Thursday, June 28, 2007
Kuat dan menjadi LEBIH KUAT
Kisah 1

Masih ingat detik pertama Son Goku bertukar menjadi Super Saiya peringkat pertama (SSJ1)?


Bila?

Son Goku meletup menjadi Super Saiya ketika di Planet Nameck, saat dia melawan penjahat yang kononnya terkuat di alam semesta, Fliza.

Kenapa?

Kerana kawan karibnya sejak kecil, Kurin telah dibunuh dengan kejam oleh Fliza. Atas naluri kasih sayang sesama rakan seperjuangan dan lantaran kecewa dan marah kerana gagal melindungi rakannya dari dibunuh, maka Goku pun meletup!


Kisah 2

Masih ingat detik Son Gohan pula meletup menjadi Super Saiya 2 (SSJ2)?

Bila? Ketika seluruh wira bumi bersatu untuk melawan Cell, cyborg ciptaan Dr Gero yang sebenarnya berasal dari masa depan.

Kenapa? Kerana ketika itu, semua rakan-rakan Gohan, termasuk bapanya, Goku dan gurunya, Pikor hampir dibunuh oleh 'anak-anak' Cell. Atas naluri yang kuat untuk melindungi dan menyelamatkan rakan-rakannya itu, maka Son Gohan pun meletup!


Kisah 3

Seterusnya, masih ingat ketika Goku mula menunjukkan pencapaian sebenarnya menjadi Super Saiya 3 (SSJ3)?

Ketika itu, Goku melawan penjahat-susah-nak-mati, Majin Buu berseorangan. Juga kerana keinginannya untuk menyelamatkan dunia. Tetapi kali ini Goku bukan 'meletup' secara tiba-tiba. Sebaliknya Goku telah mencapai SSJ3 melalui latihan luar biasanya ketika di alam barzakh.

Nota tengah: Unsur tahyul Dragon Ball tidak termasuk dalam subjek perbincangan ini. Anda boleh membincangkan isu ini dari sudut aqidah dalam ruangan komen kalau mahu.

Kisah 4

Dalam drama jepun, Team Medical Dragon, ada suatu babak ketika Dr Ijyuuin berasa sungguh lemah. Lemah kerana merasakan dirinya langsung tidak layak untuk menyertai Team Medical Dragon walaupun telah dipilih oleh Dr Asada. Mujurlah datang Dr Fujiyoshi memberikan semangat kepadanya:

"No one is really strong. But we could be strong for somenone. Although no one is strong but we could become strong for the sake of another person"


Selepas itu, Dr Ijyuuin telah mendapat kekuatan baru dan berusaha gigih untuk memahirkan dirinya dengan kemahiran pembedahan Batista (Batista operation)

Kisah 5

Dalam drama yang sama Team Medical Dragon, ketika Dr Asada Ryutaro (hero) ditanya, apa makna pasukan/ team bagi dirinya? Maka jawab Dr Asada:

"Makna satu pasukan bukan bermakna ahlinya perlu bergantung kepada orang lain. Tetapi setiap ahli dalam pasukan tersebut cuba untuk menjadi lebih kuat demi untuk membantu dan menguatkan ahli dan pasukannya"


au kama qaal... :)

Dari itu, kesemua ahli pasukan akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti diri sendiri dan kekuatan pasukan demi untuk menjayakan misi pasukan tersebut.

.

.

.


Dari kelima-lima kisah di atas, saya ingin berkongsi dengan rakan sekalian bahawa:

1. Kita tidak boleh cepat berpuas hati dengan pencapaian yang telah ada. Potensi manusia amat besar dan di luar jangkaan. Justeru, kita perlu berusaha untuk menjadi kuat dan lebih kuat dan lebih kuat, dari semasa ke semasa.

(Penghargaan: Sila baca artikel Ahmad Fadzli Yusoff - Jauhi Budaya Selesa)

2. Kehadiran rakan-rakan di sisi adalah kunci penting ke arah perkembangan diri. Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan, sahabat adalah cermin kepada diri kita. Dengan mengetahui kelebihan dan kelemahan diri melalui 'cermin' itu, kita mampu untuk memajukan potensi diri ke tahap yang lebih tinggi.

3. Naluri kasih sayang, kesefahaman dan kebersamaan sesama rakan seperjuangan serta keinginan untuk melindungi mereka atas naluri itu akan menjadikan kita sentiasa berusaha untuk menjadi lebih kuat.

4. Tiada kekuatan yang dapat dicapai melainkan dengan keinginan diri yang tinggi dan latihan yang berdisiplin. Walau apapun faktor luaran yang ada, selagi tidak ada SIKAP dan DISIPLIN diri sendiri, segalanya akan jadi tidak berguna.

(yang lain, tambah sendiri... hehe)
posted by Awan Badai @ 11:40 PM  
13 Comments:
  • At 10:43 AM, Blogger aria ayumi said…

    wohoho i'm a big fan of dragon ball!! suke majin buu yg gemok! kui3. yg kurus, jahat. xsuke!<

     
  • At 12:24 AM, Anonymous Anonymous said…

    ui! akak minat giler dragon ball satu masa dulu..tapi baca komik le..pinjam jiran sebelah nyer..skrg dah x bape ingatn jalan cite.. huhu<

     
  • At 12:09 PM, Blogger Awan Badai said…

    Woaa... memang tak pelik pun ramai DB-fan ni.

    Tapi selain dari sekadar membaca untuk hiburan, we need to learn how to 'read' them. Not just for 'fun', but also how to 'learn'.

    Belajarlah dari kuasa Sharingan (special ability of uchiha clan):
    Lihat, balajar, aplikasi dan pengaruhi!

    :)<

     
  • At 2:10 PM, Blogger Unknown said…

    Wah, kali ini Awan Badai betul-betul meletup!<

     
  • At 2:31 PM, Blogger Hani said…

    suka la entri ni. macam suka dragon ball :D<

     
  • At 2:33 PM, Blogger Cik Awan Butirstar said…

    wowwo
    wwoooaa
    mitak ulas citer prison break lak
    pastu citer naruto
    pastu citer heroes...<

     
  • At 7:47 PM, Blogger Sang Kelana said…

    anta punye analisis memang 'mantop'..brape banyak 'chakra' kene pakai bulih jadi camni? =P<

     
  • At 1:55 PM, Blogger Zackyun said…

    sy suka ayah trunk.bezita eh namanya?

    erm,mcm perumpaan serigala lebih suka serang SEEKOR biri2 dari serang sekumpulan biri2..

    "berjemaah lebih baik"-kata acha sesukarasa<

     
  • At 7:52 PM, Blogger pauhputik said…

    gue suke masa goku kecik2 coz jalan cerita dia happy terutama masa pertandingan kungfu antarabangsa. bila dia besaq pon best gak, tapi best lagi masa dia kecik.......<

     
  • At 11:59 AM, Blogger Awan Badai said…

    Hm... ramainya peminat Dragon Ball kat dunia blogger ni.

    Kena bukak DB-fan club nih.

    "Do the right thing, at the right time, to the right people"

    Tapi sapa nak buat??<

     
  • At 12:19 AM, Blogger moon said…

    saye pun minat dragon ball ni. minat son goku ms kecik. comel sgt. comel nye goku n cici kecik2 dulu. huhu<

     
  • At 11:16 PM, Anonymous Anonymous said…

    Lebih kurang lah:

    Naruto mula-mula dapat keluarkan chakura Demon Fox apabila melihat Uchiha Sasuke (Sharingan!) hampir mati. Lepas tu, dia berjaya panggil Raja Katak (entah apa dah nama dia) bila nak pertahankan Sakura Chan daripada Garaa..
    kan kan?<

     
  • At 12:49 AM, Anonymous Anonymous said…

    Rasa macam nak tengok balik cite Dragon Ball tak? Boleh download Anime Dragon Ball kat sini..
    dragonball-acit7.blogspot.com<

     
Post a Comment
<< Home
 


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates