Wednesday, September 05, 2007
Ekstrimis 'ter' dan 'paling'
Fenomena berlumba mencipta rekod demi rekod untuk dicatat dalam Malaysia Book of Record semakin hari semakin memualkan saya.

Paling panjang
Paling tinggi
Paling jauh
Paling besar
Paling bla bla bla...

Bukan ianya tidak boleh. Bukan tidak baik. Tapi bila sudah berlebih-lebihan hingga mengabaikan yang lebih utama, inilah yang dikatakan pelampau. Ektrimis. Malaysia telah melahirkan lebih ramai ekstrimis dalam mengejar yang 'paling' dan yang ter...'

Lebih memburukkan, universiti pun dilibatkan sama dalam menyuburkan budaya yang semakin tidak intelek ini.

SERAMAI 50 pelajar Kolej Universiti Teknologi & Pengurusan Malaysia (KUTPM) mencatat rekod dalam Malaysia Book of Record apabila berjaya menamatkan larian selama 50 jam tanpa henti. Larian dari Shah Alam ke Melaka, terus ke Kuala Lumpur dan singgah di Putrajaya mengambil masa tiga hari bermula 11 pagi 25 Ogos lalu.

Majlis Perwakilan Pelajar KUTPM bersama Unit Pembangunan Pelajar mengambil inisiatif menganjurkan program yang menjurus usaha menyedarkan generasi muda mengenai pentingnya memupuk semangat patriotik.

(Berita Harian, Jumaat. Klik untuk berita penuh)

Memupuk semangat patriotik?

Mereka fahamkah apa itu semangat patriotik?

Bolehkah dengan berlari 50 jam tanpa henti memupuk semangat patriotik?

Tolonglah... inikah idea dari sebuah badan kepimpinan tertinggi pelajar di sebuah UNIVERSITI?


Niat dan tujuan mereka memang baik. Itu saya sokong. Tapi cara untuk mencapai matlamat itu yang menampakkan kekeringan idea. Saya sebagai mahasiswa turut berasa malu.

Saya pernah artikel ini : Kehidupan = Ekosistem. Ianya berkaitan tentang perlunya kita mendefinisikan apakah masalah sebenar dalam sesuatu masalah. apakah ianya benar-benar masalah, atau sebenarnya ia adalah mangsa kepada masalah yang sebenar?

Tak apalah, jika mereka mahu meneruskan program larian tersebut. Tapi pastikan anda tidak mengabaikan tugas utama anda untuk menyuburkan budaya intelek dalam universiti. Memupuk semangat patriotik dengan cara yang sebenar. Ada anda buat?

Dalam isu ini, saya tidak tergamak untuk menyalahkan MPP kerana membawa budaya mencipta rekod yang sia-sia dan tidak intelek ke universiti. Mereka juga adalah mangsa kepada masalah yang lebih besar. Mereka mengikut corak yang telah dicorakkan oleh sistem dan budaya yang mereka hidup di dalamnya. Negara kita juga takhenti-henti cuba mencipta rekod dunia yang ntah apa-apa


Antara fenomena terbaru, budaya berlumpa mencipta rekod siapa paling besar dan siapa paling panjang.



Terjun di Antartik?
Merentas benua antartik secara solo?
Berenang merentas selat Inggeris?


Apa erti kejayaan ini dalam membanteras gejala sosial, mengurangkan kadar kemiskinan di Kampung Joh dan menyedarkan remaja tentang kepentingan solat?


Kepada mahasiswa, kita tidak perlu melawan arus semangat berlumba ini. Tapi kita ubah arus fenomena ini kepada perlumbaan yang menggambarkan minda mahasiswa.

Student power!
posted by Awan Badai @ 9:56 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates