|
Thursday, August 30, 2007 |
Apa hal? |
Berita Harian 30 Ogos 2007 melaporkan:
MPP Tak Setuju Kuasa Autonomi
Ini adalah reaksi-reaksi barisan MPP IPTA-IPTA yang diketahui ramai, diterajui oleh kumpulan aspirasi atau pro-kerajaan.
Apa hal? Takut ke?
Presiden MPP Universiti Malaya (UM), Afandy Sutrisno Tanjung: “Pemberian kuasa autonomi ini bagus untuk universiti membuat keputusan sendiri dan MPP menyokong penuh usaha kerajaan, namun untuk pelantikan naib canselor ini perlu pembabitan kementerian.”
Kenapa nak dilibatkan juga kementerian? Apakah aspirasi takut 'kuasa' mereka selama ini yang dilindungi oleh TNC dan HEP yang dilantik dan 'dijaga' oleh kerajaan akan pecah dan suara sebenar dari mahasiswa akan bergema di universiti?
Presiden MPP Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mazwan Murad: “Cuma yang dikhuatiri kuasa autonomi ini digunakan sesetengah pihak untuk kepentingan diri sehingga membelakangkan hak pelajar dan matlamat universiti semata-mata ingin merebut jawatan.”
Sejak bila aspirasi pandai bercakap tentang hak pelajar dan matlamat universiti? Selama ini hak mahasiswa telah lama dinafikan. Demokrasi kampus telah lama dicabul. Suara mahasiswa telah lama disekat. Mahasiswa yang bersuara dikenakan tindakan. Kenapa sekarang kamu baru bersuara?
Presiden MPP Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Mohd Izwan Shahril: "Bagi suara pelajar, kami mahu pemilihan diputuskan pihak atasan (kementerian) bagi mengelak menimbulkan isu.”
Mengelak timbulnya isu? Hello... dah lama isu tentang pelantikan TNC dan HEP disuarakan kerana dilantik atas dasar kroni. Tak pernah dengar ke?
Saya tidak tahu, samada polisi yang diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi hanyalah gimik atau mempunyai agenda tersembunyi yang lain. Tapi berdasarkan reaksi dari MPP aspirasi, mereka telah melatah menampakkan kerisauan awal mereka dalam isu ini. Kenapa ya?
Saya cadangkan agar MPP membuat pungutan suara dikalangan ahli akademik dan pensyarah tentang pandangan mereka dalam isu ini, apakah ini sesuatu yang lebih baik atau tidak? Ini kerana mereka lebih faham keadaan sebenar, apabila pelantikan TNC dilakukan oleh 'orang luar'. |
posted by Awan Badai @ 8:27 PM |
|
1 Comments: |
-
engko memang berani....tabiklah.. :D<
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|
|
|
About Me |
Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile
|
Shout Box |
|
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Template By |
|
|
|
engko memang berani....tabiklah.. :D<