, Blogger dan Etika

Nampaknya, aura blog semakin ditakuti oleh mereka yang berselindung di sebalik kepalsuan dan kebatilan.

Zahid mahu media perdana lawan blog, Internet - Malaysia Today

Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Penerangan juga menasihatkan:

"Setiap orang ada etika, ada nilai diri, kita harap pengusaha blog juga mempunyai etika."

Secara peribadi, Awan menyokong nasihat Datuk Ahmad Zahid Hamidi agar blogger menjaga etika mereka. Ini kerana, tanpa etika yang memagari diri, kita akan melanggar batasan. Ini sememangnya telah termaktub dalam ajaran Islam. Walaupun internet itu tidak bersempadan, tapi etikalah yang akan menjadikan batasan apa yang boleh dan apa yang tak boleh.

Awan teringat ulasan Tuan Guru Haji Abdul Hadi ketika mengulas berkenaan dengan isu karikatur Denmark yang membawa slogan kebebasan media. Haji Hadi menyatakan:

"Memanglah kapal terbang boleh terbang bebas di angkasa. Tapi kapal terbang pun ada batas ketinggian yang boleh dia terbang, ada sempadan negara yang dia boleh masuk, ada sempadan yang dia tak boleh. Begitu juga kita manusia, kita ada sempadan-sempadan yang tak boleh kita langkaui"

(Petikan di atas telah diubah skripnya dengan tidak menjejaskan maksud dan mesej asal)

Berbalik kepada nasihat Datuk Ahmad Zahid.

Sekarang, Awan ingin memulangkan nasihat Datuk kepada media perdana pada hari ini. Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro dan lain-lain.

Adakah mereka telah mempunyai etika yang cukup hingga Datuk menasihatkan agar media perdana ini bertindak menangkis hujahan para bloggers? Adakah mereka telah menyampaikan berita yang benar kepada rakyat? Adakah mereka telah diberi kebebasan yang sewajarnya untuk melaporkan berita yang berhak diketahui oleh rakyat?

Jika tidak, Awan menasihatkan Datuk selaku Timbalan Menteri Penerangan agar menjadikan media perdana yang ada sekarang agar mereka lebih beretika dan berprinsip dalam menyebarkan berita!

Kuman seberang laut nampak, cipan depan mata tak nampak... (atau buat-buat tak nampak?)


posted by Awan Badai @ 1:02 PM  
2 Comments:
  • At 3:18 PM, Anonymous Anonymous said…

    syabas kepade awan.....
    saye juge berharap agar datuk akan manasihati pihak media perdana untuk menyiarkan berita yang berhak diketahui oleh rakyat.

    dan selaku pejuang bahasa juga...
    saya ingin membetulkan kesalahan yang digunakan oleh awan...
    iaitu perkataan 'cipan' di dalam "kuman diseberang laut nampak, 'cipan' depan mata tak nampak" .
    sepatutnye 'gajah'.

    atau pun awan boleh daftarkan peribahasa tersebut kat dbp..<

     
  • At 3:01 PM, Blogger Awan Badai said…

    Oh... gajah ke?

    Tapi cipan lebih sedap disebut.. hehehe. Mungkin kerana Awan telah didoktrinkan oleh insan-insan yang mencintai cipan lebih dari mencintai gajah.

    Tak kisah la, cipan ke gajah ke naga ke, asalkan mesejnya jelas. Kan?

    sinna... jaga Gombak leklok!<

     
Post a Comment
<< Home
 


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates