Sunday, May 20, 2007
Big Ideas
25 BIG IDEAS: The SCIENCE that's CHANGING our WORLD, buku yang disusun oleh Robert Matthews terbitan Oneworld Publication mengetengahkan 25 idea-idea dan teori-teori besar dalam bidang sains yang telah merubah cara berfikir, persepsi dan paradigma seluruh dunia!

Dari 'Big Bang Theory' hinggalah 'Theory of Everything', buku ini benar-benar menggambarkan kehebatan saintis dalam menghuraikan misteri alam ini secara saintifik.

Idea yang mengubah sejarah

Prof Abdullah Al-Ahsan, pensyarah di UIAM ketika diajukan soalan, kenapa idea dari seseorang yang diterjemahkan kedalam sebuah buku mampu mengubah dunia. Maka beliau:

Buku yang hebat, dibaca oleh pembaca yang hebat?"

Mengeluarkan idea itu satu hal. Menyebarkan idea pula hal yang lain. Idea yang hebat tetapi jika tidak disampaikan kepada orang yang betul melalui cara yang betul, maka ia akan menjadi sia-sia, tidak dihargai dan tidak menghasilkan apa-apa.

Idea Sains untuk orang sains?

Dalam buku 25 BIG IDEAS, penemuan-penemuan sains yang dibongkar amat signifikan dengan kehidupan. Jika ditambah dengan sentuhan Aqidah, maka ia akan menggambarkan betapa agungnya TUHAN yang menciptakan alam ini. Perasaan 'kagum' dan 'takjub' ini tidak dapat digambarkan dengan luahan kata. Ia adalah sejenis 'perasaan' yang mengalir dalan urat darah, yang dicetuskan oleh kesedaran otak, (Teori 'Kesedaran' - Conciousness Theory - juga salah satu dari subjek BIG IDEA dalam buku ini) merangsang segala organ dan anggota tubuh untuk turut merasa 'perasaan' itu.

Penangan dari idea sains ini amat hebat. Masih terngiang-ngiang di telinga Awan, Cikgu Kamal Bahri, Guru Biologi ketika Awan di sekolah menengah pernah berkata: "Orang yang belajar Biologi boleh jadi lebih beriman dari orang yang belajar agama (secara fasafah)". Jika difikirkan kembali, ada benarnya kata-kata itu.

Sayangnya, idea-idea ini hanya diketahui oleh mereka yang belajar sains. Itupun bukan semua. Alangkah baiknya jika idea ini mampu disebarluaskan agar perbincangan tentang Islam ini menjadi lebih dinamik dan menarik lebih ramai orang untuk mendekati dan merasai kehebatan Islam

Keghairahan berfikir

Awan amat tertarik terhadap Fathi Aris Omar dalam artikelnya: Usrah membodohkan ahli? (sila ambil perhatian kewujudan tanda soal di situ). Ustaz Hasrizal juga turut mengulas artikel ini dalam entri beliau:Menghambarkan sebuah kehebatan. Dalam artikel beliau, Fathi Aris Omar memetik tulisan John Stuart Mill dalam buku On Liberty:

“[As] a thinker it is his great duty his first duty to follow his intellect to whatever conclusions it may lead. Truth gains more even by errors of one who, with due study and preparation, thinks for himself, than by the true opinions of those who only hold them because they do not suffer themselves to think.”

Sesiapa pun berhak membuahkan idea yang hebat. Sayangnya disebabkan pelbagai faktor, masyarakat kita menjadi golongan yang malas berfikir. Prof Syed Husein Al-Attas menyatakan: “Masyarakat tanpa kaum intelektual yang berkesan [dan juga malas] tidak mampu merumuskan masalah,” (Kata-kata ini juga dipetik dari artikel Fathi Aris Omar).

Mungkin ini antara faktor kita miskin idea, tidak produktif, lembap, 'bentat sembab', lesu, tidak responsif, tidak berdaya saing, tidak itu dan tidak ini...

Mahasiswa dan budaya berfikir

Mahasiswa sepatutnya adalah golongan yang hebat. Mereka sepatutnya hidup dalam budaya berfikir dan intelek. Mereka sepatutnya mampu membutirkan gagasan-gagasan baru sebagai alternatif untuk membaikpulih masalah-masalah masyarakat. Mahasiswa sepatutnya dapat mempengaruhi corak sosial negara.

Tetapi yang sepatutnya berlaku itu tidak berlaku. Hidup mereka hanyalah mendengar suapan pensyarah dalam kelas, balik ke bilik, main game dan bersembang, petang turun bermain, hujung minggu keluar makan angin. Seperti robot yang diprogramkan, maka kehidupan mereka hanya di lingkungan itu. Mahasiswa Malaysia lebih lesu dari lembu yang dicucuk hidung. Lembu pun kadang-kadang tahu melawan.




Kita bukannya mahu melihat mahasiswa yang memberontak, ganas dan anti-kerajaan (anarchism). Kita bukannya mahukan mahasiswa yang suka berpiket disana-sini. Tetapi kita inginkan mahasiswa yang ada sensitiviti dan daya responsif yang tinggi. Mahasiwa yang berperanan untuk masyarakat. Masyrakat pula terasa dan terkesan dengan kewujudan mahasiswa. Teringat pula slogan "Dari kampus ke lapangan ummat". Slogan yang baik, tetapi sejauh mana pula realitinya?


Mahasiswa semakin malas berfikir...

posted by Awan Badai @ 6:41 AM  
4 Comments:
  • At 5:04 PM, Anonymous Anonymous said…

    zaman ditelan zaman..ada kerajaan yang semakin kukuh, dan ada yang semakin mundur..
    cuma satu tumpuan dua cetusan..SAINS- menjadi ibtida' dalam kebaikkan atau menjadi ibtila'kemusnahan???

    awan..sebagaimana kejadian awan itu sendiri..ada nilai sains dam moral disitu..
    awan terhasil dari kumpulan air yang terkondensasi..dan awan2 itu mahu berkhidmat juga lalu terjah ke bumi sebagai hujan..maka hasilnya,penduduk bumi mula sedar n syukur bahawa yang ALLAH Maha Pemurah..
    so, awan n konco2nya..teruskan berjuang ..<

     
  • At 2:19 PM, Blogger Awan Badai said…

    Begitu juga Badai yang punya signifikan sendiri. Belum dikira kolaborasi awan dan badai...

    Ada komen? hehe<

     
  • At 4:29 PM, Anonymous Anonymous said…

    hakikat yang dijadikan di planet ni sumenye bertujuan dan berhaluan..
    badai??as usual..bila tiada tarikan graviti dari bulan..maka dia semakin galak menggugah laut membiru..badai berbeza dengan ombak dan gelora..hadir antara pertenganhan..
    kepastian, nta ni suka worna biru ek??
    awan n badai - kedua-duanya BIRU!!!
    Hidup Biru..!!!

    awan,cuma ana agak, ana tak diterima 'dia' cz dia suka 'hijau'..jadi ana kawan nta je laa..biru+biru=biru pekat..cantik tuuu..
    amacam??geng??<

     
  • At 7:54 PM, Blogger Awan Badai said…

    badai yg lembut punya kuasa menenang dan menyaman. tapi awas apabila badai berubah ganas.

    awan hanya berarak bila ditiup badai. beraraknya awan bermakna disitu hadirnya badai. awan yg ditiup akan membentuk pelbagai rupa, menghias angkasa.

    badai membawa awan, awan menurunkan hujan. tanpa badai, awan tidak dpt menurunkan hujan. tanpa awan, tak terpamer fungsinya badai.

    huh... berfalsafah la pulak...

    awan= putih (boleh jadi kelabu)
    badai= takde kaler

    mane ade biru??<

     
Post a Comment
<< Home
 


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates