Saturday, May 26, 2007
Gaji naik
Gaji kakitangan kerajaan naik hingga 35%!. Apa kata mereka?

Kakitangan kerajaan: "Syukur alhamdulillah... "

Peniaga : "Best nye... harga barang naik, banyak untung kita lepas ni wooo..."

Pekerja swasta: "Alamak, bestnya diorang. Kita bila nak naik gaji ni? Dah la harga barang naik..."

Penoreh getah : "Ambo (saya) ni doh la hok susoh doh, hargo baghe (barang) naik pulok. Payoh la gini... Nok make (makan) pun bo-bo (sekadar) cukup jah. Anok-anok nok skoloh lagi..."

Mahasiswa: "Adoi... harga barang naik, harga makanan naik, parah la kita. Biasiswa dan pinjaman kita bila nak naik?"

Pihak kerajaan: "Ini bukti keprihatinan kerajaan kepada rakyat. Rakyat patut berterima kasih kepada kerajaan"

Pihak pembangkang: "PRU semakin dekat. Ini strategi politik apabila rakyat marah dengan kenaikan harga minyak, barang dan tol. Lagipun, kenapa sekarang baru dinaikkan gaji?"

Walau apapun kata mereka, impak dari kenaikan gaji ini amat besar. Belum apa-apa, harga barang nak melambung. Kos hidup meningkat. Bagi 1 juta lebih kakitangan kerajaan, tak mengapalah kerana gaji mereka juga naik.

Tapi bagaimana pula dengan lebih 20 juta lagi rakyat Malaysia yang tidak bekerja dengan kerajaan? Penoreh getah, peneroka, pekerja swasta, pelajar, pekebun kecil dan lain-lain. Tidakkah mereka juga akan terkesan dengan perubahan sosio-ekonomi itu nanti? Bagi mahasiswa seperti saya, kenaikan harga minyak dahulu sudah cukup terasa. Apatah lagi apabila entah apa lagi harga barang yang akan naik. Kalau dinaikkan pinjaman, (diulangi.. KALAU) seksa pula apabila nak bayar nanti.

Beriman dengan ekonomi kapitalis ini, walau apapun yang dilakukan ia tidak menjadikan kehidupan ini lebih baik. Golongan yang tertindas akan sentiasa wujud dan bertambah.

Menarik untuk dibaca:
1. 1 juta dapat manfaat, 24 juta hidup tertekan"
2. Rintihan anak muda
posted by Awan Badai @ 10:59 AM  
6 Comments:
  • At 3:32 PM, Anonymous Anonymous said…

    gaji naik???
    terlintas..bila gajah naik minyak bleh menyebabkan kematian...apakan jadi bila manusia plak naik minyak???<

     
  • At 12:50 AM, Anonymous Anonymous said…

    yg 20 juta ni tengok je la org kerajaan naik gaji... :D<

     
  • At 2:48 AM, Blogger banggugar said…

    salam,

    minyak naik.. semua barang naik..

    silap2 ada gak yg darah naik..

    mcm2 hal

    (",)<

     
  • At 10:18 AM, Blogger Awan Badai said…

    Tapi fitrah orang Melayu, marah sekejap... lepas tu sejuk la. Tahi ayam pun panas lagi lama dari amarah orang Melayu

    Tunggu PRU, dapat RM50, pangkah dacing pulak...<

     
  • At 12:26 PM, Blogger Cik Awan Butirstar said…

    tukar kerajaan!!<

     
  • At 8:29 PM, Blogger grand malay said…

    -Majoriti orang melayu kejer ngan kerajaan.

    -Majoriti orang melayu malas dan hanya tahu berpolitik sahaja.

    -Majoriti orang melayu ske cari kesalahan orang lain.

    -Majoriti orang melayu cakap tak pakai otak ( termasuk yang dalam parlimen).

    -Majoriti orang melayu hanya tahu bercakap jer apa pun tarak.

    -Majoriti orang melayu suka buat blog macam ni lah, tak pakai otak.

    -Majoriti orang melayu, ske bunuh sama melayu dalam blog diorang.

    -Majoriti orang melayu tak berfikir panjang.

    -Majoriti orang melayu jumud.

    -Majoriti orang melayu ske main tikam belakang sama melayu.

    reference : malaysiasucks.com

    -Aku orang melayu, tapi aku ske tgk melayu bersatu.

    -Aku orang melayu, tapi aku tahu kerajaan naikkan gaji sebab dier tahu kadar gaji public servant sangat skit berbanding ngan negara lain.

    -Aku orang melayu, tapi aku sedar, Dr M dah tarah duit kita waktu era dier dulu. Pak Lah kena cover.

    -Aku orang melayu, aku tahu kitaran ekonomi. Aku tahu kekuatan kuasa beli. Aku tahu bila taraf ekonomi meningkat, taraf hidup pn meningkat, taraf pemikiran pn berubah.

    -Aku orang melayu, tapi aku tak ikut bulat bulat cakap pembangkang yang ske memecah belahkan melayu.

    -Aku orang melayu, aku tau public servant ramai je sokong pembangkang.

    -Aku orang melayu, aku tak sokong bulat-bulat kerajaan.

    -Aku orang melayu, aku tak suker baca blog yang jumud, mengarut, intelligent tahap lembu. Aku taknak insult aku punyer intelligent.


    Fikir-fikirkan lah.

    Hang Tuah<

     
Post a Comment
<< Home
 


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates