Monday, July 31, 2006
Bintang II
Ketika suatu sesi suaikenal, maka berkatalah salah seorang kawan Awan:

“Hobi saya ialah mengira bintang..."


Hah?! Nak tergelak? Pelik? Takde keje lain ke? Tak taulah. Tetapi kata-kata beliau membuatkan Awan terfikir. Kenapa perlu bintang? Betapa besarnya hikmah ALLAH menjadikan bintang untuk manusia. Kehidupan manusia juga ada kaitannya dengan kejadian bintang-bintang di angkasaraya.

Apabila kita melihat bintang yang bertaburan di langit, apa yang lebih menarik perhatian kita? Pastinya perhatian kita akan lebih tertarik kepada bintang yang cahayanya lebih bersinar melebihi sinaran bintang-bintang lain.

'Bintang' bukan sahaja wujud di angkasa, ia juga wujud di muka bumi.

1. Ekonomi
Amerika adalah 'bintang' terulung di Barat yang mendominasi ekonomi dunia. Namun sekarang telah muncul 'bintang-bintang' di timur baru seperti China, Korea dan Jepun yang mampu menggugat monopoli ekonomi Amerika.

2. Hiburan
'Bintang-bintang' baru dalam industri hiburan tempatan muncul seperti cendawan lepas hujan. Tetapi hanya beberapa kerat yang benar-benar boleh ddiiktiraf sebagai 'bintang'. Siti Nurhaliza, Mawi (?), M. Nasir, Jamal Abdillah, Sharifah Aini, Sheila Majid, dll

3. Pemimpin
Pemimpin sebuah negara adalah 'bintang' bagi sesebuah negara. Pemimpin organisasi adalah 'bintang' bagi organisasi tersebut. Mereka adalah icon dan figure yang menjadi idola orang bawahan mereka. Tun Dr Mahathir adalah contoh 'bintang' yang pernah wujud. Almarhum Dato Fadzil Noor adalah contoh 'bintang' yang telah hilang. Dato' Nik Abdul Aziz pula 'bintang' yang amat terang walaupun dimamah usia. Khairy mungkin 'bintang' baru yang semakin menyinar sekarang.

4. Mahasiswa
Anwar Ibrahim dan Hishamudin Rais adalah 'bintang' yang begitu sinonim dengan dunia mahasiswa suatu ketika dahulu. Zaharuddin, Borhanuddin Daud, Fuad Ikhwan, Jonah pula antara 'bintang' pada lewat 1990-an. Fadly Ramli, Ahmad Fadzli Yusof dan Muhtar Suhaili dinobat sebagai 'bintang' mahasiswa selaku Presiden SRC UIAM. Ramadhan Fitri dan Amin Idris pula 'bintang' yang tak perlu diperkenalkan lagi. Nama mereka akan terus terpahat dalam sejarah gerakan mahasiswa tanah air.

Tetapi siapakah pula 'bintang-bintang' baru dalam dunia mahasiswa yang mewarisi ketokohan 'bintang-bintang' di atas?? Wujudkah lagi bintang dikalangan mahasiswa pada masa kini??

Pilihanraya Kampus

PRK dilihat antara platform utama yang menonjolkan 'bintang-bintang' sebelum ini selain faktor isu-isu luaran. PRK yang dijalankan secara adil dan bersih berjaya menaikkan 'bintang-bintang' yang menjadi contoh, qudwah dan idola kepada seluruh mahasiswa. Suara mereka begitu vokal dalam menyatakan hak-hak mahasiswa dan rakyat.

Namun, sejak akhir-akhir ini, PRK telahpun dinoda dan sistem demokrasi di universiti telahpun dicabul lantaran campur tangan oleh tangan-tangan sang dewa . Maka tiada lagi 'bintang' yang lahir yang menandingi kualiti 'bintang' sebelum ini. Mereka tiada beza dengan mahasiswa lain, bahkan boleh jadi lebih teruk dari itu.

Anda mampu mengubahnya!


Dijangkakan akan berlaku pada September ini, sekali lagi Pilihanraya Kampus akan berlangsung. Sama ada PRK kali ini menjadi titik mula lahirnya kembali 'bintang' di kalangan mahasiswa, ataupun dunia mahasiswa kan terus malap dan suram tanpa sinaran 'bintang'.

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf (kebaikan) dan mencegah dari kemungkaran dan beriman kepada Allah…”

Surah Ali Imran : 110

Pengiktirafan sebagai umat yang terbaik bukan percuma. Anda perlu membayarnya dengan melaksanakan perintah di atas. Adakah kita mahu diktiraf oleh ALLAH? Maka tunaikan bayaran anda.

Kesuraman dunia mahasiswa begitu berkait rapat dengan terabainya kerja Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar. KITA (anda dan saya) adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengembalikan sinaran mahasiswa. Jangan biarkan dunia mahasiswa terus malap dan suram, kerana kita ada tanggungjawab sebagai umat yang terbaik yang diiktraf oleh ALLAH – Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar.
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 10:24 AM   2 comments
Saturday, July 29, 2006
Sinergi II

Perhatikan langkah disiplin yang perlu dilakukan dan dipatuhi oleh seseorang sebelum melakukan ilmu pencantuman badan. Apakah akibatnya jika mereka melakukan kesalahan seperti yang dilakukan oleh Trunks dan Goten?

1. Kedua-dua individu mesti mempunyai saiz badan hampir sama. Seperti Trunks-Goten dan Goku-Bezita


Kedua-dua pihak mesti mencari titik persamaan untuk melakukan gabungan kuasa. Fitrah manusia itu dilahirkan berbeza-beza. Rambut sama hitam (walaupun ada yang kaler rambut jadi warna-warni), tapi hati lain-lain. Maka hormatilah perbezaan yang ada. Tokoh Ikhwanul Muslimin, Imam Hassan Al-Banna menyebut, “Bersatulah dalam perkara dasar dan berlapang dadalah dalam perkara cabang”.

2. Samakan ‘kuasa berlawan’. Bagi yang mempunyai ‘kuasa berlawan’ yang lebih tinggi seperti Trunks, maka hendaklah dia merendahkan kuasanya

Mengutamakan kepentingan kolektif dan megenepikan kepentingan peribadi dalam bekerja. Walaupun sesetengah daripada kita mempunyai kepentingan tersendiri, maka kita mestilah mengutamakan kepentingan gerak kerja dan organisasi. Tidak ada guna gabungan kuasa dilakukan jika salah satu pihak lebih mengutamakan kepentingan peribadi dari kepentingan kerjasama. Utamakan yang lebih utama. Nabi Muhammad ada menyatakan, “Pertolongan ALLAH itu adalah bersama jamaah”.

3. Patuhi langkah-langkah dan disiplin yang ditetapkan.

Disiplin adalah sesuatu yang amat penting dalam gerak kerja dan orgnisasi. Tanpa disiplin, walau sehebat manapun seseorang, walau sebesar manapun organisasi, walau sesempurna manapun perancangan, maka semuanya akan menemui kegagalan. Peristiwa Perang Uhud telah mengajar kita kesan dari tidak berdisiplin daqn melanggar peraturan bekerja.

4. Akibat tidak berdisiplin

Trunks dan Goten telahpun menerima pengajaran kerana melanggar disiplin yang ditetapkan. Hasil percantuman mereka hanya melahirkan satu jasad yang lebih lemah dan tidak bertenaga. Bak kata orang, “Ditiup pun rebah!”. Begitulah akibatnya jika tidak berdisiplin. Akibat yang sama akan menimpa sebaran jenis pakatan organisasi. Mereka bukan sahaja tidak akan mencapai objektif, bahkan akan menjadikan usaha mereka lebih lemah dari sepatutnya.

Apakah contoh realiti sinergi yang telah dilakukan?

1. Angkatan Perpaduan Ummah : Pakatan politik antara PAS dan Semangat 46 pada tahun 1990. Hasilnya, mereka berjaya memenangi Kelantan dalam Pilihanraya 1990

2. Barisan Alternatif (BA): Political engangement antara Parti Islam SeMalaysia (PAS) + Parti KeADILan Nsional (ADIL)+ Parti Rakyat Malaysia (PRM) + Democratic Act Party (DAP) pada 1999. Hasilnya, mereka telah mencetuskan fenomena reformasi di Malaysia. Mereka juga berjaya menyapu bersih kerusi di Kelantan, menawan Terengganu dan menguasai kebanyakan DUN dan Parlimen di Malaysia dalam Pilihanraya pada tahun 1999.
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 9:13 PM   0 comments
Battle for the Middle Earth
Pernahkah anda melihat filem trilogi Lord of The Ring?

Trilogi Lord of The Ring (LoTR) memaparkan perjuangan ‘kuasa baik’ untuk melawan ‘kuasa jahat’ yang ingin menguasai ‘Bumi Tengah’ (Middle Earth). Walaupun peluang kemenangan begitu tipis, namun Perang Dunia antara dua blok utama itu akhirnya dimenangi oleh ‘kuasa baik’ yang dibarisi oleh Frodo dan rakan-rakannya.

Ini adalah hasil dari sinergi antara wira-wira - keberanian Frodo, kesetiaan Sam, kebijaksanaan Gandalf, kepahlawanan dan kepimpinan Aragorn, ketangkasan Legolas, semangat Gimli dan kesatuan antara dua negara besar utama, Gondor dan Rohan, bersama pahlawan-pahlawan yang lain. Impaknya, mereka berjaya menumpaskan tentera-tentera die hard “kuasa jahat” yang berpusat di Condor dan Isengard, yang didalangi oleh Sauron.

Middle Earth @ Middle East?

Kisah perebutan ‘Bumi Tengah’ (Middle Earth) dalam trilogy ini dilihat mempunyai similariti dengan krisis yang berlaku di ‘Timur Tengah’ (Middle East) sekarang. Pertembungan dua blok utama – Timur dan Barat– seperti pertembungan ‘kuasa baik’ dan ‘kuasa jahat’ dalam LOTR. Blok ‘kuasa jahat’, Condor dan Isengard milik Sauron pula memberi gambaran seperti blok Barat iaitu Israel dan Amerika yang didalangi oleh kuasa Zionis.

Fellowship of the Aqidah!

Elemen utama yang diketengahkan oleh Trilogi ini adalah ‘kebersamaan dan kesatuan’ (Fellowship) antara ‘kuasa baik’ yang terdiri dari pelbagai latar belakang – manusia (Human), Hobbit, Elves, Dwarf dan Wizard -. Mereka semua berdiri di atas nama keadilan, membela keamanan sejagat untuk menentang paksi kejahatan.

Tetapi, gambaran bagi ‘kuasa baik’ di Timur Tengah masih belum jelas kerana tidak ada ‘kebersamaan dan kesatuan’ (Fellowship) antara negara-negara Timur Tengah. Walaupun mereka terdiri dari pelbagai latar belakang, tetapi mereka mempunyai suatu persamaan – perjuangan menegakkan keadilan dan membela keamanan sejagat untuk menentang paksi kejahatan.

Bahkan, mereka mempunyai pegangan dan prinsip yang teguh, yang mengatasi segalanya dan melangkaui logik akal manusia (sepatutnya) – perjuangan membela Islam di atas paksi AQIDAH. Antara ciri-ciri Islam ialah “Alamiyyah”. Islam melangkaui sempadan bangsa, kaum, negara, warna kulit dan keturunan. Ia menyatukan semuanya di bawah satu AQIDAH. Tidak ada sebab untuk umat Islam berpecah jika benar mereka berjuang untuk AQIDAH.

Namun, harapan untuk melihat kesatuan ini di kalangan mereka masih kabur. Di manakah silapnya? Adakah silap rakyat? Atau pemimpin-pemimpin mereka?

The Two Towers

Dua menara yang masing-masing dimiliki oleh Sauron dan orang kanannya, ..…….. (sila isi sendiri kerana penulis hilang ingatan ketika ini). Tertegaknya kedua-dua menara ini seolah-olah menggambarkan kuasa yang mereka miliki. Ketenteraan yang berada di bawah kawalan mereka begitu besar dan menggerunkan. Ganas dan kejam. Teknologi yang mereka gunakan juga adalah lain daripada kebiasaan. Ditambah lagi dengan kuasa ajaib yang dimiliki oleh cincin (Ring) Sauron yang mampu membuatkan orang lain tunduk kepadanya, menjadikan kuasa jahat ini seolah-olah mustahil untuk ditewaskan.

Begitulah gambaran bagi Israel dan Amerika. Mereka begitu angkuh dengan kuasa yang mereka miliki. Dengan teknologi ketenteraan yang didakwa paling canggih di dunia dan ekonomi dunia yang dikawal oleh Amerika, mereka berjaya membuatkan dunia tunduk kepada mereka. PBB juga tidak mampu berbuat apa-apa. Mereka terus meratah manusia tanpa belas kasihan dengan ganas dan kejam.

Namun, masih wujud kelompok penghuni bumi yang enggan tunduk kepada mereka. Mereka berusaha dan terus berusaha untuk menumpaskan pakatan kuasa jahat itu. Inilah kelompok harapan untuk mengamankan dunia atas nama keadilan.

Return of The King

Jika kesudahan pertempuran di Middle Earth berakhir dengan happy ending, kita masih menanti kesudahan pertempuran di Middle East. Siapakah yang akan menjadi King di Middle East?

Kita memilik pejuang-pejuang yang memiliki keberanian seperti Frodo, kebijaksanaan Gandalf, kepahlawanan Aragorn, ketangkasan Legolas, semangat Gimli dan pahlawan-pahlawan yang sanggup mati demi Islam. Tetapi selagi pemimpin-pemimpin dunia Islam, sama ada di Timur Tengah ataupun di seluruh dunia masih bersiap pengecut dan tunduk kepada kehendak ‘cincin’ Amerika, maka selagi itu kemenangan sukar di capai.

Usaha segera perlu dibentuk. Tidak cukup setiap negara mempertahankan pendirian masing-masing. Suatu ‘kesatuan dan kebersamaan’ (Fellowship) yang berprinsipkan Aqidah sahaja yang mampu menggugat kuasa Zionis tersebut.

Pertolongan

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama ALLAH maka ALLAH akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu”


Surah Muhammad : 7

Kita optimis bahawa pertolongan ALLAH pasti datang. Pasti! Tetapi bila dan bagaimana, itu kita tidak tahu. Namun, yang masih membuatkan kita risau adalah, adakah ALLAH akan menolong umatnya sedangkan pra-syarat utama kemenangan – IMAN biLlah – seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas masih belum dipenuhi.
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 9:00 PM   0 comments
Monday, July 24, 2006
Kerajaan Malaysia.. oh.. Kerajaan Malaysia
Mari kita imbas respon dan usaha Kerajaan Malaysia terhadap beberapa isu kontemporari

Palestin

Kerajaan Malaysia (selepas ini baca: kerajaan BN/ UMNO) pernah menyalurkan bantuan kewangan kepada ‘Palestin’. Tetapi yang peliknya, kenapa bantuan tersebut disalurkan kepada Pertubuhan PembebasanPalestin (PLO), bukannya kepada kerajaan yang memerintah Palestin yang sepatutnya dibantu – HAMAS? Keseriusan Kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Palestin menjadi tanda tanya. Lebih memalukan, mahasiswa lebih terkehadapan dalam dalam isu ini. Mahasiswa di UIAM, atas inisiatif Ma’ruf Club berjaya mengumpul RM10,000 dalam masa 48 jam dan terus disalurkan kepada wakil HAMAS di Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM by hand ! Dan mereka lebih awal bertindak berbanding kerajaan Malaysia. Tahniah Ma’ruf Club!

Usaha Malaysia boleh diumpamakan hendak membantu orang yang lemas dilambung ombak, tetapi pelampung diberi kepada orang yang sedang bermain air di tepian pantai. Orang yang lemas terus lemas, yang bermain air terus bermain air. Ke mana perginya pelampung? Kita pun tidak tahu…

Lubnan

Atas kapasiti negara yang mengetuai OIC, Kerajaan Malaysia terus membisu tatkala umat Islam di Lubnan terus diratah. Menteri Luar pula hanya mampu mengetuai mesyuarat di peringkat ASEAN untuk ‘membincangkan’ isu ini. Pengerusi OIC pula….entahlah…

‘Mujur’lah (?) ada Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin mengadakan demonstrasi membantah tindakan-tindakan Israel. Demonstrasi? UMNO buat demonstrasi?

Dulu mereka mengutuk pembangkang apabila mereka berdemonstrasi menuntut keadilan dan ketelusan demokrasi. Mereka memenjara dan memukul rakyat yang berdemonstrasi menuntut keadilan dan hak mereka dikembalikan. Mereka menangkap dan mengenakan tindakan kepada mahasiswa apabila mahasiswa menuntut keadilan dan kebebasan Pilihanraya Kampus. Sekarang? Mereka sendiri mengadakan demonstrasi yang mereka dakwa sebagai tindakan tidak brtamadun. Nah! Ludah mereka telah mereka jilat kembali. Terima kasih!

IFC/ Artikel 11/ Lina Joy

Dalam sebuah ‘Negara Islam’, maruah Islam sendiri telah dipijak, hukum Islam dihina, undang-undang Islam diperlekeh terang-terangan. Tetapi Kerajaan Malaysia terus membisu. Menteri-menteri terus membutakan mata memekakkan telinga. Mungkin bagi mereka isu membina Pusat Latihan Sukan di London (hahaha), melanjutkan tempoh operasi pusat-pusat hiburan dan isu perkahwinan Siti Nurhaliza lebih penting untuk dibincangkan.

Mujurlah ada barisan NGO dan parti politik yang begitu concern tentang isu ini. Mengadakan demonstrasi, road tour, forum dan pelbagai lagi usaha. Nak harapkan tindakan dari Kerajaan Malaysia yang mentadbir ‘Negara Islam’ ini? Baik tak payah!

Pilihanraya Kampus

Bahang mula terasa. Sejarah PRK sebelum ini membuktikan Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) mewakili Kerajaan Malaysia pasti akan mengadakan pakatan dengan pelajar-pelajar aspirasi dalam melaksanakan grand design mereka untuk menguasai MPP seluruh IPTA.

Kerajaan Malaysia (KPT) + Pentadbiran Universiti + Sistem + Aspirasi VS Mahasiswa Pro-Islam

Begitulah ‘kesungguhan’ Kementerian/ Kerajaan Malaysia untuk memastikan Mahasiswa pro-Islam akan tewas.

Bagaimana dengan PRK pada tahun ini? Adakah mereka akan meneruskan ‘kesungguhan’ mereka menawan MPP? Jika ya, maka jelaslah bagi kita…

Inilah Kerajaan Malaysia!

‘Mereka’ membelakangi usaha membela umat Islam dan hanya tahu menggunakan kuasa untuk terus menzalimi rakyat Malaysia khususnya dan umat Islam umumnya. Apa yang perlu kita lakukan terhadap ‘mereka’? Memetik kata-kata Kitaro Minami : “Muktamad! ‘Mereka’ mesti berambus”

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 2:56 PM   1 comments
Tuesday, July 18, 2006
Apa kejadah?? [Part III]
Asia Barat/ Lebanon : Perang!



Lubnan: 110 Syuhada 250 Cedera

Palestin : Di bedil lagi!

Bangunan Kementerian Luar Palestin ranap

Indonesia : Tsunami!



Indonesia tsunami kills 104
Disasters in Indonesia since 2004

Beijing : Taufan Bilis!



Ribut Bilis ragut 188 nyawa

MALAYSIA : Siti Nurhaliza!!!



Siti, Datuk K bernikah 21 Ogos

‘Masa yang sesuai’ sudah terjawab

Cinta Siti - Datuk K akhirnya direstui

Apa nak jadi dengan Malaysia?
Dunia sibuk dengan perang, bencana alam, kematian, kemalangan di seluruh dunia, Malaysia masih lagi dengan cerita Siti...

Apa kejadah semua ni??!!
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 1:05 PM   2 comments
Apa kejadah?? [Part II]
Ni satu lagi yang buat kita rasa 'berbulu'. Satu demi satu nyawa umat Islam melayang dibedil Yahudi, Menteri Luar ASEAN pula masih sibuk untuk mesyuarat. Mesyuarat yang pasti hasilnya langsung tak mampu menyelamatkan hatta seguris luka pun umat Islam di Palestin dan Lubnan.

Sumber dari http://www.malaysiakini.com/ menyatakan :

Malaysia's Foreign Minister Syed Hamid Albar said a meeting of Southeast Asian ministers and the region's largest security forum would discuss the growing conflict in the Middle East.



Meeting... meeting... meeting. Tak habis-habis nak meeting dan seminar.
Tapi hasilnya haprak!
Apa kejadah semua ni??!!
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 12:47 PM   1 comments
Apa kejadah?? [Part I]
Perang Dunia ke-4 telah pun meletus. Bermula dengan tindakan 'di luar logik' rejim pengganas antarabangsa Israel ke atas Lubnan, kemudiannya dijangka bakal merebak ke Asia Barat yang melibatkan Iran dan Syria. Bahkan ia dijangka akan merebak ke Eropah.

BERLIN 17 Julai – Timbalan Menteri Luar Jerman hari ini memberi amaran ‘perang serantau’ boleh meletus di Asia Barat jika Syria atau Iran turut terlibat dalam pertempuran.

Jerman juga bimbang kesan serangan Israel akan merebak ke Eropah dengan militan bakal melancarkan serangan balas.

“Kita sekarang berada di ambang satu proses sangat berbahaya, boleh membawa perang serantau,” kata Gernot Erler kepada radio SWR.


- Utusan Online, 18 Julai 2006

Belum dikira serangan demi serangan kejam oleh Israel laknatuLlah ke atas Palestin yang mengorbankan puluhan rakyat yang tidak berdosa semata-mata untuk seorang askar Israel yang diculik.

Pada ketika ini, seluruh dunia dirundung kebimbangan akan kesan dari tindakan durjana yang didalangi Yahudi Zionis ke atas negara-negara Islam.

Tetapi, dikala seluruh umat Islam sedang resah, di manakah suara dan tindakan pertubuhan antarabangsa terbesar bagi umat Islam, The Organization of Islamic Conference (OIC)? Pengerusi OIC pula masih sibuk bercuti di kala negara yang dipimpinnya sendiri terus dilanda pelbagai masalah. Apa lagi nak diharap untuk menangani masalah antarabangsa!

Lebih menyedihkan, OIC masih sibuk untuk menganjurkan The Fifth Session Of the Islamic Conference of Tourism Minister yang bakal diadakan di Azerbaijan pada 9-12 September ini.

Woi! Dunia dah nak perang, nak sibuk melancong apa lagi??
Umat Islam dah kena lanyak di seluruh dunia, Menteri Pelancongan pula masih sibuk nak konferen??
Apa kejadah semua ni??!!

Pengerusi OIC biarkan saja rakyat Palestin dibelasah - Ustaz Nasha

Criminalise War. Stop World War IV
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 12:10 PM   0 comments
Monday, July 17, 2006
Macam-macam
Ini adalah dialog (rekaan) antara Awan dengan seorang sahabat, Hafiz Karami @ Apih (bukan nama sebenar)

Awan : Apih! Nak gi mana?
Apih : Balik bilik.
Awan : Takde kelas ke? Nak buat apa kat bilik?
Apih : Kelas abis dah. Haa...nak buat benda BID'AH sikit. Nak ikut? Jom!
Awan : Hah??

Awan pun ikut je la Apih gi bilik dia. Apabila dah masuk bilik, Apih terus on komputer dia dan...

Apih : Haa... ni la benda BID'AH yang aku nak buat. Amacam? Best tak? Nak try??
Awan : Laa... ni pun kira BID'AH ke?

Awan dok diam dan terus memerhati Apih layan game FIFA 2006...



Renungan buat Da'i : AKU SALAFI, ANAK MURIDKU BAGAIMANA?

Muhasabah : Basuh berak tak boleh tangguh-tangguh, tapi solat selamba tangguh..oh
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 9:17 PM   1 comments
Friday, July 14, 2006
Bintang I
Pada suatu hari, pensyarah Awan bercakap tentang bintang:

“If we see the star is small, the false is not in the star, but the false is in ourselves.”

Hakikatnya bintang itu besar. Amat besar. Bahkan bintang lebih besar dari bumi dan matahari. Matahari juga merupakan sejenis bintang. Tetapi apabila kita memandang tanpa sebarang info tentang bintang, maka kita akan berkata betapa bintang itu kecil. Sebenarnya, siapa yang besar dan siapa yang kecil? Jika kita mengatakan bintang itu kecil, maka siapa yang salah? Benar, bintang kelihatan kecil pada pandangan mata kasar manusia, tetapi adalah menjadi satu kesilapan jika kita menghukum bintang itu kerdil hanya semata-mata pada pandangan kita tanpa mengambil kira faktor fakta dan realiti.

Kadang-kadang, kita juga menghukum manusia sama seperti kita menghukum bintang. Apabila melihat apa sahaja jenis manusia, dengan segera kita menghukum: Jahat. Jahil. Bodoh. Bangsat. Cipan. BEDO! (baca be=belon, bukan be=besar, dan do=dodoi. Istilah ini hanya difahami oleh segelintir insan terpilih sahaja. Amaran kepada agar pembaca jangan cuba menggunakannya tanpa kefahaman yang mendalam).

Ini adalah antara kesilapan yang sering dilakukan oleh para da’i. Hassan Al-Banna pernah menitipkan mutiara kata yang penuh bermakna; "Kita adalah da’i, bukan penghukum (qadhi)." Semua orang di sekeliling kita adalah mad’u atau sasaran seruan kita. Jangan cepat melatah menghukum seseorang sebelum kita mengetahui hujung pangkal perbuatannya. Mungkin kejahilan seseorang itu adalah berpunca dari diri kita yang tidak mengajarnya perkara yang betul. (Lainlah kalau dia memang tau tapi sengaja buat-buat tak tau)

Daripada anda marahkan kegelapan lebih baik anda menyalakan lilin (kalau pasang spot light lagi bagus) untuk menghilangkan kegelapan.

Bersambung...


Belajar Sains : Kejadian Alam Semesta
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 3:05 PM   2 comments
Bola III

Ketika orang masih hangat dengan Piala Dunia yang baru berakhir dengan penuh dramatis, Awan teringat kepada sebuah pasukan dalam negara yang popularitinya begitu menonjol dalam arena bola sepak Malaysia. Dibentuk hasil pemilihan ketat di seluruh negara. Memerlukan kelayakan yang tinggi untuk menyertainya. Perlu melalui beberapa peringkat saringan. Dan kini, terbentuklah sebuah pasukan terdiri dari 22 orang pemain yang boleh diiktiraf (ye ke?) sebagai ‘cream of the cream’ dari seluruh penduduk Malaysia. MyTeam!

Maka berlangsunglah perlawanan antara pasukan ‘cream of the cream’ ini dengan pasukan bola sepak bawah 20 tahun Negara baru-baru ini.

Tetapi…. kenapa MyTeam pula yang ditumpaskan 1-2 oleh skuad bawah 20 tahun dan dibelasah oleh Melaka 4-0? Johor pula menumbangkan mereka 1-0?(itu belum lagi menentang skuad utama Negara). Bukankah mereka adalah yang terbaik dalam negara?

Melaka Belasah MyTeam 4-0

Giliran Johor Tumbangkan MyTeam

Kalah lagi...

Bagi Awan, walaupun mereka mempunyai individual skill yang tinggi, walaupun mereka adalah yang terbaik dikalangan yang terbaik, tolak faktor kurang pengalaman beraksi di gelanggang besar, ada satu kekurangan paling besar dalam pasukan MyTeam…

Itulah kerjasama berpasukan!
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 2:43 PM   2 comments
Tuesday, July 11, 2006
Superman dan Najib


Walaupun Awan Badai belum tonton filem Superman Returns, tapi Awan Badai tau macamana orangnya Superman tu. Kuat, gagah perkasa, boleh terbang, boleh keluarkan laser dari mata, dan lain-lain. Pendek kata, dia adalah "orang luar biasa yang melebihi orang biasa".

Mungkin Dato' Seri Najib pun bermaksud begitu apabila beliau memperkenalkan "Berkhidmat Melebihi Kebiasaan". Mahasiswa dan orang Malaysia perlu berusaha untuk jadi "orang luar biasa" yang "berkhidmat melebihi kebiasaan"

Apa akan jadi kalau mahasiswa sanggup berbuat begitu?

Baca : "Berkhidmat Melebihi Kebiasaan" - Najib

Baca juga: Superman dan Mahasiswa
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 10:13 AM   3 comments
Sinergi

“Bergabung!”, jerit Trunks dan Son Goten serentak seraya mencantumkan kedua-dua jari mereka setelah melakukan beberapa formasi gerakan tertentu. Kemudian kedua-dua badan mereka bergabung menjadi satu jasad.

Goten + Trunks = Gotenks!

Gotenks nyata mempunyai kuasa yang melangkaui jangkaan dan keupayaan mereka yang biasa. Kuasa mereka inilah yang mampu menggugat Majin Buu yang dikatakan mempunyai kuasa yang tidak terkalah. (tapi ALLAH Maha Berkuasa)

Inilah sinergi.

Apa itu sinergi?

Sinergi adalah menggabungkan 2 kuasa dan melahirkan kuasa yang lebih besar dari kuasa kedua-duanya. Berlainan dengan konsep ‘kerjasama’ yang hanya menghasilkan kuasa yang sama dengan gabungan kedua-dua kuasa tersebut.

Sebagai contoh. Kuasa A dan B. Jika ‘kerjasama’ kuasa A dan B, ia akan melahirkan kuasa AB. Jika dihitung secara formula matematik, maka A + B = AB. Tetapi konsep ‘sinergi’ adalah berbeza. Hasil gabungan kuasa A dan B akan menghasilkan lebih kuasa. Formulanya, A + B = ABCDEF…. dan seterusnya.

Belajarlah untuk bersinergi dalam gerak kerja organisasi.
Belajarlah dari Dragon Ball!

Bersambung…

Sharingan – Not only meets the Eye. Melihat dunia dengan gaya berbeza. Lihat, Belajar dan Aplikasi

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 9:47 AM   5 comments
Friday, July 07, 2006
Bola II
[7 Julai 2006, 04:55pm] Perlawanan separuh akhir Piala Dunia telah pun berakhir. Perancis dan Itali telahpun memastikan tempat masing-masing di perlawanan akhir Piala Dunia pada 10 Julai nanti. Namun begitu, tidak dapat dinafikan, pasukan-pasukan lain juga telah menunjukkan prestasi dan kehebatan masing-masing. German, Argentina, England, Portugal dan lain-lain, sekalipun gagal meneruskan kemaraan, persembahan mereka telah membuktikan bahawa mereka juga adalah pasukan yang hebat!

Apakah faktor yang menentukan keunggulan sesebuah pasukan bola sepak? Saya meletakkan 4 faktor asas:

1. Kemahiran individu
2. Jurulatih
3. Latihan
4. Kerjasama pasukan

Dalam konteks gerakan juga…..

…4 faktor ini juga yang menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi. Organisasi tersebut perlu memiliki individu (baca: mad’u) yang boleh dan bersedia untuk menjalankan tugas. Mereka juga perlu memiliki jurulatih (baca: da’i/ naqib/ murabbi) yang cukup berkaliber untuk menjayakan visi dan misi organisasi. Seterusnya individu tadi perlu dilatih (baca: tarbiah) di bawah kawalan jurulatih ke arah peningkatan kemahiran individu serta melatih individu kearah kemahiran bekerja secara berpasukan (baca: amal jama’i) dengan taktik tersendiri dan disiplin yang tinggi. Kemudian, ianya akan menatijahkan sebuah pasukan/ organisasi yang berkualiti yang disegani kawan dan lawan.

Keempat-empat faktor ini adalah saling berangkai antara satu sama lain. Andai tidak ada salah satu daripadanya, maka faktor yang lain juga tidak akan berfungsi dengan baik. Kenapa? Jika anda seorang peminat bola sepak, maka anda akan memahami!.


Kenapa Best tengok bola?
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 5:09 PM   3 comments
Monday, July 03, 2006
Iklan Colgate
Dah gosok gigi?

Pernahkah anda melihat iklan colgate?


Sejak kita kecil, sampai sekarang, colgate tak puas-puas siarkan iklan kepada kita. Dan dari semasa ke semasa, bentuk iklan itu akan diubah agar penonton tidak bosan melihatnya (walaupun kita kadang-kadang jadi bosan di tahap yang tidak terbatas). Penemuan-penemuan baru pula akan diiklankan habis-habisan untuk mempromosikan produk mereka agar laris di pasaran.

Kenapa?

Pertama, supaya kita sentiasa ingat.
Kedua, agar kita yakin dengan produk tersebut.

Kenapa manusia serlu sentiasa diperingatkan?

Manusia itu pelupa. Walaupun kita tidak mahu ia terjadi, tapi ia tetap akan terjadi. Itu adalah fitrah. Kerana itu manusia perlu diperingatkan. Sebagaimana iklan di tv, begitu juga tazkirah, perlu diulang-ulang. Supaya kita sentiasa ingat dan menambah keyakinan. Ingat dan yakin dengan segala apa yang telah dinyatakan oleh Allah SWT

Peringatan perlu sentiasa diberi. Tapi yang penting! Dari semasa ke semasa pendekatan dan isi tazkirah perlu sentiasa diubah dan di ‘up-grade’ supaya penyampaian lebih berkesan dan tidak menimbulkan kebosanan. Kebosanan akan membawa kepada immune kepada tazkirah tersebut yang akan membawa kepada kegagalan mesej yang ingin dibawa.

Kali ini, saya ingin menyeru diri kita semua agar saling ingat-memperingati sebagai suatu inzar, agar diri kita sentiasa ‘segar’ walaupun pelbagai ancaman bacteria dan suasana yang berupaya untuk mereputkan semangat dan usaha kita dalam jalan ini.

Sekian, iklan Colgate untuk kali ini…

Selamat menggosok gigi!


Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 11:11 PM   0 comments
Bola I
Ketika artikel ini di tulis, Piala Dunia akan bermula kurang dari 24 jam lagi. 32 pasukan akan berentap dalam 12 gelanggang di Jerman. Fenomena Puala Dunia 2006 telah telah mengubah orientasi seluruh sistem dunia. Kini, bermula dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara, segala-galanya telah dicorak dengan corak ke’bola sepak’an.

Ekonomi, politik, media, ketenteraan, hiburan, fesyen, gaya hidup, pekerjaan...(seterusnya, senaraikanlah sendiri), segala-galanya telah dan terpaksa mengikut arus bola sepak. Jika tidak, mereka akan jadi golongan yang dianggap terpencil.

Memandang kosong terhadap gelombang besar seumpama ini adalah satu kerugian dan tidak bijak. Belajar dari pengalaman orang lain adalah antara kaedah terbaik untuk membina diri. Justeru, saya ingin melontarkan beberapa pandangan untuk kita fikirkan bersama

1. Piala Dunia mampu mengumpulkan lebih 3 juta penonton, dijangka lebih 30 bilion penonton di seluruh dunia dan di Jerman, lebih 500 000 mengambil cuti.
Apabila kecenderungan massa di manipulasi dengan baik pada masa yang sesuai dengan kaedah yang tepat, maka akan menghasilkan gelombang yang besar yang mampu menggerakkan kuasa rakyat dalam melakukan sesuatu. Dalam konteks demokrasi, kuasa rakyat memainkan peranan penting dalam mencorakkan senario politik di sesebuah negara.
Kerana itulah gerakan Islam masa kini, khususnya di Malaysia perlu bijak membaca kecenderungan rakyat dan keadaan semasa (fiqh waqi’) dalam mencipta suatu gelombang dari rakyat dalam ruang demokrasi yang ada sekiranya inin melakukan reformasi dalam pentadbiran negara. Di sini, peranan media memainkan peranan yang amat penting.

2. Peranan media dalam mencetuskan fenomena
Sekiranya anda hidup di dalam hutan atau di kutub selatan yang tiada sebarang medium media, adakah anda dapat merasakan bahang Piala Dunia ini? Pasti tidak! Dalam apa jua isu, media memainkan peranan penting dalam menjadikan isu tersebut popular ataupun tidak. Bahkan ia mampu memutarbelitkan fakta menjadikannya terpesong dari fakta sebenar. Dan pembaca tetap mempercayainya! Dalam isu ini, gerakan Islam masih ketinggalan dalam menguasai dan mempengaruhi media. Suara dari gerakan Islam tidak menjadi suara yang vokal dalam masyarakat. Faktor inilah menjadikan gerakan Islam tidak popular, terpinggir dan terus dipinggirkan
Tindakan perlu diambil. Mengharapkan media yang sedia ada agar membuat perubahan ibarat melukut di tepi gantang. Saya ada 2 cadangan. Pertama, menggalak, melatih dan menghantar “orang kita“ sebagai pekerja dalam media. Seperti proksi. Kedua, mewujudkan medium media tersendiri. Tidak semestinya meletakkan label gerakan di atas dahi (baca: Harakah) kerana ia hanya menimbulkan unsur prejudis, tetapi dengan membawa pendekatan yang lebih bijak dan bersiat waqi’i.

Saya tidak menafikan komplikasi buruk yang timbul dari fenomena ini. Tetapi semoga Piala Dunia 2006 juga akan berlalu dengan memberi manfaat kepada kita secara individu dan kolektif.

bersambung...


Sharingan – Melihat dunia dengan gaya berbeza. Lihat, belajar dan aplikasi untuk diri anda.

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 10:49 PM   0 comments
Sharingan
Assalamualaikum

Blog ini dibina sebagai dedikasi khas untuk arwah sahabatku, Khairul Azri b Mohd Anuar (kama). Semoga semangat perjuangan dan komitmen arwah ketika masih hidup akan diteruskan dan diabadikan bersama-sama kita yang masih hidup. Selagi hayat dikandung badan, Life must go on...

Yie... kau sahabat, kau teman

Sharingan - Melihat, Mentafsir, Mangaplikasi
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 6:24 PM   2 comments


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates