|
Thursday, August 30, 2007 |
Apa hal? |
Berita Harian 30 Ogos 2007 melaporkan:
MPP Tak Setuju Kuasa Autonomi
Ini adalah reaksi-reaksi barisan MPP IPTA-IPTA yang diketahui ramai, diterajui oleh kumpulan aspirasi atau pro-kerajaan.
Apa hal? Takut ke?
Presiden MPP Universiti Malaya (UM), Afandy Sutrisno Tanjung: “Pemberian kuasa autonomi ini bagus untuk universiti membuat keputusan sendiri dan MPP menyokong penuh usaha kerajaan, namun untuk pelantikan naib canselor ini perlu pembabitan kementerian.”
Kenapa nak dilibatkan juga kementerian? Apakah aspirasi takut 'kuasa' mereka selama ini yang dilindungi oleh TNC dan HEP yang dilantik dan 'dijaga' oleh kerajaan akan pecah dan suara sebenar dari mahasiswa akan bergema di universiti?
Presiden MPP Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mazwan Murad: “Cuma yang dikhuatiri kuasa autonomi ini digunakan sesetengah pihak untuk kepentingan diri sehingga membelakangkan hak pelajar dan matlamat universiti semata-mata ingin merebut jawatan.”
Sejak bila aspirasi pandai bercakap tentang hak pelajar dan matlamat universiti? Selama ini hak mahasiswa telah lama dinafikan. Demokrasi kampus telah lama dicabul. Suara mahasiswa telah lama disekat. Mahasiswa yang bersuara dikenakan tindakan. Kenapa sekarang kamu baru bersuara?
Presiden MPP Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Mohd Izwan Shahril: "Bagi suara pelajar, kami mahu pemilihan diputuskan pihak atasan (kementerian) bagi mengelak menimbulkan isu.”
Mengelak timbulnya isu? Hello... dah lama isu tentang pelantikan TNC dan HEP disuarakan kerana dilantik atas dasar kroni. Tak pernah dengar ke?
Saya tidak tahu, samada polisi yang diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi hanyalah gimik atau mempunyai agenda tersembunyi yang lain. Tapi berdasarkan reaksi dari MPP aspirasi, mereka telah melatah menampakkan kerisauan awal mereka dalam isu ini. Kenapa ya?
Saya cadangkan agar MPP membuat pungutan suara dikalangan ahli akademik dan pensyarah tentang pandangan mereka dalam isu ini, apakah ini sesuatu yang lebih baik atau tidak? Ini kerana mereka lebih faham keadaan sebenar, apabila pelantikan TNC dilakukan oleh 'orang luar'.
Read the rest of this entry!
|
posted by Awan Badai @ 8:27 PM |
|
|
Thursday, August 23, 2007 |
Mean your word! |
Universiti-universiti di Malaysia tidak mampu berkembang. Ranking Universiti Malaya yang pernah (cuma) menduduki tangga 100 universiti terbaik dunia, telah jatuh ke nombor yang entah ke berapa ratus.
Kenapa? Kerana Universiti dipolitikkan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan pihak tertentu.
Buktinya?
Berita Harian 23 Ogos 2007 melaporkan:
Dasar pengajian tinggi negara akan dirombak bagi menghasilkan graduan berkualiti dalam usaha memenuhi keperluan modal insan yang mampu bersaing dan menghadapi cabaran globalisasi. Antara inisiatif, program dan projek di bawah kedua-dua pelan itu ialah: - Memperkenalkan ketelusan lebih tinggi dalam pemilihan pengurusan kanan di universiti awam yang akan dibuat bagi mencapai tahap terbaik dalam aspek kepemimpinan untuk mencapai kecemerlangan;
Kalau tidak, kenapa perlu diwujudkan inisiatif di atas? Bahkan ia adalah paling di utamakan berbanding inisiatif-inisiatif lain.
Harapnya ini bukan satu lagi gimik pra-pilihanraya umum.
Pesan saya sebagai rakyat dalam negara mengamalkan demokrasi (?) kepada pemimpin saya Datuk Mustapa Mohamed, selaku Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT):
Mean your word!
Read the rest of this entry!
|
posted by Awan Badai @ 12:49 PM |
|
|
|
Merdeka kali ke-2 |
Merdeka kali ke-2?
Ramai orang berkata, Malaysia belum Merdeka. Sebab? Terlalu banyak! Ditambah lagi kenyataan KETUA HAKIM NEGARA, Tun Ahmad Fairuz Syeikh Abdul Halim dilaporkan oleh Utusan semalam (22 Ogos 2007) berkata;
"Sudah 50 tahun kita merdeka, sudah 50 tahun kita terlepas daripada cengkaman penjajah, tetapi Seksyen 3 dan 5 Undang-Undang Sivil 1956 masih kekal dalam perundangan kita."
"Apakah ini petanda bahawa Common Law Inggeris itu adalah undang-undang yang paling baik di dunia? Apakah ini petanda bahawa pakar undang-undang kita masih di bawah tempurung penjajah?" soalnya.
Nah! Sapa berani nak bangkang KETUA HAKIM NEGARA?
Merdeka kali pertama
Tanah Melayu/ Malaysia pernah merdeka pada tahun 1957. Rakyat berjuang ke arah kemerdekaan. Mereka dipimpin dan dipacu oleh para pemimpin pelbagai kaum yang berusaha keras siang dan malam demi sebuah kemerdekaan.
Sekarang rakyat Malaysia sendiri mempertikaikan, adakah Malaysia sudah benar-benar 'merdeka'? Kita menanti pemimpin-pemimpin kita untuk bangkit berjuang ke arah erti kemerdekaan yang sebenar.
Tapi sebaliknya pula yang berlaku. Nak harapkan pemimpin, pemimpin itu pula yang menguatkan lagi minda terjajah di kalangan rakyat Malaysia.
Apabila ada rakyat bangkit, mereka pula dikenakan tindakan. Saling tak tumpah macam British kenakan tindakan kepada Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Tok Gajah dan lain-lain pejuang kemerdekaan.
Memetik entri Kitaro dalam blognya:
Di Malaysia... bila ada mahasiswa yang berdemonstrasi mengkritik dasar kerajaan, terus ditangkap, digantung dan dinafi hak pendidikan mereka.
Di Malaysia... bila ada rakyat biasa yang bangkit berhimpun membantah kenaikan minyak, muncul FRU memukul, menymbur air kimia dan menangkap rakyat marhain.
Di Malaysia... bila belum ada lagi bukti kukuh, kononnya ada dakwaan beberapa aktivitis politik ingin menggunakan bom molotiv cocktail, maka terus ditahan ISA (tanpa bicara).
Di Malaysia... bila ada parti Islam berceramah mengajak rakyat mendekati agama, ceramah itu diserbu dan penceramah ditahan... Di Malaysia... bila ada ustaz-ustaz, berceramah di surau atau masjid, mereka ditahan dan didakwa di mahkamah kerana tiada tauliah...
Merdeka kali ke-2?
Sampai bila kita nak dijajah? Terjajah secara undang-undang, pemikiran, moral, perlembagaan, agama, pendidikan dan seluruh sistem hidup.
Ayuh merdekakan Malaysia kali ke-2!
Siapa yang bertanggungjawab? Tentunya seluruh rakyat Malaysia...
Bila? Soon...
Bagaimana? Pilihanraya dah dekat...
Read the rest of this entry!
|
posted by Awan Badai @ 12:21 PM |
|
|
|
Dulu dan sekarang |
Dulu, masa Inggeris ada kat Tanah Melayu, orang Melayu pakat nak lawan Inggeris. Sesiapa yang sokong Ingeris dianggap tali barut penjajah dan tak ada maruah di kalangan orang Melayu.
Sekarang, orang Inggeris dah tak ada di Malaysia. Yang ada pun pelancong-pelancong. Tapi orang Melayu berbondong-bondong nak ikut Inggeris dan barat. Sesiapa yang tak ikut dianggap tak moden, kolot, jumud dan tak bertamadun.
. .
Dulu, masa penjajah nak bawak undang-undang dari Barat, orang Melayu bangkit menentang. Tok Janggut di Kelantan mati digantung kepala ke bawah. Berhari-hari jasadnya dibiar begitu. Haji Abdul Rahman Limbong di Terangganu dibuang negara, dihantar ke Mekah. Oran Melayu bodoh, puji British sebab hantar Haji Abdul Rahman Limbong ke Mekah. Tapi mereka hilang pemimpian berjiwa negarawan. Lepas itu habis undnag-undang Islam dibuang, diganti dengan undang-undang British.
Sekarang, dah 50 tahun merdeka, undang-undang yang kita pakai masih English Common Law. Apa erti walaupun British dah tak ada, tapi kita ditadbir dengan undang-undang Inggeris. Bukankah itu juga namanya dijajah?
. .
Dulu, bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia) hebat, tersebar ke seluruh dunia. Orang Inggeris belajar cakap Melayu. Orang Inggeris reti berpantun dan bersajak. Orang Inggeris tau tulis dan baca dalam tulisan JAWI! Orang Melayu ada maruah, maruah mereka dihormati oleh orang putih.
Sekarang, orang Melayu sendiri tak reti cakap Melayu. Bahasa JAWI? Haram 3 keturunan, confirm budak-budak sekarang tak reti. Kalau ada pun terlalu sedikit. Sesiapa yang reti Bahasa Inggeris dianggap mulia. Yang tak reti cakap orang putih dianggap kolot. Belajar Matematik dan Sains pun dalam bahasa penjajah. Orang Melayu hina bahasa sendiri. Orang Melayu dah tak ada maruah. Apa UMNO buat? Angkat keris dalam perhimpunan agung? Hangit!!!
. .
Dulu, Hang Tuah cakap, “Takkan Melayu hilang di dunia”. Orang Melayu bangga dengan bangsa sendiri. Mereka bepegang kepada agama dan adat sebagai sistem hidup.
Sekarang, orang Melayu cakap “I feel stupid when I speak in Malay”. Orang yang cakap tu tak salah. Sistem hidup rosak dan salah dan mengeluarkan produk-produk seperti itu. Agama hilang, adat entah ke mana. Siapa yang ‘cipta’ paradigma, persepsi, sistem hidup dan suasana begini? Orang Melayu sendiri.
. . .
Kepada Orang Cina, India dan bukan Melayu yang baca entri ini, saya adalah orang Melayu. Saya bangga saya Melayu. Saya orang Islam. Saya bangga saya Islam. Tapi manusia sekaum dan seagama dengan saya telah memalukan bansa dan agama saya.
Orang Melayu pernah kuat, tapi kenapa sekarang mereka lemah. Kenapa?
Seorang bekas Menteri Britain pernah berkata: “Don’t blame the Arabs. They are lions, but they are ruled by the donkeys.”
Itu orang Arab. Melayu macamana?
Read the rest of this entry!
|
posted by Awan Badai @ 8:17 PM |
|
|
Wednesday, August 15, 2007 |
Belajar dari bola sepak |
Setelah sekian lama tak update, maka terimalah sebuah perkongsian dari saya...
Suatu ketika dahulu, ketika sedang sama-sama menonton perlawanan bola sepak di rumah melalui saluran ASTRO, abang saya mengajar saya tentang bola sepak:
"Nak main bola ni, yang penting kena maintain the game. Tapi kadang-kadang kena ada brilliant movements"
Bagi mereka yang kurang asas dalam bolasepak, ini sudah boleh menjelaskan tentang bagaimana untuk bermain bola sepak. Sudah pastilah huraiannya lebih panjang; bagaimana nak 'maintain the game', kemudian bagaimana pula untuk cipta 'brilliant movement'. Tetapi secara asasnya, jika anda menonton mana-mana perlawanan bola sepak, itulah yang berlaku.
Mungkin antara faktor kegagalan pasukan Malaysia dulu, mereka tidak mampu untuk 'maintain the game', apatah lagi untuk mencipta 'brilliant movement'.
Pakdi pernah mengulas tentang taktik Liverpool ketika menentang AC Milan dalam final Liga Juara-juara:
"...Rafa got his tactic right by silent off Kaka & Seedorf but to do that, he had to sacrifice Crouch. And by bringing on Crouch for Mascherano, Kaka at last had some space to assist Inzaghi for the 2nd goal."
Mungkin tujuan Rafa adalah untuk mengekang AC Milan dari melakukan 'brilliant movement' melalui Kaka yang terkenal sebagai penyerang yang pantang diabaikan.
Saya tak tahu apa pandangan mereka yang lebih pakar dalam bola sepak. Tapi bagi saya, kata-kata itu bukan sahaja menjelaskan cara bermain bola sepak, tetapi turut mengajar kita cara untuk hidup.
Hidup kita juga perlu sentiasa maintain dan kadang-kadang perlu ada brilliant movement untuk meningkatkan prestasi kita. Saya akui, sejak berada di kampus Kuantan, habit saya agak berubah. Hidup tidak seperti dulu. Dulu, saya boleh menyelesaikan tugasan-tugasan walaupun banyak dan sibuk. Sekarang?
Mungkin saya perlukan satu brilliant movement untuk meningkatkan gaya hidup yang serba 'hancur' sekarang ini.
Sudah sebulan saya tidak mengemaskini blog. Lama giler... Dari entri pakdi, Blogging is a hardwork, saya memang bersetuju blogging memerlukan kerja keras dan disiplin yang tinggi. Tetapi jumlah pelawat bukan isu bagi saya. Saya lebih memerlukan anjakan sikap yang baru setelah agak terhakis akhir-akhir ini.
Sungguh benar sabda Nabi SAW ketika ditanya oleh sahabat tentang satu amalan yang selepas ini tak perlu lagi sahabat itu datang bertanya soalan yang sama kepada Nabi SAW, maka jawab Baginda Rasul SAW:
"Katakanlah aku beriman kepada ALLAH... kemudian konsistenlah (istiqomah)"
Artikel berkaitan:
1. Bola 1 2. Bola 2 3. Bola 3
Read the rest of this entry!
|
posted by Awan Badai @ 1:42 PM |
|
|
|
|
|
|
About Me |
Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile
|
Shout Box |
|
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Template By |
|
|
|