Wednesday, February 28, 2007
Eh, boleh pulak?
Berita Harian, 28 Februari:
KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat berkata negara itu tidak akan menentang jika Malaysia melaksanakan program tenaga nuklear untuk tujuan keamanan.

'KL berhak bangun program nuklear'

Eh, Malaysia boleh pulak nak bangunkan program nuklear untuk keamanan. Kenapa Iran tak boleh? Padahal Iran punya la dok kempen yang program nuklear mereka adalah untuk manfaat rakyat mereka, bukan untuk peperangan.

Israel dan Amerika sendiri yang bangunkan senjata nuklear, takde pulak Amerika nak halang.

Hmm...dah namanya Amerika...

Awan rasanya, kat Malaysia pun ada situasi lebih kurang macam ni.

Ada pihak yang dihalang dari dijemput menyampaikan ceramah-ceramah di masjid. Kononnya menyalahgunakan pentas masjid untuk cakap pasal politik. Usahkan masjid, nak guna premis peribadi pun dihalang.

Tapi pada masa yang sama, ada pihak lain yang boleh gunakan masjid dan sekolah-sekolah untuk tujuan politik. Usahkan masjid dan sekolah, habis saluran media cetak dan elektrotik mainstream digunakan untuk tujuan yang sama.

Hmm... dah namanya ........... (sila isi tempat kosong dengan perkataan yang betul)

Walau apapun, samada Amerika, atau .........., atau mana-mana pihak yang membelakangi keadilan semata-mata untuk mepentingan puak mereka, maka golongan ini mesti dinyahkan.

PRU dah dekat....

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 11:58 AM   0 comments
Tuesday, February 20, 2007
Anjal tetapi Tetap
Masih jelas di ingatan Awan, ketika masih di sekolah menengah, senior-senior sering memberi tazkirah di masjid selepas solat Maghrib sementara menunggu waktu Isya'. Naqib Awan juga sering mengingatkan dalam usrah:

Salah satu dari ciri-ciri Islam ialah: Thabat wa Murunah. Fleksibel. Tetap tetapi anjal. Ia adalah fleksibel dan anjal dari sudut pelaksanaan, tetapi tetap dari sudut prinsip

Masih ingat
Ruqqaya Al Ghasara, pelari pecut wanita dari Bahrain yang menjuarai lari pecut di Sukan Asia di Doha tahun lepas?

“Menutup aurat tidak boleh dijadikan penghalang kepada wanita Islam aktif dalam bersukan kerana ia sedikit pun tidak menganggu seseorang maju dalam sukan”

(petikan ucapan Ruqqaya ketika dijemput oleh Kerajaan Negeri Kelantan ke Nisa' Games 2007.)

Sebagai sebuah kerajaan yang berlandaskan Islam yang mamahami prinsip-prinsip Islam, maka ini adalah antara bukti komitmen Kerajaan Negeri Kelantan:

1. Kelantan cipta pakaian khas untuk atlet wanita

2. Nisa' Games 2007 di Kelantan

Nah! Awan ingin mengetengah beberapa mesej dari isu ini:

1. Kerajaan Kelantan telah membuktikan komitmen mereka dalam memartabatkan maruah kaum wanita. Mencari dan membuka peluang agar wanita dapat melakukan aktiviti kesukanan tetapi pada masa yang sama menjaga maruah dan martabat mereka dengan memelihara hukum-hukum Islam yang qat'i dalam bab melindungi aurat.

2. Ini sabagai tempelak kepada puak Islam Liberal (baca: Sister In Islam, JIL, Artikel 11 dll). Siapa kata hukum Islam membawa kemunduran? Siapa kata Islam menyusahkan? Siapa kata Islam tidak memelihara martabat wanita? Islam sesuai untuk dulu, kini dan selamanya dan Islam sesuai untuk sesiapa sahaja melangkaui sempadan kaum, negeri, bangsa dan negara.

3. Siapa yang lebih komited dalam memartabatkan maruah kaum wanita? Cuba bandingkan dengan so-called kerajaan Negara Islam yang membiarkan wanita dimanipulasi sepenuhnya oleh media demi keuntungan material tanpa sebarang tindakan. Adakah so-called kebebasan ini yang diinginkan, hingga wanita digadai maruah dan menjual tubuh mereka demi wang? What the hell of dignity are you talking about?!

4. Ini juga tanda keupayaan Kerajaan Kelantan dalam membawa kaedah alternatif dalam bidang-bidang yang memerlukan. Pastinya masih kita ingat Konsert Tautan Kasih yang dianjurkan oleh Kerajaan Kelantan suatu ketika dahulu. Sebagai kerajaan yang menggunakan politik untuk kepentingan dakwah, maka ini adalah contoh alternatif bagi menyelesaikan konflik sosial sekarang.

(Konsert Tautan Kasih di You Tube: http://www.youtube.com/watch?v=dxFA-znugrE)

5. Ini salah satu ciri model waiting government yang kita tunggu-tunggu. Rakyat telah bosan dengan kebobrokan sistem sosial yang sedia ada. Kami perlukan model baru untuk menggantikan sistem lama yang serba-amat-terlalu bermasalah.

6. Di mana media dan puak-puak berkenaan yang lantang mengkritik Kerajaan Kelantan tatkala mereka memperkenalkan hukuman denda kepada individu yang didapati berpakaian menjolok mata suatu ketika dahulu? Mereke bercakap tentang kebebasan, tentang maruah dan martabat wanita. Di mana kamu bila mana Kerajaan Kelantan membuktikan komitmen untuk membela kaum wanita? Tapi, apa kamu dah buat? Sekali lagi, maruah, martabat apa yang kamu perkatakan?

It is better to light a candle than to curse the darkness.

Tahniah untuk Kerajaan Negeri Kelantan. Ini bukan hanya lilin, tapi fajar yang menyinsing yang bakal menerangi kegelapan jahiliyyah Malaysia.

Tahun ni Awan dah boleh mengundi. Yahoo!!!

PRK ke-12. Aku tunggu kau!!!

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 11:46 AM   0 comments
Monday, February 19, 2007
Kehidupan = Ekosistem
Life is just like an ecosystem

Apa ada pada ekosistem?

Ekosistem dikawal oleh sistem yang amat teratur. Ianya adalah diluar kawalan manusia. Sistem kitaran air dan hujan, tiupan angin, suhu, aturan musim dan sebagainya. Di dalamnya terkandung anggota-anggota yang saling bergantungan antara satu sama lain. Jika terjadi sebarang masalah, mereka adalah salah satu dari dua:

1. Punca kepada masalah sistem
2. Mangsa kepada masalah sistem

Faktor yang paling menyebabkan apa sahaja masalah kepada ekosistem adalah MANUSIA. Dan MANUSIA jugalah yang menjadi mangsa kepada sistem yang bermasalah itu.


Jika salah satu dari elemennya terganggu dan terjejas, maka elemen lain juga akan turut terganggu dan terjejas. Apatah lagi jika elemen yang terganggu itu adalah elemen major. Elemen yang mempengaruhi banyak elemen lain. Suhu umpamanya. Ekosistem dan iklim bumi banyak bergantung pada perubahan suhu. Tiupan angin, taburan hujan, empat musim, ombak dan sebagainya. Dek kerana ketidakstabilan, kekacauan, ketergangguan dan keterjejasan kenormalan suhu dunia, maka iklim dunia sudah tidak stabil.

Lain pula halnya jika elemen minor sahaja yang terganggu. Ia tidak terlalu menjejaskan elemen lain. Bahkan, ia akan dibaikpulih secara semulajadi (dengan izin TUHAN) melalui mekanisme yang unik.

Namun, ekosistem telah dimusnahkan oleh manusia.

Apa ada pada kehidupan?

Kehidupan kita juga dikawal oleh sistem. Sistem ekonomi, pendidikan, politik, sosial, ketenteraan dan lain-lain. Sistem-sistem ini dan emelen-elemen di dalamnya saling bergantungan antara satu sama lain. Andai timbul sebarang masalah, maka elemen dan sistem lain juga akan terjejas.

Dalam apa jua isu, elemen dan sistem di dalamnya akan jadi salah satu dari dua:

1. Punca masalah
2. Mangsa kepada masalah

Faktor yang paling menyebabkan apa sahaja masalah kepada ekosistem adalah MANUSIA. Dan MANUSIA jugalah yang menjadi mangsa kepada sistem yang bermasalah itu.

Jenayah sosial muncul satu demi satu. Rompak, ragut, bohsia, mat rempit, pecah rumah, zina, rogol, haruan makan anak, buang anak, bla bla bla.... tak habis untuk disenaraikan. Seringkali mereka dilabel sebagai masalah. Tapi benarkah masalah itu timbul dengan sendiri? Atau ada sebab dan punca lain yang mengakibatkan timbulnya masalah itu?

Sebenarnya mereka adalah mangsa kepada sistem yang lebih besar. Mereka hidup dalam suasana yang membawa mereka ke arah itu. Sistem pendidikan yang celaru. Sistem ekonomi kapitalis yang menindas. Sistem politik yang bobrok. Dasar pembangunan fizikal yang tidak seimbang dengan pembangunan insaniah (kemanusiaan). Semuanya bermasalah.

Kenapa ini terjadi? Kerana manusia yang mencorak sistem itu bukan orang yang tahu membangunkan manusia. Nabi Muhammad pernah bersabda:

"Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran"

Maka kini, terserlah kebenaran kata-kata ini. Apabila manusia yang mengawal sistem itu tidak tahu mencorak mengikut sistem yang betul, maka rosaklah sistem yang lain. Manusia juga menjadi mangsa. Kerana itu, timbul masalah-masalah yang sebenarnya berpunca dari sistem yang bermasalah

Apa penyelesaiannya?

"It is better to light a candle than to curse the darkness"

Tidak ada guna menyalahkan pihak yang menjadi mangsa. Pelbagai lagi pihak akan menjadi mangsa jika masalah sebenar tidak ditangani.

Bagaimana? Back to Islam!

Manusia diciptakan oleh TUHAN. Dan hanya TUHAN yang tahu sistem yang terbaik untuk manusia. Umpama mesin basuh dari Syarikat X. Hanya manual mesin basuh dari Syarikat X itu sesuai untuk digunakan. Manusia umpama mesin basuh yang dicipta oleh TUHAN. Dan TUHAN telah menurunkan manual yang lengkap untuk mengguna dan menguruskan manusia, iaitu - AL-QURAN dan AS-SUNNAH.

Orang yang mengawal sistem perlu diberi kepada yang memahami sistem yang betul dan sesuai. Selagi pihak yang mengawal sistem adalah yang tidak memahami Al-Quran dan As-Sunnah, maka selagi itu masalah tidak akan selesai.

Maka, serahkanlah urusan itu kepada ahlinya!

Teruskan mengundi UMNO/BN kerana mereka TAK faham apa itu Al-Quran dan As-Sunnah!!! Hahaha


Sila baca: Dulu Bohsia, Sekarang... -pakdi
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 12:51 PM   0 comments
Monday, February 12, 2007

From the producer of "The Independence Day":

Fate make them meet
War make them brother
Courage make them
LEGEND

-FLYBOYS
-


Untuk rakan-rakanku, takdir TUHAN telah mempertemukan kita. Perjuangan menjadikan kita saudara. Terima kasih kerana sudi menerimaku sebagi teman. Kita kini menyusuri jejak perjuangan pejuang-pejuang yang lalu. Keberanian telah menjadikan mereka sebagai LAGENDA.

Ayuh rakan-rakanku! Kita corak sejarah kita sendiri. Be brave!

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 4:11 PM   0 comments


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates