Sunday, January 07, 2007
PLKN: Natijah baik atau buruk?
Harapkan pagar, pagar makan padi... (pepatah Melayu)

Harapkan tin, tin makan biskut... (pepatah Bro Shah Kirit dalam salah satu ceramah beliau)

Sesuatu yang baik, jika tak diguna, tak dimanfaatkan, maka ia akan jadi sampah. Lebih teruk, jadi mudharat pulak. Macam KFC. Ada depan mata, tapi tak nak makan. Apa pekdahnya? Sampai masa, basi. Buang. Membazir jek.

PLKN. Dulu timbul polemik tentang PLKN. Membazir duit kerajaan. Kerajaan memperalatkan untuk 'brainwash' remaja supaya anti-pembangkang. Menggalakkan percampuran lelaki dan perempuan sehingga melangkaui syarak. dan lain-lain...

Kini, PLKN siri 1 untuk tahun 2007 telah bermula. Mahu tak mahu, kita kena menerima bahawa ia adalah sebahagian dari agenda tetap negara.

Bagi Awan, PLKN ni jika diguna dan dimanfaatkan sepenuhnya, ia akan memberi sumbangan besar kepada negara pada masa hadapan. Cukup besar. 3 bulan dalam kursus. Lama tu. Macam-macam boleh buat.

Tapi, yang menentukan keberkesanan PLKN sebagai wadah untuk membentuk jatidiri MAHASISWA dan generasi muda negara bergantung kepada 2 faktor utama:

1. Modul-modul dalam PLKN
2. Jurulatih/ pelaksana kepada modul-modul tersebut.


Sila baca pandangan
Ahmad Fakhrurrazi Yahaya dalam Berita Harian, 4 Januari 2007 lalu dalam ruangan 'Rencana' tentang PLKN dan Mahasiswa.

Semoga tin (baca: PLKN) yang negara kita ada ni dimanfaatkan untuk menjaga biskut (baca: remaja) di dalamnya. Bukannya tin yang memakan dan merosakkan biskut-biskut yang jadi harapan negara ni satu hari nanti.

Nota tambahan:
1. Tajuk asal artikel tersebut adalah: Mahasiswa, PLKN dan Islam Hadhari. Tetapi pihak BH telah mengubahnya.
2. Perenggan terakhir artikel tersebut tidak disiarkan. Berikut adalah perenggan yang tidak disiarkan oleh BH:

-----------------------------------------
Kita sedang berbicara tentang masa depan negara. Ini adalah soal pendekatan terbaik untuk mendidik jiwa dan membentuk identiti anak-anak muda demi memenuhi tuntutan kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Bukankah kita mengimpikan kehidupan sosial yang bebas dari masalah, generasi yang berperibadi tinggi, mahasiswa yang berwawasan dan bercita-cita tinggi? 10 prinsip asas Islam Hadhari memenuhi kesemua tuntutan tersebut. Saya yakin, jika dilaksanakan dengan ikhlas dan baik, sentuhan pendekatan Islam Hadhari ini pastinya mampu menjadikan modul-modul PLKN lebih baik. Lagipun, sampai bila kita hanya mahu mendengar retorika slogan Islam Hadhari dicanang tanpa melihat aplikasinya? Fikirkanlah!
-------------------------------------------
posted by Awan Badai @ 8:10 PM  
2 Comments:
  • At 11:18 AM, Blogger shura said…

    Itu la ari tu dh baca dlm paper rencana nih...
    dok ingat anak sapa la yg tulis...
    mmg gaban la...(^.^)
    hapa pun...truskan usaha...
    majula fakhrul ntuk biotech...^.^<

     
  • At 4:41 PM, Blogger Awan Badai said…

    Hmm.. thanks a lot sebab sudi singgah baca blog.

    Ohoo.. dah baca. Tengkiu sekali lagi. Gaban tak best, nak jadi Uchiha Itachi. Lebih power dan kejam. Hehe

    Sapa cakap budak sains takleh menulis? Biotech boleh!<

     
Post a Comment
<< Home
 


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates