Friday, September 07, 2007
Kebelakangan ni, pihak pembangkang khususnya PAS dan PKR memfokuskan agenda mereka dalam membongkar rasuah dan salah laku pemimpin-pemimpin negara.

Dari sudut memperjuangkan keadilan dan kebenaran, itu adalah sesuatu yang amat perlu diberi perhatian. Tapi dalam politik ni, macam-macam boleh berlaku.

Jadi, dari sudut pandangan politik demokrasi untuk menawan hati rakyat, berkesankah strategi mereka?

Saya termenung seketika apabila membaca tulisan Fathi Aris Omar menulis dalam Ummah Online:
Isu rasuah tidak untungkan pembangkang

Beliau memetik komen Rustam A Sani dalam Star Online:

"Tidak ada kesan. Kalau ada, sedikit sahaja. Perasaan marah masyarakat tidak kuat. Orang ramai anggap rasuah isu biasa. Orang fikir, 'kalau saya ada peluang, saya akan ambil juga'."

1. Demokrasi adalah persoalan nombor

Lebih 1 undi pun dikira menang! Inilah demokrasi. Untuk menang, parti-parti politik perlu menawan hati rakyat agar mengundi mereka. Untuk memenangi hati rakyat, perlu pandai 'touch their hearts'.

Mungkin bagi pembangkang, dengan isu rasuah mereka dapat membangkitkan amarah rakyat agar memandang serong kepada pemimpin UMNO/BN dan sekaligus memberi undi kepada pembangkang. Dapatkah mereka 'touch their heart'?

Berjayakah taktik ini?

Let the vote speaks. Soon.

2. Jenayah yang telah dianggap perkara biasa

Rasuah telah dianggap perkara biasa, dari peringkat tertinggi negara hinggalah ke kelas kasta. Ini adalah petanda betapa kerosakan minda dan moral masyarakat telah sampai ke tahap yang terlalu kronik.

Bukan setakat rasuah, jenayah lain juga telah dipandang 'biasa' oleh masyarakat. Membuka aurat telah dianggap perkara biasa. Meninggalkan solat tidak rasa bersalah. Bangga dengan minum arak. Semakin ramai wanita yang dizinai, semakin tinggi 'darjat'nya disisi rakan-rakan. Murtad? Lantaklah dia...

Ini semua adalah jenayah. JENAYAH BESAR dalam Islam. Tetapi semua jenayah ini telah dipandang sepi oleh masyarakat. Dan mungkin juga oleh pemerintah. Situasi di Malaysia, mengkritik kerajaan adalah jenayah yang lebih besar berbanding murtad.

Dunia semakin terbalik. Dunia semakin hampir dengan kiamat. Apa dah jadi dengan saudara-saudara seIslamku? Apa aku perlu buat?
posted by Awan Badai @ 9:28 AM  
3 Comments:
  • At 11:41 AM, Anonymous Anonymous said…

    Ada laporan susulan tentang isu ini.

    Lihat: "Isu kaum lebih sensasi, rasuah gagal pikat pengundi"

    (mStar Online, www.mstar.com.my, seksyen EKSKLUSIF)<

     
  • At 11:58 AM, Blogger Awan Badai said…

    Terima kasih saudara. Saya telah membacanya.

    Lepas Bajet 2008, pembangkang perlu come out dgn strategi yang lebih berkesa.

    Feel good factor kerajaan terlalu kuat.<

     
  • At 2:56 AM, Blogger nuar said…

    Dahulu mantan timbalan perdana menteri kita hampir smpai ke pucuk pimpinan tertinggi negara. Namun ALLAH lebih mengetahui akan perkara ini. Lalu beliau dijatuhkan.

    Hikmahnya adalah kita disuruh berjuang dengan lebih mantap dan teguh.

    Wang pada masa sekarang adalah segala2nya bagi sesetengah individu/kelompok. Macmana caranya kita nak kikiskan dri diri mereka sifat ini ? kena fikir2kan.

    Harap akan muncul Salahudin Al-Ayubi baru dalam memacu ummah ke arah kegemilangan...<

     
Post a Comment
<< Home
 


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates