|
Thursday, January 25, 2007 |
Bloggers United |
Ramalan Ahmad Lutfi Othman: Bersiap hadapi Ops Lalang II?
Apakah Ops Lalang II telah bermula?? Ahiruddin b Attan a.k.a Rocky dan Jeff Ooi disaman oleh NSTP.
Dari blog A Kadir Jasin: "There’s no money in blogging. In fact bloggers spend their own money and spare their own time to manage their blogs for the benefit of visitors and debaters." baca artikel penuh
Walaupun Awan masih amat-amat jauh dari mereka (Jeff Ooi dan Rocky), namun kita berpijak di bumi yang sama, bernafas pada udara yang sama (petikan kata-kata Hang Tuah dalam PGL). Kita berpegang pada prinsip yang sama, kita mengimpikan wawasan yang sama.
Bloggers united! Here we come: Bloggers Legal Fund
Dari blog Kitaro: Eventhough we never met, but we have the same dream... to ensure TRUTH uphold! Jeff Ooi and Ahiruddin Atan (Roky's Bru)... you'll never walk alone.
Hei Bro... it supposed to be my word lah! Ucapan yang sama untuk Jeff Ooi dan Rocky... You'll Never Walk Alone
Dengan kuasa bulan... akan menghukum mu! Eh silap...
Atas nama keadilan dan kebenaran... Blogger united! No Fear! Hidup bloggers! Hidup Liverpool!
Read the rest of this entry!
|
posted by Awan Badai @ 12:25 PM |
|
|
Monday, January 22, 2007 |
Apa yang anda sokong? |
4 gergasi EPL bertempur di padang
Chelsea: Juara liga 2 musim berturut-turut Man U: Tangga teratas liga sekarang
Tetapi apa dah berlaku?
Liverpool 2 - Chelsea 1
Arsenal 2 - Manchester United 1
Apa komen The Blues dan Kitaro? Hehehe
Teruskan menyokong pasukan kegemaran anda semua. Anda boleh berbangga dengan kemenangan mereka. Tetapi tiada apa yang anda boleh sumbangkan untuk mereka. Anda ada atau tiada, tiada makna bagi mereka. Ramai lagi penyokong mereka di luar sana.
Mereka tidak memerlukan anda. Tetapi anda memerlukan mereka untuk menjadikan kehidupan ini lebih bermakna.
Islam dan Kita
Kita ada atau tiada, Islam tetap dilindungi oleh ALLAH. Ramai lagi pendokong Islam di luar sana. Islam tidak memerlukan kita. Tetapi kitalah yang memerlukan Islam.
Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah mengungkapkan kata-kata yang penuh inspirasi:
"Bekerja dalam jemaah bukanlah satu kerelaan, tapi satu kewajipan. Dan jangan biarkan sehari berlalu tanpa bekerja untuk kemenangan Islam"
Read the rest of this entry!
|
posted by Awan Badai @ 3:17 PM |
|
|
Sunday, January 21, 2007 |
Berani Kerana Benar |
Son Goku Cuba senaraikan watak-watak jahat dalam komik die-hard super-popular Dragon Ball. Pikor, Radeitz (abang Goku), Cyborg No 17&18, Cell, Fliza, Majin-Buu dan lain-lain. Satu demi satu watak jahat muncul dengan kekuatan yang mengerikan. Setiap kali mereka muncul, dunia akan berada dalam keadaan huru-hara. Satu demi satu Hero mati dibunuh oleh mereka. Yamu dibunuh ketika menentang Bezita. Kurin dibunuh oleh Fliza. Goku sendiri dan banyak kali mati. Tetapi, pernahkah anda terfikir, adakah Hero-hero tak pernah takut apabila berhadapan dengan musuh? Tidak! Mereka juga ada perasaan takut. Tetapi adakah mereka berundur? Lari dari medan pertempuran? Tidak! Hero-hero kita tidak berundur. Bahkan mereka berjuang hingga nyawa terkorban. Apa rahsianya? Rahsianya adalah kerana mereka BERANI. Kenapa mereka berani? Kerana mereka tahu, mereka adalah pihak yang BENAR. BERANI KERANA BENAR. Inilah prinsip yang mereka pegang. Tetapi apa sebenarnya mereka pertahankan hingga beroleh keberanian luarbiasa? Prinsip apakah yang mendorong mereka hingga sanggup mati? Kita sering mendengar kata-kata ‘berani kerana benar’. Tetapi bagaimana ingin memperoleh ‘keberanian’ itu. Syarat paling utama adalah: kita mestilah punya PRINSIP yang benar yang ingin dipertahankan. Dalam lipatan sejarah Islam, terlalu banyak kisah yang memaparkan pejuang-pejuang Islam sanggup mati demi mempertahankan prinsip yang mereka pegang – AQIDAH. Mereka sanggup diseksa, meninggalkan harta & keluarga, dipenjara, dihalau, bahkan dibunuh kerana mereka BERANI mempertahankan AQIDAH. Hanya kerana mereka ingin terus mengatakan bahawa: ALLAH adalah Tuhanku dan Muhammad adalah RasuluLlah! Bilal diseksa begitu dahsyat dipadang pasir. Sumayyah mati diseksa. Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat (ridhwanuLlahi‘alaihim) dalam perang Badar; 313 tentera Islam melawan 1000 tentera kafir. Logiknya, mustahil kekuatan 313 orang yang senjatanya tidak lengkap boleh menang melawan 1000 orang yang dilengkapi senjata canggih di padang pasir ketika itu. Tetapi itulah hakikatnya. Mereka berjuang, mati, dan sanggup menerima apa sahaja demi mempertahankan prinsip yang mereka pegang. Berani kerana benar!
Read the rest of this entry!
|
posted by Awan Badai @ 7:16 AM |
|
|
Tuesday, January 09, 2007 |
SPR dirombak? |
Muka Depan Utusan Malaysia, 9 Januari 2007:
SPR perlu dirombak
Adakah ini titik perubahan dalam sistem demokrasi di Malaysia? Perubahan bagaimana yang akan berlaku?
Dalam apa jua perubahan yang dilakukan, kemungkinan yang akan berlaku cuma ada 3:
1. Lebih baik 2. Sama seperti dulu 3. Lebih buruk
Kalau hasil rombakan SPR ini adalah no.1, maka itulah yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan.
Kalau hasilnya no.2, maka ianya hanya membazir tenaga, fikiran, air liur, elektrik, air dan kertas sahaja di adakan kertas kerja dan perbincangan-perbincangan.
Kalau no.3? Malaysia akan terus dilanda mimpi buruk untuk beberapa dekad yang akan datang. Demokrasi yang telah dicabul sebelum ini akan terus dirogol secara beramai-ramai dan bersiri oleh pihak-pihak tertentu.
Kalau no.2 berlaku, apatah lagi no.3, Awan khuatir rombakan ini hanya akan dijadikan kambing yang dicat dengan kaler hitam oleh pihak tertentu untuk menyatakan:
“SPR dah dirombak. Tiada sebab lagi untuk pembangkang menyalahkan SPR tidak telus dalam mengendalikan PRU!”.
Maka pada saat itu, sejarah Malaysia akan terus mencatatkan zaman hitam dan gelap bagi keadilan di Malaysia.
Tetapi, seperti dalam laporan UtusanMalaysia, berdasarkan ucaptama Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman di majlis Pelancaran Akademi Pilihan Raya, Awan optimis, perubahan yang akan berlaku adalah perubahan yang positif.
Oleh itu, kita doakan agar cahaya keadilan yang kita harapkan akan menerangi kegelapan so-called demokrasi di Malaysia.
Awan teringat kata-kata dan prinsip hidup seorang sahabat:
“The truth shall prevail!”
Farid pasti tersenyum... =)
Read the rest of this entry!
|
posted by Awan Badai @ 4:37 PM |
|
|
|
Bestnyer Pilihan Raya! |
150 penduduk Batu Talam dapat tanah pertanian
- Malaysia Today -
Eii... bestnyer. Kalau ada Pilihan Raya selalu kan bagus! Barulah nampak muka wakil rakyat, dapat tanah, dapat duit, dapat kain pelikat, ramai Menteri datang, PM pun datang!
Kalau takde Pilihan Raya... haram jadah, confirm takder sumer ni kan? kan? kan?
Rakyat pun, pakat-pakatlah pangkah dacing. Nanti, dapat RM50! Boleh buat bayar harga tol naik, minyak naik, harga barang naik. Duit-duit yang kita bayar tu, nanti masuk poket-poket orang yang terima rasuah, masuk poket kroni, masuk poket orang-orang yang kaya. Rakyat? Alaaah... RM 50 setiap 4-5 tahun sekali, kira dah banyak la tu! Pandai-pandai la pemimpinnegara buat dengan duit yang rakyat bayar tu.
Yang dah kaya-raya-paya? Dapat projek buat KLCC, buat jalan, buat longkang, bangunan-bangunan tinggi, projek-projek besar. Dapat juta-juta.
Yang miskin-papa-kedana? bangganya dapat tengok KLCC dan bangunan tinggi dalam TV, dapat bayar tol mahal nak lalu highway luas, bayar minyak moto mahal nak gi toreh getah. Dapat RM50 4-5 tahun sekali masa PRU.
Quote ayat Pakdi: First class facility, third class mentality!
Terima Kasih BN!!!
Read the rest of this entry!
|
posted by Awan Badai @ 11:31 AM |
|
|
Sunday, January 07, 2007 |
PLKN: Natijah baik atau buruk? |
Harapkan pagar, pagar makan padi... (pepatah Melayu)
Harapkan tin, tin makan biskut... (pepatah Bro Shah Kirit dalam salah satu ceramah beliau)
Sesuatu yang baik, jika tak diguna, tak dimanfaatkan, maka ia akan jadi sampah. Lebih teruk, jadi mudharat pulak. Macam KFC. Ada depan mata, tapi tak nak makan. Apa pekdahnya? Sampai masa, basi. Buang. Membazir jek.
PLKN. Dulu timbul polemik tentang PLKN. Membazir duit kerajaan. Kerajaan memperalatkan untuk 'brainwash' remaja supaya anti-pembangkang. Menggalakkan percampuran lelaki dan perempuan sehingga melangkaui syarak. dan lain-lain...
Kini, PLKN siri 1 untuk tahun 2007 telah bermula. Mahu tak mahu, kita kena menerima bahawa ia adalah sebahagian dari agenda tetap negara.
Bagi Awan, PLKN ni jika diguna dan dimanfaatkan sepenuhnya, ia akan memberi sumbangan besar kepada negara pada masa hadapan. Cukup besar. 3 bulan dalam kursus. Lama tu. Macam-macam boleh buat.
Tapi, yang menentukan keberkesanan PLKN sebagai wadah untuk membentuk jatidiri MAHASISWA dan generasi muda negara bergantung kepada 2 faktor utama:
1. Modul-modul dalam PLKN 2. Jurulatih/ pelaksana kepada modul-modul tersebut.
Sila baca pandangan Ahmad Fakhrurrazi Yahaya dalam Berita Harian, 4 Januari 2007 lalu dalam ruangan 'Rencana' tentang PLKN dan Mahasiswa.
Semoga tin (baca: PLKN) yang negara kita ada ni dimanfaatkan untuk menjaga biskut (baca: remaja) di dalamnya. Bukannya tin yang memakan dan merosakkan biskut-biskut yang jadi harapan negara ni satu hari nanti. Nota tambahan: 1. Tajuk asal artikel tersebut adalah: Mahasiswa, PLKN dan Islam Hadhari. Tetapi pihak BH telah mengubahnya. 2. Perenggan terakhir artikel tersebut tidak disiarkan. Berikut adalah perenggan yang tidak disiarkan oleh BH:
----------------------------------------- Kita sedang berbicara tentang masa depan negara. Ini adalah soal pendekatan terbaik untuk mendidik jiwa dan membentuk identiti anak-anak muda demi memenuhi tuntutan kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Bukankah kita mengimpikan kehidupan sosial yang bebas dari masalah, generasi yang berperibadi tinggi, mahasiswa yang berwawasan dan bercita-cita tinggi? 10 prinsip asas Islam Hadhari memenuhi kesemua tuntutan tersebut. Saya yakin, jika dilaksanakan dengan ikhlas dan baik, sentuhan pendekatan Islam Hadhari ini pastinya mampu menjadikan modul-modul PLKN lebih baik. Lagipun, sampai bila kita hanya mahu mendengar retorika slogan Islam Hadhari dicanang tanpa melihat aplikasinya? Fikirkanlah! -------------------------------------------
Read the rest of this entry!
|
posted by Awan Badai @ 8:10 PM |
|
|
|
|
|
|
About Me |
Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile
|
Shout Box |
|
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Template By |
|
|
|