Friday, July 13, 2007
Mesra Cepat Betul
MESRA CEPAT BETUL

1. Mesra

Ketua Polis Negara dikatakan terbabit menerima suapan sebanyak RM2.1 juta bagi melepaskan sekumpulan gengster.

Owh... mesranya...sampai dengan gengster pun nak mesra-mesra

2. Cepat

10 bulan petugas stor tak catat rekod keluar masuk senjata, peluru dan kelopak

Owh... nak cepat sampai tak payah rekod mana pergi peluru dan bomnya.

3. Betul

Koperal Sirul Azhar Umar membuat pengakuan secara 'tidak sukarela' terbabit dalam pembunuhan Altantuya kepada Asisten Komisioner Mastor Mohd Ariff

Owh... 'betul'nya. Suruh bunuh... bunuh. Suruh mengaku... mengaku.

.

.

.

Rakyat Malaysia memang beruntung dijaga oleh Polis Diraja Malaysia yang menunaikan motto mereka!
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 5:19 PM   7 comments
Monday, July 09, 2007
We must be there
Sekali lagi artikel Ustaz Hasrizal mengesankan saya.

Sila baca: Apa Rasanya Disalah Erti?

Saya ingin memetik kata-kata Miss Karen dalam artikel tersebut, apabila baliau ditempelak oleh seorang Muslim - Kenapa seorang bukan Muslim patut bercakap tentang Islam?

Dengan tenang Miss Karen manjawab:

ā€Iā€™m doing this because you are not here!ā€

Dusyumm!!! Seperti satu penumbuk hinggap di muka. Mujurlah Miss Karen ini berdiri atas prinsip kebenaran, bukan seperti golongan orientalis. (Semoga ALLAH memberi hidayah kepada beliau).

Persoalannya, di mana Muslim untuk menerangkan Islam kepada dunia? Usahkan dunia, di Malaysia ini pun payah!

Saya bukanlah seorang yang suka menyalahkan orang lain. Tapi dalam isu ini, saya ada pandangan sendiri.

Di Malaysia, krisis kefahaman tentang Islam dah sampai ke tahap kronik lagi mengkronikkan. Dari sistem pendidikan hinggalah ke perundangan, tiada satu pun yang boleh membanggakan dalam membina kefahaman dan penghaytan Islam yang sebenar.

Islam Hadhari? Apa YAB Pak Lah dan kabinet beliau dah buat atas nama Islam Hadhari? Perkampungan Hadhari? Masjid Hadhari? Seminar Hadhari? Huh. Karnival Jom Heboh dan konsert-konsert lain terus berleluasa. Ah! Malas nak komen banyak. 10 prinsip yang dicanang itu pulak telah berjaya membazirkan wang rakyat dari sudut promosi dan kempen kosong. Tindakan dan kesannya? Hampeh!

Ulama' di Malaysia

Siapa orang yang paling layak bercakap tentang Islam? Tentulah yang yang memiliki ilmu dan ikhlas dalam menyampaikannya. Dalam kata lain: ULAMA'.

Tapi cuba tengok di mana kedudukan Ulama' di Malaysia?

Ulama' kena gam. (merujuk kepada ulama'-ulama' berkaliber tidak dibenar muncul di kaca TV kerana sentimen politik)

Pandangan ulama' tidak dipeduli, bahkan dipersoal dan di sanggah oleh mereka yang bukan tau sangat dalam bidang agama. (merujuk kepada Dato Harussani dalam isu Karnival Jom Heboh).

Pandangan artis lebih dipromosi dari pandangan Ulama'. (merujuk kepada komen2 artis terhadap jom Jom Heboh)

.

.

.

Sejak dari sekolah lagi hinggalah ke universiti, saya sering di ajar supaya menyampaikan Islam. Walau cuma sepotong ayat. Atau juga disebut sebagai dakwah. Tapi saya sedar, sampai sekarang apa sangat mampu saya buat untuk umat. Ruang yang terhad. Upaya yang tidak banyak. Kebolehan yang tidak seberapa. Ilmu yang secebis. Until now, there is not even a single legacy I've done for ummah. Owh...

Namun saya tahu, ini bukan alasan untuk berhenti. Juga bukan untuk anda. Selagi mampu bernafas, selagi mampu bernyawa, selagi itu kita perlu bekerja. Bekerja - membina diri sendiri, membina rakan-rakan, membina adik-adik - sehingga tiba suatu masa, kita semua mampu berada "di sana" untuk menerangkan tentang Islam kepada semua.

Kata-kata Almarhum Ustaz Fadzil Noor sering menjadi azimat buat saya:

"Jangan biarkan sehari berlalu tanpa bekerja untuk kemenangan Islam"

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 11:51 AM   2 comments
Apa kelainan pada iklan-iklan ini?
Cuba perhatikan iklan-iklan di bawah ini. Iklan-iklan ini cuma boleh didapati di satu tempat di Malaysia ni.

Soalan cepumas untuk pembaca:

1. Apa kelainan yang anda dapati dalam iklan-iklan dibawah?
2. Kenapa boleh jadi begini?


Penerangan gambar: Iklan CELCOM dengan gambar Maya Karin
Sumber: http://maximpak.blogspot.com



Penerangan gambar: Iklan HOTLINK/ MAXIS
Sumber: http://maximpak.blogspot.com



Penerangan: Iklan SUNSILK dengan beberapa model.
Sumber: DPPWP



Penerangan: Iklan CELCOM lagi.
Sumber: DPPWP



Penerangan: Iklan AM ASSURANCE
Sumber: DPPWP


Jawapan penganjur akan disiarkan dalam entri akan datang. Jangan lupa datang lagi.

Jawapan-jawapan pilihan dari pembaca juga akan disiarkan dalam entri akan datang. Jawapan terbaik akan menerima hadiah misteri dari penganjur.

Taipkan jawapan anda di ruangan komen yang disediakan. Terima kasih

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 11:19 AM   6 comments


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates