Thursday, May 10, 2007
Integriti?
Utusan Malaysia 9 Mei melaporkan:

"Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua kerajaan negeri dan sektor korporat di negara ini melaksanakan inisiatif memantapkan tahap integriti seperti diguna pakai kerajaan, demi kebaikan rakyat serta negara."

Slogan

'Mereka' memang pandai bercakap. Menghebohkan slogan-slogan kosong dan retorik. Islam Hadhari, modal insan, integriti, banteras rasuah, perpaduan nasional. Tapi sejauh mana slogan dan teori itu diamalkan? Jawapannya: TIDAK. Kalaupun ada, ia cuma kosmetik dan tempelan yang bersifat politik, untuk melindungi wajah 'mereka' yang hodoh, buruk dan busuk.

Sejak dulu lagi kita dah dengar 'suara' PM yang komited ingin membanteras rasuah. Alih-alih, Pengerusi BPR sendiri mempunyai tuduhan rasuah (walaupun belum dibuktikan bersalah). Belum dikira pemimpin-pemimpin yang lain.

Semua rakyat telah sedia tahu dan sedia faham, UMNO tidak dapat lari dari rasuah. Ia telah menjadi darah daging, akar umbi, sebahagian dari gaya hidup orang UMNO. Tak percaya? Kita tunggu Perhimpunan Agung UMNO akan datang!

Integriti

Kali ini 'mereka' bercakap tentang integriti pula. Masih segar diingatanku, ketika pihak Institut Integriti Malaysia (IIM) datang ke kampus Awan beberapa bulan lalu menyampaikan ceramah penerangan tentang Pelan Integriti Nasional(PIN).

Ketika sesi soal jawab, maka timbullah soalan tentang sejauh mana integriti di kalangan ahli Parlimen, dikala Ahli Parlimen sendiri, Dato' Shahrir Samad mempertikaikan integriti ahli-ahli parlimen. (Ketika itu sedang panas isu Dato' Shahrir meletak jawatan sebagai Pengerusi BBC sebagai protes terhadap ke'hampes'an integriti parlimen).

Maka penceramah dari IIN itu (namanya tidak kuingat.. sori bang) memberikan jawapan, menggambarkan kekecewaannya terhadap kerjasama dan komitmen ahli parlimen sekarang. antara jawapan yang Awan ingat: "Tidur ketika diberi taklimat tentang PIN". Hah? Tidur?? Maka, merujuk kepada motto Kitaro: The thing speaks by itself!

Itu belum dikira integriti personaliti, salahlaku rasuah, kronisme, nepotisme, keadilan, ketelusan, pencabulan demokrasi, kebebasan media dan lain-lain

(Nota kecil: 3 Mei lepas adalah Hari Kebebasan Akhbar Sedunia)

Integriti dan Islam

Islam telah lama menyeru kearah integriti. Nabi Muhammad SAW dan tokoh-tokoh Islam lain telah lama menunjukkan contoh untuk diteladani.

Al-Qur'an telah merakamkan:

“Sesungguhya orang yang paling baik untuk engkau ambil sebagai pekerja ialah ialah orang yang kuat (Al-Qawiy) dan dapat dipercayai (Al-Amin)”

- Surah Al-Qasas : 26 -

Muhammad bin Abdullah pernah bersabda:

“Mu’min yang kuat (Al-Qawiy) itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mu’min yang lemah”

- Diriwayatkan oleh Muslim -

Sila baca entri Awan yang lepas untuk huraiannya: Kuat

Artikel menarik:

1. Anti Slogan - Ustaz Hasrizal
2. Muntahan Otak - Fathi Aris Omar
posted by Awan Badai @ 5:01 AM  
3 Comments:
  • At 9:05 PM, Anonymous Anonymous said…

    Wah, terima kasih kerana memautkan artikel saya itu ke sini. Semoga ada manfaatnya kepada Sdr, dan teman2 pembaca Sdr. Terima kasih kembali. faomar@yahoo.com<

     
  • At 9:42 PM, Anonymous Anonymous said…

    political will!!!
    kita kaum penerus harapan..
    x kesah, walau anda berada pada kelopak qiyadah atau hanya pada stigma jundiyyah..
    kita mampu cipta integriti tersendiri..
    hanya perlu direaliti tambah waqie..

    sape pemakna ilmu??ana laa..<

     
  • At 11:13 AM, Blogger Awan Badai said…

    To: Sdr Fathi Aris Omar

    Terima kasih kembali kpd Sdr

    To: pemakna ilmu

    Siapa ye???<

     
Post a Comment
<< Home
 


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates