*Posting kali ini dipetik dari Karya A.Samad Said (kalau tak silap...), Allahyarham Usman Awang (terima kasih kepada Kitaro) dan telah diterbitkan kembali (dan dicopy oleh Awan) di blog Amin Idris.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia Jika hari ini seorang Peguam menang bicara Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah Jika hari ini seorang Penulis terkemuka Jika hari ini seorang Doktor pakar segala Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!
Terima kasih kepada semua cikgu-cikguku di:
1. Sekolah Kebangsaan Bandar (1992-1997) 2. SMKA Falahiah (1998-2002)
Jasamu semua pasti kukenang sampai akhir hayat! |
macam biasa kita dengar..
"kami guru Malaysia, Berikrar dan berjanji..Mendidik dan memipin putera-puteri negara kita.."
Cuma pemakna Ilmu nak muhasabah SIKIT 'mANHAJ tARBIYAH'(sistem pendidikan)Malaysia..penghayatan Islam dalam silibus sangat kurang dan semakin dikurangkan..berkatkah ilmu kita??Salah siapa bukan soalnya..perbuatan siapa??-ini perkara kedua..kehendak siapa?? pada soalan kesepuluh..
tapi persoalan utama- siapa mangsanya???kita lah jawapannya..
mahasiswa2 yang hanya tahu mengira, membaca dan mengenal BUKU..bukan mahasiswa2 yang tahu membaca, mengira dan mengenal ILMU..
dulu dan sekarang-pemakna ilmu..<