Sunday, May 27, 2007
Asmaa Abdol-Riyad Hamid - Suara wanita dan orang muda
"Wearing a headscarf does not mean that I’m oppressed or deprived. The values on which I live my life are Islamic and not Arab. It is important to make a distinction between religion and culture."

Itu antara pendirian Asmaa Abdol-Hamid, wanita muslimah yang dicalonkan akan bertanding untuk parlimen Denmark - negara yang pernah mencetuskan kontroversi karikatur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW - atas tiket Red-Green Alliances, sebuah parti berhaluan kiri di Denmark.

Dalam usia semuda 25 tahun, Asmaa telah mencetuskan polemik baru dalam arena politik Denmark khasnya dan dunia amnya apabila beliau menegaskan akan terus memakai tudung sekiranya terpilih ke parlimen. Sekiranya terpilih, beliau juga merupakan wanita muslimah pertama yang akan menduduki kerusi parlimen di Denmark.

Anda boleh melihat isu ini dari pelbagai sudut; politik, prinsip Islam dalam ruang demokrasi, muslimah dan pemerintahan, muslim dalam negara kafir dan sebagainya.

Tapi bagi saya, cukuplah saya mengagumi beliau sebagai seorang anak muda yang berprinsip dan berani atas prinsip yang dipegangnya. Beliau seorang muslimah dan tidak gentar tampil dengan imej muslimah walaupun hidup dalam suasana sekular dan ditekan oleh pelbagai pihak.

Walaupun saya tidak mengenali beliau secara mendalam, saya cukup 'jeles' dengan beliau kerana dalam usia baru menjangkau 25 tahun, bahkan beliau adalah seorang wanita, Asmaa telah sampai ke tahap yang begitu sukar dicapai oleh anak muda seusia beliau sekarang.

Satu tamparan untuk anak muda Malaysia - khususnya para mahasiswa - mampukah kita tampilkan seorang ikon sehebat Asmaa. Usahkan seorang wanita, seorang pemuda pun susah! Tapi pastinya ia bukan sesuatu yang mustahil.

Dalam kecelaruan dunia anak muda dan kejatuhan gah kemahasiswaan, semoga anak muda Malaysia boleh mengambil inspirasi dari kehebatan Asmaa. Ayuh kita kembali bangkit, tampilkan model baru anak muda Malaysia yang boleh kita tonjolkan untuk tatapan dunia pula nanti.

Kita menanti... siapakah orang itu?

Maklumat ringkas tentang Asmaa Abdol-Hamid:
  • Anak sulung dari 6 adik beradik

  • Ibubapanya orang Palestin, tetapi berpindah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 1970

  • Bapanya pernah ditangkap, dipenjara dan diseksa oleh pihak perisikan UAE

  • Keluarganya mendapat suaka politik (political asylum) di Denmark

  • Mendapat ijazah dalam kerja-kerja sosial dari Copenhagen College of Social Work. Sekarang sedangmeneruskan pengajian untuk Master.

  • Semasa pengajian, menyertai Social Democratic Youth of Denmark, memperjuangkan anti-diskriminasi

  • Pada 2005, beliau dilantik sebagai ahli Odense City Council (Majlis Bandaran Odense)

  • Mendapat perhatian media apabila enggan berjabat tangan dengan lelaki tetapi dengan meletakkan tangan di dada ketika ber'salaman'

  • Menjadi jurucakap dan koordinator kepada 11 organisasi Muslim ketika memprotes penerbitan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW oleh Jylland-Posten

  • Menjadi hos program tujuh siri “Adam and Asmaa” di stesen TV awam, DR2 tahun lalu.

  • Ahli parlimen Danish People's Party Aase Madsen mengecam DR2 membenarkan Asmaa menggunakan saluran itu mempengaruhi penonton mengenai “apa yang baik dalam Islam.”

  • DR2 pertahankan keputusannya memilih Asmaa sebagai hos kerana beliau layak.

posted by Awan Badai @ 6:38 AM  
5 Comments:
  • At 10:16 AM, Blogger Cik Awan Butirstar said…

    perlu dicontohi dan diketengahkan oleh semua pihak..<

     
  • At 8:17 PM, Blogger Dr Kadir said…

    Kagum dan moga dirinya istiqamah dengan prinsip yang dipegangnya.

    Tak perlu takut untuk mengaku sebagai Islam dan mempraktikkan Islam secara terbuka. Bangga dan Syukur dilahir dan memilih Islam sebagai agama utk dianuti...<

     
  • At 10:28 AM, Anonymous Anonymous said…

    Allahu Ma'ana..dengan Islam kita akan rasa 'ramai'
    You'll never walk alone!!!
    bila ditoleh ke turki..muslimatnya dilarang memakai tudung..so, berlaku lambakan tudung di Turki..nak atasi camne problem nie???
    sama2 kita giatkan usaha untuk mem'pertudungkan' wanita2 malaysia dengan tudung turki..bukannya nak bawak imej baru pun..benda biasa..
    p/s: family ana pun ada yang pakai tudung turki.. hehe..
    2 benda kita bleh dapat:memperkasa ekonomi, menjaga jatidiri a'mil Islami..inilah keizzahan Islam yang kita cari..(ops, teringat ke 'sahabat' ana..)<

     
  • At 8:52 AM, Blogger Awan Badai said…

    Kita kaya dengan kuantiti anak muda. Kekayaan ini lebih terasa jika kita keluar ke tengah2 kota di tengah2 malam atau awal2 pagi. Huh... penuh dengan orang muda!

    Tapi kita amat miskin kualiti anak2 muda ini.

    Siapa ikon anak muda anda masa kini?

    Mawi? Hafiz Hashim? Ebi? Khairy Jamaludin? Salahuddin Ayub??

    Saya ada ikon saya sendiri... :)
    Anda bagaimana?<

     
  • At 12:23 PM, Anonymous Anonymous said…

    percaya atau tidak????
    saya terkesan dengan seseorang..
    tak pasti sejauh mana dan sesabar mana saya hendak 'memerhati' dia..tapi yang pasti, dia buat saya terasa bahawa Islam itu indah..waaahh!!!
    papojelaaaa..if awan ada ikon..saya pun ada..n yang pasti sume mesti ada..
    hanya tinggal untuk meng'ada'kan ikon tu dalam diri kita..sama jgk dlm study sirah..kita kenal Sydina Ali, hamzah, Umar dsb..tp bukan sekadar kenal dan tahu cantik caturan aksi perang para sahabat ni, tapi try letak dan check..dimana para Sahabat2 ni dalam diri kita????
    memang bbeza waqi' tapi sama matlamat-untuk Islam kembali sinar..HIDUP BIAR BERJASA<

     
Post a Comment
<< Home
 


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates