"Dia orang muda... bagi dia bercakap"
Begitulah reaksi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr Abdullah Md Zin apabila diminta penjelasan mengenai pandangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) mengenai isu khalwat.
Baca artikel penuh di: Mufti Perlis "orang muda, bagi dia bercakap" Inilah sikap yang sepatutnya ada pada seorang pemimpin. Inilah juga sikap yang telah ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar tatkala mereka ditabal menjadi Khalifah. Orang muda ada pandangannya dan stail yang tersendiri. Kadang-kadang, kalaupun pandangan itu agak bertentangan dengan pandangan 'orang tua', ia mampu membuatkan 'orang tua' memikirkan kembali apa yang patut mereka fikirkan. Dalam kes Dr MAZA, walaupun pada awalnya ia agak mencetuskan kontroversi, tapi pada akhirnya, satu lagi sistem penguatkuasaan undang-undang di Malaysia telah direnovasi dan diperbaiki. Inilah hasil cakapan 'orang muda'. Jika tidak kerana 'orang muda', entah bila sistem itu akan terus di takuk lama. Status-quo! Pengajarannya: Suara 'orang muda' jangan disekat. Tapi ia perlulah dipandu dengan prinsip yang betul kerana ia mungkin memberi natijah yang cukup besar untuk masyarakat. Terima kasih kepada Dr MAZA kerana satu membuka dimensi baru untuk 'orang muda'.
Tapi, bagaimana pula dengan suara golongan 'orang muda' yang bergelar Mahasiswa?
Suara mahasiswa telah lama di sekat. Sejak AUKU dikuakuasakan pada 1971, dan dipinda pada 1975 yang menjadikannya lebih ketat, suara 'orang muda' ini telah dinafikan haknya. Selama lebih 31 tahun, tiada satu pun ruang rasmi untuk 'orang muda' ini menyuarakan pandangan mereka. Kalaupun ada, mereka akan dituduh mengkritik dan melawan kerajaan, pro-pembangkang dan seumpama dengannya.
Hasilnya, setelah 31 tahun, mahasiswa kini jadi lemah dan lesu. Tidak kreatif dan kritis. Ketika negara berhadapan dengan masalah sosial dan pengangguran, mahasiswa pula dituduh tidak berdaya saing.
Siapa sebenarnya yang telah membunuh daya saing mahasiswa?
Malangnya nasib 'orang muda' Malaysia...
Nasihat Awan kepada pihak berkenaan: Jangan disekat suara orang muda. Tapi, pandulah mereka berasaskan prinsip yang betul. Biarkan orang muda itu berkata....
|
hmmm... oh mahasiswa/i...<