Tuesday, May 08, 2007
To LEARN or to EARN?
Pagi tadi, (Selasa, 8 Mei 2007) aku sempat menonton Malaysia Hari Ini. Tetamu jemputan adalah Dr Shukri Abdullah, seorang motivator terkenal yang membicarakan tentang motivasi untuk memulakan keusahawanan. Beliau telah mengungkapkan sesuatu yang cukup menarik minat aku:

"To learn in more important that to earn"

Hari ini adalah hari ketiga aku memulakan karier (cheewah) sebagai seorang pekerja part-time di sebuah firma guaman tempatan. Apa kerjanya? Tiada spesifik tugas. Semua kerja telah kubuat dalam 3 hari ini.
Key-in data, bayar bil, hantar surat, stamping, menyelongkar timbunan fail, jawab telefon, fotostat, semak data. Mungkin tak lama lagi aku akan ganti bos aku untuk uruskan kes-kes pulak. Haha. Gajinya? Aku pun tak tahu. Apabila ditawarkan untuk bekerja, aku terus menerima dan melapor diri tanpa banyak soal. Ketika Awan menerima tawaran itu, tujuan yang ada dalam kepala aku hanya satu: BELAJAR. (di samping mengisi masa cuti. Hehe)

Ada pepatah mengatakan:

"Pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan"

Aku semakin menyedari hakikat itu. Dalam 3 hari ini, aku telah mengenali lebih ramai orang dengan pelbagai lagi cerita dan kerenah, yang setengahnya langsung tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Di kalangan staff di ofis itu sahaja (yang 90% adalah wanita!), 1001 cerita telah kutahu. Belum dikira sepak terajang 'politik kerja' yang lain.

Benarlah kata orang, kehidupan dan cabaran di kampus hanyalah cebisan kecil dalam kehidupan. Berhadapan dengan 'dunia luar' adalah jauh lebih mencabar. Umpama lautan yang tidak dapat dijangka ombak dan gelombangnya.

Dunia kampus adalah
training ground bagi mahasiswa sebelum tercampak ke 'dunia luar'. Untuk survive dalam 'dunia luar' dan 'politik kerja', mahasiswa perlu jadi individu yang benar-benar kental dan competence. Jangan hanya selesa dalam atmosfera sendiri sahaja.

Jika tidak, korang (mahasiswa) akan hanyut dilanda arus 'dunia luar' yang tidak dapat diduga.
posted by Awan Badai @ 7:26 PM  
2 Comments:
  • At 6:21 PM, Anonymous pemakna ilmu said…

    ilmu itu cahaya.memantulkan cahaya kepada insan dan seisi hayatnya..
    ilmu ibarat cahaya matahari..menyinari kepada sesiapa saja..dan yang pasti, petani antara golongan yang paling bertuah dengan nikmat ini..kerana bila hari cerah, dia boleh menuai tanaman untuk dijadikan rezeki sepanjang musim..
    tahniah, sahabat..
    tamak dalam hidup membuatkan seseorang itu kenyang dengan ilmu<

     
  • At 7:12 PM, Blogger Awan Badai said…

    Siapa pemakna ilmu ini ya...

    Macam kukenal dirimu itu. Tapi dia mana ya...?<

     
Post a Comment
<< Home
 


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates