Friday, April 06, 2007
Prison Break!

Awan merupakan antara kipas-susah-mati (die hard fan) sebuah siri TV yang popular: Prison Break - yang baru sahaja tamat season 2. Berakhir dengan penuh suspen dan mendebarkan. Lebih suspen dari 3 minit tambahan separuh masa kedua perlawanan bola sepak.

Not only meets the Eye

Tema blog ini mengajar kita untuk tidak melihat sesuatu dengan 'bodoh' tanpa belajar sesuatu. Apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita ada hikmah yang tersembunyi. Hikmah itu yang perlu kita selongkar kerana ia akan mengajar kita erti sebenar kehidupan.

Dalam posting ini, Awan ingin berkongsi sesuatu, tentang siri TV Prison Break

Moral of the season - Prison Break(season 2):

1. Walau apa pun yang berlaku, walau apapun cabaran, lawan tetap lawan. Fight for JUSTICE!
2. Kebenaran tetap akan menang! Walau sesukar manapun perjuangan itu, lambat atau cepat, yakinlah bahawa keadilan tetap akan menang.
3. Rancang segala kerja dan jalankan perancangan anda! Michael Scofield membuktikan bahawa hanya perancangan yang rapi akan membuahkan hasil diingini.
4. Kejahatan dan kebatilan tidak akan berhenti untuk membenamkan cahaya kebenaran. Oleh itu, selagi hidup selagi itu kita harus berjuang.

Last sekali, sayangi keluarga dan kawan-kawan anda. Merekalah yang menjadikan hidup kita ini bermakna.

Kita tunggu season akan datang pula....

Peace!

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 5:12 PM   0 comments
Bloggers melakar sejarah
Prolog:

Penjejak Awan dan Penjejak Badai pernah menyepikan diri dari dunia kepahlawanan China. Namun, nama mereka terus disebut-sebut. Pertarungan mereka di tebing tinggi itu terus menjadi bahan bualan kerana pertarungan seumpama itu hanya berlaku sekali dan tidak akan berlaku lagi selepas ini...

(tamat prolog: di olah dari komik "Pedang Setiawan")

Dari
Malaysia Today:

"Di tengah kritikan dan tuduhan terhadap blog dan laman web yang didakwa tidak bertanggungjawab dan menipu, sekumpulan penulis blog hari ini mencipta sejarah baru dengan membentuk "Pakatan Kebangsaan Penulis Blog".

Berita penuh:
Penulis blog tubuh 'pakatan nasional

Sekali lagi bloggers telah melakar sejarah. Melebarkan pengaruh agar keadilan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. Dari sesuatu yang dianggap asing, kini ia menjadi cabaran dan ancaman kepada kepalsuan dan kebatilan yang bermaharajalela dalam negara.

Walaupun terkadang ia dianggap dan dituduh sebagai berita yang tidak sah, namun sedikit demi sedikit rakyat Malaysia telah membuka mata dan semakin bijak menilai antara kaca dan berlian, antara yang benar dan yang palsu.

Adakah kita mahu bersama arus kebenaran ini? Terpulang ke atas usaha kita.

Kerajaan telahpun berpesan kepada rakyat: "Anda mampu mengubahnya". Jadi... apa lagi?!

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 4:52 PM   0 comments


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates