Bajet 2008 selamat dibentangkan tanpa sebarang rusuhan.
1. Pelaksanaan!
Membentang bajet cukup cun. Tapi apabila tiba waktu pelaksanaan, dari:
- RM8b bangunkan Sabah & Sarawak, berapa sen saja yang akan sampai kepada rakyat?
- RM6b untuk atasi jenayah, berapa sen duit tu betul-betul akan diguna. Berapa kadar jenayah akan berkurang?
Rakyat sudah serik dengan projek juta-juta, bilion-bilion. Tetapi manfaat yang mereka rasa jauh lebih sedikit berbanding keperitan membayar kenaikan minyak 30 sen dan kenaikan harga barang.
2. Kenaikan biasiswa untuk mahasiswa
Saya salah seorang dari mahasiswa yang akan menikmati kebaikan itu. Terima kasih. Tapi ini bukan 'gula-gula' untuk undi saya nanti.
Kerajaan akan menaikkan jumlah penerima biasiswa dari 5,000-10,000. Soalnya, mengapa hanya untuk 10,000 mahasiswa dari seluruh IPT tempatan? Mengapa tidak 20,000? 50,000? Semua mahasiswa? Mengapa tidak hapuskan sahaja sistem pinjaman PTPTN yang nyata membebankan mahasiswa/ graduan nanti?
Bagi saya, daripada kerajaan menaikkan jumlah biasiswa dari 23%-84% (jumlah yang amat besar bagi saya), lebih baik kerajaan menawarkan dan membuka lebih banyak peluang kepada lebih ramai mahasiswa untuk menikmati biasiswa. Barulah kekayaan negara dirasai oleh lebih ramai rakyat.
Walaupun saya gembira dengan kenaikan ini, tetapi hati saya bersimpati dengan rakan-rakan lain yang menerima pinjaman PTPTN. Sudahlah tak ada kenaikan. Kalau ada kenaikan pun, seksa pula untuk membayar apabila grad nanti.
Wahai MPP-MPP universiti sekalian. Bertindaklah demi kepentingan mahasiswa. Jangan dok sibuk anjur konsert dan hiburan saja sana-sini.
3. Pembinaan modal insan.
Tiada satu pun yang menekankan aspek pembinaan akhlak & moral. Tak percaya? Lihat pembentangan Bajet 2008 oleh PM.
Kerajaan menumpukan kepada memberi bantuan dan latihan-latihan. Namun semua ini LANGSUNG TIDAK BERGUNA jika modal insan yang ingin kita bina tiada akhlak dan morak.
Pemerintah hendaklah ingat kepada pesanNabi SAW:
"Sesungguhnya aku di utus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"
Kerana kejayaan misi inilah, modal insan muslim berjaya dibina dan Islam telah tersebar ke seluruh dunia. Bahkan sejarah mencatatkan Islam pernah memerintah 2/3 dunia!
Sebagai sebuah kerajaan negara Islam (?), kerajaan haruslah meneruskan misi ini dengan menumpukan pembinaan akhlak dan moral dikalangan rakyat.
Tidak ada guna tenaga kerja yang kita ada memiliki segala kemahiran dan mendapat insentif kerajaan, namun mereka mewarisi korupsi yang berlaku dalam masyarakat sekarang. Kerana tiada akhlak dan moral jugalah rasuah terus berleluasa, jenayah kolar putih dan masalah sosial, walaupun dikalanagn golongan korporat dan profesional, bahkan dikalangan pemimpin negara.
Kita tunggu ulasan-ulasan lanjut dari golongan yang lebih pakar...
kenaikan2 ini semacam manis dipandang tp pahit utk ditelan oleh rakyat amnya. Apa2 pun kita tunggu dan lihat pelaksanaannya..
sejauh mana ia dilaksanakan atau sejauh mana dalih yg digunakan apabila pelaksanaan tidak tercapai...<