|
Monday, February 19, 2007 |
Kehidupan = Ekosistem |
Life is just like an ecosystem
Apa ada pada ekosistem?
Ekosistem dikawal oleh sistem yang amat teratur. Ianya adalah diluar kawalan manusia. Sistem kitaran air dan hujan, tiupan angin, suhu, aturan musim dan sebagainya. Di dalamnya terkandung anggota-anggota yang saling bergantungan antara satu sama lain. Jika terjadi sebarang masalah, mereka adalah salah satu dari dua:
1. Punca kepada masalah sistem 2. Mangsa kepada masalah sistem
Faktor yang paling menyebabkan apa sahaja masalah kepada ekosistem adalah MANUSIA. Dan MANUSIA jugalah yang menjadi mangsa kepada sistem yang bermasalah itu.
Jika salah satu dari elemennya terganggu dan terjejas, maka elemen lain juga akan turut terganggu dan terjejas. Apatah lagi jika elemen yang terganggu itu adalah elemen major. Elemen yang mempengaruhi banyak elemen lain. Suhu umpamanya. Ekosistem dan iklim bumi banyak bergantung pada perubahan suhu. Tiupan angin, taburan hujan, empat musim, ombak dan sebagainya. Dek kerana ketidakstabilan, kekacauan, ketergangguan dan keterjejasan kenormalan suhu dunia, maka iklim dunia sudah tidak stabil.
Lain pula halnya jika elemen minor sahaja yang terganggu. Ia tidak terlalu menjejaskan elemen lain. Bahkan, ia akan dibaikpulih secara semulajadi (dengan izin TUHAN) melalui mekanisme yang unik.
Namun, ekosistem telah dimusnahkan oleh manusia.
Apa ada pada kehidupan?
Kehidupan kita juga dikawal oleh sistem. Sistem ekonomi, pendidikan, politik, sosial, ketenteraan dan lain-lain. Sistem-sistem ini dan emelen-elemen di dalamnya saling bergantungan antara satu sama lain. Andai timbul sebarang masalah, maka elemen dan sistem lain juga akan terjejas.
Dalam apa jua isu, elemen dan sistem di dalamnya akan jadi salah satu dari dua:
1. Punca masalah 2. Mangsa kepada masalah
Faktor yang paling menyebabkan apa sahaja masalah kepada ekosistem adalah MANUSIA. Dan MANUSIA jugalah yang menjadi mangsa kepada sistem yang bermasalah itu.
Jenayah sosial muncul satu demi satu. Rompak, ragut, bohsia, mat rempit, pecah rumah, zina, rogol, haruan makan anak, buang anak, bla bla bla.... tak habis untuk disenaraikan. Seringkali mereka dilabel sebagai masalah. Tapi benarkah masalah itu timbul dengan sendiri? Atau ada sebab dan punca lain yang mengakibatkan timbulnya masalah itu?
Sebenarnya mereka adalah mangsa kepada sistem yang lebih besar. Mereka hidup dalam suasana yang membawa mereka ke arah itu. Sistem pendidikan yang celaru. Sistem ekonomi kapitalis yang menindas. Sistem politik yang bobrok. Dasar pembangunan fizikal yang tidak seimbang dengan pembangunan insaniah (kemanusiaan). Semuanya bermasalah.
Kenapa ini terjadi? Kerana manusia yang mencorak sistem itu bukan orang yang tahu membangunkan manusia. Nabi Muhammad pernah bersabda:
"Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran"
Maka kini, terserlah kebenaran kata-kata ini. Apabila manusia yang mengawal sistem itu tidak tahu mencorak mengikut sistem yang betul, maka rosaklah sistem yang lain. Manusia juga menjadi mangsa. Kerana itu, timbul masalah-masalah yang sebenarnya berpunca dari sistem yang bermasalah
Apa penyelesaiannya?
"It is better to light a candle than to curse the darkness"
Tidak ada guna menyalahkan pihak yang menjadi mangsa. Pelbagai lagi pihak akan menjadi mangsa jika masalah sebenar tidak ditangani.
Bagaimana? Back to Islam!
Manusia diciptakan oleh TUHAN. Dan hanya TUHAN yang tahu sistem yang terbaik untuk manusia. Umpama mesin basuh dari Syarikat X. Hanya manual mesin basuh dari Syarikat X itu sesuai untuk digunakan. Manusia umpama mesin basuh yang dicipta oleh TUHAN. Dan TUHAN telah menurunkan manual yang lengkap untuk mengguna dan menguruskan manusia, iaitu - AL-QURAN dan AS-SUNNAH.
Orang yang mengawal sistem perlu diberi kepada yang memahami sistem yang betul dan sesuai. Selagi pihak yang mengawal sistem adalah yang tidak memahami Al-Quran dan As-Sunnah, maka selagi itu masalah tidak akan selesai.
Maka, serahkanlah urusan itu kepada ahlinya!
Teruskan mengundi UMNO/BN kerana mereka TAK faham apa itu Al-Quran dan As-Sunnah!!! Hahaha
Sila baca: Dulu Bohsia, Sekarang... -pakdi |
posted by Awan Badai @ 12:51 PM |
|
|
|
|
|
|
About Me |
Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile
|
Shout Box |
|
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Template By |
|
|
|