|
Friday, September 28, 2007 |
Pendidikan |
(Makluman: Entri ini telah disiarkan dalam blog ini pada 5 September 2006, diulangsiar bersempena dengan Pilihanraya Kampus 2007)
Dalam Bajet 2007 yang dibentangkan, Kerajaan telah memansuhkan yuran peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
Awan menyokong penuh tindakan kerajaan dalam hal ini. Inilah salah satu kesenangan yang wajar dikecapi oleh rakyat hasil dari kemakmuran ekonomi negara, seperti juga lain-lain khazanah negara seperti minyak dan elektrik.
Namun ini bukan noktah dalam isu pendidikan. Sistem sedia ada dilihat gagal melahirkan produk yang berkualiti. Jenayah-jenayah yang melibatkan pelajar juga semakin meningkat dari setahun ke setahun.
Ini tidak selaras dengan tuntutan pendekatan Islam Hadhari dan RMK-9 yang menumpukan kepada pembentukan modal insan yang berkualiti.
Justeru, Awan ingin melontarkan beberapa pandangan dan saranan :
1. Rakyat berhak merasai segala kemudahan dan khazanah dalam negara seperti hak untuk mendapat pendidikan yang sempurna dan merasai keuntungan hasil minyak. 2. Isu ini tidak dijadikan diversion daripada isu minyak. Rakyat masih belum lupa bahawa kami teraniaya lantaran kenaikan harga minyak. 3. Sistem pendidikan sedia ada perlu di review dan di ubah agar memenuhi tuntutan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. 4. Pandangan pelbagai pihak perlu diambil kira, termasuk golongan mahasiswa yang telah merasai sendiri ‘kerosakan’ sistem pendidikan sekarang |
posted by Awan Badai @ 11:26 AM |
|
|
|
|
|
|
About Me |
Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile
|
Shout Box |
|
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Template By |
|
|
|