|
Wednesday, August 15, 2007 |
Belajar dari bola sepak |
Setelah sekian lama tak update, maka terimalah sebuah perkongsian dari saya...
Suatu ketika dahulu, ketika sedang sama-sama menonton perlawanan bola sepak di rumah melalui saluran ASTRO, abang saya mengajar saya tentang bola sepak:
"Nak main bola ni, yang penting kena maintain the game. Tapi kadang-kadang kena ada brilliant movements"
Bagi mereka yang kurang asas dalam bolasepak, ini sudah boleh menjelaskan tentang bagaimana untuk bermain bola sepak. Sudah pastilah huraiannya lebih panjang; bagaimana nak 'maintain the game', kemudian bagaimana pula untuk cipta 'brilliant movement'. Tetapi secara asasnya, jika anda menonton mana-mana perlawanan bola sepak, itulah yang berlaku.
Mungkin antara faktor kegagalan pasukan Malaysia dulu, mereka tidak mampu untuk 'maintain the game', apatah lagi untuk mencipta 'brilliant movement'.
Pakdi pernah mengulas tentang taktik Liverpool ketika menentang AC Milan dalam final Liga Juara-juara:
"...Rafa got his tactic right by silent off Kaka & Seedorf but to do that, he had to sacrifice Crouch. And by bringing on Crouch for Mascherano, Kaka at last had some space to assist Inzaghi for the 2nd goal."
Mungkin tujuan Rafa adalah untuk mengekang AC Milan dari melakukan 'brilliant movement' melalui Kaka yang terkenal sebagai penyerang yang pantang diabaikan.
Saya tak tahu apa pandangan mereka yang lebih pakar dalam bola sepak. Tapi bagi saya, kata-kata itu bukan sahaja menjelaskan cara bermain bola sepak, tetapi turut mengajar kita cara untuk hidup.
Hidup kita juga perlu sentiasa maintain dan kadang-kadang perlu ada brilliant movement untuk meningkatkan prestasi kita. Saya akui, sejak berada di kampus Kuantan, habit saya agak berubah. Hidup tidak seperti dulu. Dulu, saya boleh menyelesaikan tugasan-tugasan walaupun banyak dan sibuk. Sekarang?
Mungkin saya perlukan satu brilliant movement untuk meningkatkan gaya hidup yang serba 'hancur' sekarang ini.
Sudah sebulan saya tidak mengemaskini blog. Lama giler... Dari entri pakdi, Blogging is a hardwork, saya memang bersetuju blogging memerlukan kerja keras dan disiplin yang tinggi. Tetapi jumlah pelawat bukan isu bagi saya. Saya lebih memerlukan anjakan sikap yang baru setelah agak terhakis akhir-akhir ini.
Sungguh benar sabda Nabi SAW ketika ditanya oleh sahabat tentang satu amalan yang selepas ini tak perlu lagi sahabat itu datang bertanya soalan yang sama kepada Nabi SAW, maka jawab Baginda Rasul SAW:
"Katakanlah aku beriman kepada ALLAH... kemudian konsistenlah (istiqomah)"
Artikel berkaitan:
1. Bola 1 2. Bola 2 3. Bola 3 |
posted by Awan Badai @ 1:42 PM |
|
2 Comments: |
-
salam, sedikit nasihat untuk sahabat.. encik awan sudah berubah?? myb keberadaan nta disana yang menjadikan nta sebegitu..dalam politik ada hieraki masyarakat yang sifatnya- different group struggle for different goal..suatu ketika dulu nta disana, dan keadaan disana menuntut nta mencapai sesuatu yang tertuntut pada waqi'nya.. DAN sekarang nta disitu, menuntut nta beraksi dengan cara disitu..n output yang terhasil sesuai dan suit dengan waqie' dc2..
2)Ingat, yang Allah suka pada amalan yang berterusan walaupun sedikit..
3)usaha nta memulakan sesuatu adalah terpuji..menyambung usaha untuk sesuatu yang dimula lebih baik dari membiarkannya..sekali memulakan dan menyambung sesuatu usaha, keep foward even an inch..there's the charming of istiqamah in your life..
astaudiu'kumuLLAH. wassalam.<
-
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|
|
|
About Me |
Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile
|
Shout Box |
|
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Template By |
|
|
|
salam,
sedikit nasihat untuk sahabat..
encik awan sudah berubah??
myb keberadaan nta disana yang menjadikan nta sebegitu..dalam politik ada hieraki masyarakat yang sifatnya- different group struggle for different goal..suatu ketika dulu nta disana, dan keadaan disana menuntut nta mencapai sesuatu yang tertuntut pada waqi'nya.. DAN sekarang nta disitu, menuntut nta beraksi dengan cara disitu..n output yang terhasil sesuai dan suit dengan waqie' dc2..
2)Ingat, yang Allah suka pada amalan yang berterusan walaupun sedikit..
3)usaha nta memulakan sesuatu adalah terpuji..menyambung usaha untuk sesuatu yang dimula lebih baik dari membiarkannya..sekali memulakan dan menyambung sesuatu usaha, keep foward even an inch..there's the charming of istiqamah in your life..
astaudiu'kumuLLAH.
wassalam.<