|
Sunday, June 24, 2007 |
Kehilangan |
Thierry Henry berpindah ke Barcelona
Apa kata penyokong Arsenal?
Kepada penyokong Liverpool, bayangkan Gerrard atau Carragher keluar dari Liverpool. Kepada penyokong Manchester United, bayangkan jika Rooney dan Ronaldo berpindah ke kelab lain?
Apa perasaan anda?
Orang pernah berkata, David Beckham adalah segala-galanya bagi M.U. Tapi, tanpa Beckham, M.U sekali lagi telah manjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.
Orang pernah berkata, PAS tak akan hidup tanpa Almarhum Yusuf Rawa. Tapi setelah pemergian beliau, bukankah PAS terus kekal hingga hari ini?
Orang pernah berkata,
Insan datang dan pergi. Namun perjuangan kita bukan kerana individu. Hilangnya individu bukan bermakna berakhirnya perjuangan. Tapi asas kita adalah atas dasar prinsip dan kebenaran. Inilah Aqidah dan Perjuangan kita.
Kehilangan akan terus terjadi. Maka di sini saya mengabadikan beberapa detik kehilangan besar dan bererti buat saya dan rakan-rakan.
23 Jun 2002
Pilu. Sebak. Sedih. Kosong. Mungkin itu yang dirasai tatkala menerima khabar pemergian Almarhum Dato' Haji Fadzil Mohd Noor, mantan Presiden PAS. Beliau digelar 'Mujahid Ulung', sesuai dengan sumbangan dan legasi yang beliau tinggalkan untuk PAS. Legasi-legasi itu yang amat bernilai dan akan terus dikenang sebagai detik kegemilangan PAS di Malaysia.
Dia disegani oleh kawan dan lawan. Dia dihormati oleh pemimpin seluruh dunia. Dia adalah ikon kepimpinan dulu, kini dan masa depan.
5 tahun telah berlalu. Kehilangan masih teramat dirasai.
Dia akan terus abadi dalam sejarah...
Lebih 1400 tahun yang lalu...
Tatkala menerima khabar kewafatan insan agung bernama Muhammad bin Abdullah, seluruh alam terus bersedih. Hari yang cerah terasa muram dan hambar. Insan yang dicintai sudah pergi buat selama-lamanya. Tiada kata yang dapat menggambarkan kesedihan dan kepiluan. Maka bangunlah Saidina Abu Bakar menenangkan suasana, membacakan firman ALLAH Azza wa Jalla:
"Dan Muhammad itu hanyalah seorang Rasul; yang sebelumnya telah berlalu beberapa rasul. apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berpaling ke belakang? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak akan merugikan ALLAH sedikit pun. Dan ALLAH memberi balasan kepada orang yang bersyukur" [Surah Ali 'Imran : 144]
22 Jun 2006
Lebih kurang jam 10.00 malam. Sebuah kemalangan berlaku di Pasir Mas, melibatkan 2 buah motosikal...
(ikuti sambungan entri ini pada 26 Jun 2007 nanti)
|
posted by Awan Badai @ 7:41 AM |
|
3 Comments: |
-
kehilangan??? bila bercakap soal kehilangan...masing2 ada kisah tersendiri.. pada kebenaran..kita mengalami kehilangan setiap hari!!!kehilangan hari ini.. ia tetap pergi lantas tinggalkan kesan pada diri...amalan yang dibuat dikeji atau dipuji...yang pasti kita akan kendong amalan dan kejebuat ni sebagai bekal di hari mati!!!! kehilangan ada jenisnya..yang boleh ditemui semula amat banyak...kehilangan kemuliaan!!!kemuliaan Islam...izzah Islami..perjuangan Islam secaraberjemaah adalah cara yang paling tepat berlandaskan Al Quran dan sunnah bagi mengembalikan negara Islam yang ditumbangkan (yang dihilangkan)... so, all of us must work to it!!! initiate the tajdid in our plan...to remove the harakah today!!!<
-
Awan terkesan dengan komenmu yang kritis.
Setiap orang ada gaya berfikirnya sendiri. Gayamu adalah kelebihanmu. Gunakanlah untuk kepentingan Islam.
Syukran sahabat!<
-
[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url] [b]software price list, [url=http://firgonbares.net/]microsoft software mouse[/url] [url=http://firgonbares.net/][/url] Master Collection Mac academic software licensing discount software for education [url=http://firgonbares.net/]shop 2000 software[/url] software lowest prices [url=http://firgonbares.net/]store building software[/url] campus software discount [url=http://firgonbares.net/]coreldraw 3d ring[/url] glass shop software buying software [url=http://firgonbares.net/]c store software[/b]<
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|
|
|
About Me |
Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile
|
Shout Box |
|
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Template By |
|
|
|
kehilangan???
bila bercakap soal kehilangan...masing2 ada kisah tersendiri..
pada kebenaran..kita mengalami kehilangan setiap hari!!!kehilangan hari ini.. ia tetap pergi lantas tinggalkan kesan pada diri...amalan yang dibuat dikeji atau dipuji...yang pasti kita akan kendong amalan dan kejebuat ni sebagai bekal di hari mati!!!!
kehilangan ada jenisnya..yang boleh ditemui semula amat banyak...kehilangan kemuliaan!!!kemuliaan Islam...izzah Islami..perjuangan Islam secaraberjemaah adalah cara yang paling tepat berlandaskan Al Quran dan sunnah bagi mengembalikan negara Islam yang ditumbangkan (yang dihilangkan)...
so, all of us must work to it!!! initiate the tajdid in our plan...to remove the harakah today!!!<