Thursday, December 07, 2006
Apa la Ronaldinho!
Sekarang ni musim orang demam EUFA - Liga Eropah.

Apabila menonton bola, maka ramailah penonton yang bersorak:

"Pergh.. power siot gol Ronaldinho!"
"Cayalah Man. U. Menang 3-1 dengan Benfica."
"Fuyooo... Nistelrooy score hatrik tuuu"

Tak kurang juga yang mengulas:

"Apa la Shevschenko, tu pun takleh score!"
"Apa punya mangkuk la, pass pun tak betul"
"Woi, rembat la, tunggu apa lagi!"
"Baik tak payah main la wei!"

Maka, mengulaslah mereka seolah-olah mereka lebih baik dari pemain terbaik Eropah 2004 - Ronaldinho.

Penonton memang seronok menyorak dan mengutuk. Yang menjadi mangsa adalah pelakon dan pemain di pentas-pentas kehidupan. Pelakon dan pemain tidak akan lepas dari sorakan dan kutukan para penonton.

Inilah sunnah kehidupan. Manusia sesempurna Muhammad bin Abdullah pun tidak putus-putus disorak dan dikutuk. Apatah lagi manusia biasa seperti kita.

Namun, baik sorakan mahupun kutukan, bagi Awan, kedua-duanya adalah signifikan untuk kehidupan. Kenapa sorakan? Ia adalah sebagai sumber motivasi extrinsik bagi penerusan kehidupan. Kenapa kutukan? Kalaulah Awan boleh menggunakan bahasa lain yang boleh kita panggil MUHASABAH.

Walau apapun sorakan dan kutukan terhadap Ronaldinho, gol free kick nya semasa menentang Wender Bremen adalah satu lagi keajaiban baru dalam dunia bola sepak.

Inilah bukti, walau apapun sorakan dan kutukan, anda tetap anda jika anda mempunyai kualiti diri yang tinggi. Bahkan, baik kutukan mahupun sorakan, ianya hanya akan menjadi pendorong kepada anda untuk lebih maju ke hadapan.

Apa la Ronaldinho!
posted by Awan Badai @ 12:16 PM  
5 Comments:
  • At 3:54 PM, Anonymous Anonymous said…

    Apa la Ronaldinho.. hehe.. sebenarnya Nieys minat ngan Barca pun sebab Ronaldinho kat cni kot.. lately ni cam kureng sikit dia ni.. tak macam dulu2.. tapi itu tak bermakna dia tak boleh score.. cuma sesekali bila dia score.. memang MAGIC!

    p.s: kelakar tul masa lepas Ronaldinho score free kick hari tu.. dia letak tangan kat telinga seakan-akan cuba mendengar suara2 penonton.. Nieys dan adik dok gelakkan dia je.. :D<

     
  • At 5:34 PM, Blogger Awan Badai said…

    Wah, nieys tengok match tu ke? Jaga sampai awal pagi??

    Haha, sebenarnya Awan tak tengok pun match tu. Dengar orang cakap je. Apa-apapun, Ronaldinho memang best, walaupun Awan tak sokong Barca.<

     
  • At 9:23 AM, Blogger Unknown said…

    berita pagi tadi mengatakan Man U kalah dengan pasukan yang kurang ternama 1-0...

    nak tengok orang main bola, tengok la elok2.. watpe ank kutuk2.. tak mengubah ape2 pun. buat bazir air liur n ATP aje~ tido lagi baik~ subuh confirm tak sebesar saiz gajah~<

     
  • At 3:04 PM, Blogger Awan Badai said…

    Begitulah manusia szakif...

    Selagi mereka ada nyawa, selagi mereka mampu berkata-kata, mereka akan terus berkata. Kata-kata itu akan jadi baik jika mereka berprinsip. Begitu juga sebaliknya...

    Apa-apapun, mendengat berita kekalahan M.U merupakan nikmat di subuh hari yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata... hehehe<

     
  • At 1:20 PM, Blogger Unknown said…

    elo... chelsea fan here!<

     
Post a Comment
<< Home
 


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates