"Kenapa layang-layang perlu diikat dengan tali? Apa akibatnya jika tali itu putus?"
Dalam buku Aqidah & Perjuangan, sebuah buku yang memuatkan siri-siri ceramah Almarhum Us Fadzil Mohd Noor menyatakan definisi Aqidah:
"Perkataan ‘aqada dalam bahasa Arab bererti mengikat. Aqidah adalah merupakan satu ikatan keyakinan yang mengikat diri seseorang, pemikiran seseorang dan hati seseorang dengan satu keyakinan dan dengan itu kehidupannya menjadi satu kehidupan yang terarah dan terpimpin."
Kita sering mengeluh, mengapa gejala sosial semakin lama semakin parah. Rompak... Samun... Rogol... Seks bebas... Sumbang mahram... Buang anak... Rasuah... Korupsi... bla... bla... bla...
Apa puncanya? Maka terdengarlah suara-suara yang menyalahkan pihak-pihak tertentu. Ibu bapa... Guru... Pemimpin... Lelaki... Wanita... bla... bla... bla...
Namun, masalah tak juga selesai. Malah, semakin teruk. Kenapa ye?
"Kenapa layang-layang perlu diikat dengan tali? Apa akibatnya jika tali itu putus?"
Sebenarnya, pusing punya pusing, masalah yang berlaku di dunia ni - baik masalah di peringkat individu, masyarakat, negara bahkan dunia - adalah kerana kehidupan mereka tidak terarah dan terpimpin.
Kerana itu dalam Islam, perkara paling asas yang wajib dipelajari oleh semua manusia adalah AQIDAH.
Almarhum Ustaz Fadzil Noor telah megemukakan satu definisi yang cukup mudah kepada kita untuk menggambarkan betapa AQIDAH mampu mencorakkan SELURUH kehidupan manusia agar aman... agar damai... agar selamat... di dunia dan akhirat.
Dari AQIDAH, maka lahirlah kehidupan yang TERARAH. Dari AQIDAH, maka lahirlah kehidupan yang TERPIMPIN.
Kehidupan disini merangkumi seluruh peringkat: individu, keluarga, masyarakat, negara mahupun dunia.
Diri, pemikiran, hati dan kehidupan kita 'di ikat' dengan 'ikatan keyakinan'. Maka, 'ikatan' inilah yang akan mengawal diri, pemikiran, hati dan kehidupan kita dari melayang tak tentu hala yang akhirnya mengakibatkan kebinasaan.
Hidup kita adalah kerana AQIDAH, perjuangan kita adalah perjuangan AQIDAH, dan pastikan mati kita juga adalah dalam AQIDAH.
"Kenapa layang-layang perlu diikat dengan tali? Apa akibatnya jika tali itu putus?"
Supaya layang-layang itu jadi terarah dan terpimpin. Jika tidak, ia akan melayang dengan bebasnya tanpa tujuan, akhirnya tersadai sebagai sampah yang tak berguna...Baca : Apa Tajuk Bab 1 Dakwah Anda |
Aqidah adalah segala-galanya. kemantapan aqidah adalah teras. tiada teras, lembiklah yang lelainnya.<