|
Wednesday, June 27, 2007 |
Dakwah "office hour" |
Sedih dan geram. Itulah perasaan saya apabila mambaca artikel tulisan Ustaz Hasrizal ini:
'Muslim' Pencemar Islam
”Mana surat Imam? Kalau tak ada surat Imam, tak boleh masuk. Waktu lawatan sudah habis!”
”Masalahnya kamu datang selepas waktu pejabat. Sebab itu tak ada orang nak layan”
(Sila baca dialog di atas dengan nada HERDIK dan MAKI HAMUN)
Itu antara dialog pekerja di salah sebuah masjid yang dirakamkan dalam artikel tersebut. Dialog ini telah menyebabkan 'lawatan sambil belajar' (istilah penulis) oleh peserta Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) ke masjid tersebut tergendala (dan mungkin terbatal terus).
Oh... apakah masjid cuma boleh dilawati ketika waktu lawatan dan waktu pejabat?
Oh... apakah orang Islam sendiri cuma boleh ke masjid ketika waktu solat 5 waktu? (Sekarang ni biasanya masjid akan dikunci selepas waktu solat. Kononnya untuk mengelakkan kecurian)
Lupakah kita; masjid adalah PUSAT segala pusat ketika zaman Nabi Muhamaad SAW. Jika ada sebarang masalah, maka masjidlah tempat pertama akan dikunjungi oleh orang Islam. Sekarang Masjid cuma menjadi tempat solat dan acara-acara ritual serta lokasi menarik untuk dilawati oleh pelancong, macam zoo pula.
Bukankah ketika mereka mengadakan lawatan, itu adalah peluang untuk kita mengajarkan ajaran Islam kepada mereka? Ramai kawan-kawan saya yang sanggup meredah hutan ke perkampungan orang asli semata-mata untuk menyebarkan dakwah... ini mad'u sudah datang depan mata, dihalau pula.
1. Inilah krisis mentaliti da'i. Racun sekularisme sudah mengasingkan antara mentaliti orang Islam antara dakwah dengan kerjaya. Kerja adalah kerja, dakwah adalah dakwah.
2. Inilah krisis dakwah 'office hour'. Selepas pukul 5.00 petang, mad'u kita sudah tidak perlu dilayan. Orang nak masuk Islam pun, sila datang pukul 8.00 pagi esok untuk isi borang.
Nampaknya slogan Islam is the way of life belum meninggalkan kesan pada sesetengah golongan. Termasuklah orang yang paling dekat dengan masjid - pekerja masjid sendiri! |
posted by Awan Badai @ 9:15 AM |
|
2 Comments: |
-
"Sedih dan geram. Itulah perasaan saya apabila membaca artikel tulisan Ustaz Hasrizal ini"
bila baca ayat nta ni sekali lalu, igtkan nta marahkan usatz hasrizal..hehe.. :)<
-
Hehe...
Strategi!
(sambil ketawa sorang2)<
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|
|
|
About Me |
Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile
|
Shout Box |
|
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Template By |
|
|
|
"Sedih dan geram. Itulah perasaan saya apabila membaca artikel tulisan Ustaz Hasrizal ini"
bila baca ayat nta ni sekali lalu, igtkan nta marahkan usatz hasrizal..hehe.. :)<