Friday, September 28, 2007
Withstand!
(Entri ini dalam edisi Bahasa Melayu pernah diterbitkan pada 11 Ogos 2006, diulangsiar bersempena dengan Pilihanraya Kampus 2007)

[In front of class, a lecturer - Mdm Z (not a real name) - is teaching]

Subject : Introduction to Microbiology

Topic : Bacteria

Characteristics : Some of them can withstand in extreme environment; dry location, powerful activity of digestive enzyme, intense acid of volcanic acid, extreme high and cold temperature….


[In the same class, a student – Awan (not a real name) – is copying the notes]

Subject : Introduction to Campus Life

Topic : Student (Mahasiswa)

Characteristic : Some of them can withstand in extreme circumstances; pressure of AUKU, powerful of university’s administration, intense activity of government, awful aspiration group, extreme and draconian acts….

Additional note: University students must learn from bacteria. In any circumstances, any challenge, any pressure and any tribulation, students must keep on fighting. Withstand!

Moral value: Pay attention when you're in class!
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 11:47 AM   0 comments
Asmaa Abdol-Riyad Hamid - Suara wanita dan orang muda
(Makluman: Entri ini pernah disiarkan dalam blog ini pada 27 Mei 2007. Ia diulangsiar kali ini bersempena dengan Pilihanraya Kampus 2007)

"Wearing a headscarf does not mean that I’m oppressed or deprived. The values on which I live my life are Islamic and not Arab. It is important to make a distinction between religion and culture."

Itu antara pendirian Asmaa Abdol-Hamid, wanita muslimah yang dicalonkan akan bertanding untuk parlimen Denmark - negara yang pernah mencetuskan kontroversi karikatur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW - atas tiket Red-Green Alliances, sebuah parti berhaluan kiri di Denmark.

Dalam usia semuda 25 tahun, Asmaa telah mencetuskan polemik baru dalam arena politik Denmark khasnya dan dunia amnya apabila beliau menegaskan akan terus memakai tudung sekiranya terpilih ke parlimen. Sekiranya terpilih, beliau juga merupakan wanita muslimah pertama yang akan menduduki kerusi parlimen di Denmark.

Anda boleh melihat isu ini dari pelbagai sudut; politik, prinsip Islam dalam ruang demokrasi, muslimah dan pemerintahan, muslim dalam negara kafir dan sebagainya.

Tapi bagi saya, cukuplah saya mengagumi beliau sebagai seorang anak muda yang berprinsip dan berani atas prinsip yang dipegangnya. Beliau seorang muslimah dan tidak gentar tampil dengan imej muslimah walaupun hidup dalam suasana sekular dan ditekan oleh pelbagai pihak.

Walaupun saya tidak mengenali beliau secara mendalam, saya cukup 'jeles' dengan beliau kerana dalam usia baru menjangkau 25 tahun, bahkan beliau adalah seorang wanita, Asmaa telah sampai ke tahap yang begitu sukar dicapai oleh anak muda seusia beliau sekarang.

Satu tamparan untuk anak muda Malaysia - khususnya para mahasiswa - mampukah kita tampilkan seorang ikon sehebat Asmaa. Usahkan seorang wanita, seorang pemuda pun susah! Tapi pastinya ia bukan sesuatu yang mustahil.

Dalam kecelaruan dunia anak muda dan kejatuhan gah kemahasiswaan, semoga anak muda Malaysia boleh mengambil inspirasi dari kehebatan Asmaa. Ayuh kita kembali bangkit, tampilkan model baru anak muda Malaysia yang boleh kita tonjolkan untuk tatapan dunia pula nanti.

Kita menanti... siapakah orang itu?

Maklumat ringkas tentang Asmaa Abdol-Hamid:
  • Anak sulung dari 6 adik beradik

  • Ibubapanya orang Palestin, tetapi berpindah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 1970

  • Bapanya pernah ditangkap, dipenjara dan diseksa oleh pihak perisikan UAE

  • Keluarganya mendapat suaka politik (political asylum) di Denmark

  • Mendapat ijazah dalam kerja-kerja sosial dari Copenhagen College of Social Work. Sekarang sedangmeneruskan pengajian untuk Master.

  • Semasa pengajian, menyertai Social Democratic Youth of Denmark, memperjuangkan anti-diskriminasi

  • Pada 2005, beliau dilantik sebagai ahli Odense City Council (Majlis Bandaran Odense)

  • Mendapat perhatian media apabila enggan berjabat tangan dengan lelaki tetapi dengan meletakkan tangan di dada ketika ber'salaman'

  • Menjadi jurucakap dan koordinator kepada 11 organisasi Muslim ketika memprotes penerbitan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW oleh Jylland-Posten

  • Menjadi hos program tujuh siri “Adam and Asmaa” di stesen TV awam, DR2 tahun lalu.

  • Ahli parlimen Danish People's Party Aase Madsen mengecam DR2 membenarkan Asmaa menggunakan saluran itu mempengaruhi penonton mengenai “apa yang baik dalam Islam.”

  • DR2 pertahankan keputusannya memilih Asmaa sebagai hos kerana beliau layak.


Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 11:45 AM   4 comments
Big Ideas
(Makluman: Entri ini pernah disiarkan dalam blog ini pada 20 Mei 2007. Ia diulangsiar kali ini bersempena dengan Pilihanraya Kampus 2007)

25 BIG IDEAS: The SCIENCE that's CHANGING our WORLD, buku yang disusun oleh Robert Matthews terbitan Oneworld Publication mengetengahkan 25 idea-idea dan teori-teori besar dalam bidang sains yang telah merubah cara berfikir, persepsi dan paradigma seluruh dunia!

Dari 'Big Bang Theory' hinggalah 'Theory of Everything', buku ini benar-benar menggambarkan kehebatan saintis dalam menghuraikan misteri alam ini secara saintifik.

Idea yang mengubah sejarah

Prof Abdullah Al-Ahsan, pensyarah di UIAM ketika diajukan soalan, kenapa idea dari seseorang yang diterjemahkan kedalam sebuah buku mampu mengubah dunia. Maka beliau:

Buku yang hebat, dibaca oleh pembaca yang hebat?"

Mengeluarkan idea itu satu hal. Menyebarkan idea pula hal yang lain. Idea yang hebat tetapi jika tidak disampaikan kepada orang yang betul melalui cara yang betul, maka ia akan menjadi sia-sia, tidak dihargai dan tidak menghasilkan apa-apa.

Idea Sains untuk orang sains?

Dalam buku 25 BIG IDEAS, penemuan-penemuan sains yang dibongkar amat signifikan dengan kehidupan. Jika ditambah dengan sentuhan Aqidah, maka ia akan menggambarkan betapa agungnya TUHAN yang menciptakan alam ini. Perasaan 'kagum' dan 'takjub' ini tidak dapat digambarkan dengan luahan kata. Ia adalah sejenis 'perasaan' yang mengalir dalan urat darah, yang dicetuskan oleh kesedaran otak, (Teori 'Kesedaran' - Conciousness Theory - juga salah satu dari subjek BIG IDEA dalam buku ini) merangsang segala organ dan anggota tubuh untuk turut merasa 'perasaan' itu.

Penangan dari idea sains ini amat hebat. Masih terngiang-ngiang di telinga Awan, Cikgu Kamal Bahri, Guru Biologi ketika Awan di sekolah menengah pernah berkata: "Orang yang belajar Biologi boleh jadi lebih beriman dari orang yang belajar agama (secara fasafah)". Jika difikirkan kembali, ada benarnya kata-kata itu.

Sayangnya, idea-idea ini hanya diketahui oleh mereka yang belajar sains. Itupun bukan semua. Alangkah baiknya jika idea ini mampu disebarluaskan agar perbincangan tentang Islam ini menjadi lebih dinamik dan menarik lebih ramai orang untuk mendekati dan merasai kehebatan Islam

Keghairahan berfikir

Awan amat tertarik terhadap Fathi Aris Omar dalam artikelnya: Usrah membodohkan ahli? (sila ambil perhatian kewujudan tanda soal di situ). Ustaz Hasrizal juga turut mengulas artikel ini dalam entri beliau:Menghambarkan sebuah kehebatan. Dalam artikel beliau, Fathi Aris Omar memetik tulisan John Stuart Mill dalam buku On Liberty:

“[As] a thinker it is his great duty his first duty to follow his intellect to whatever conclusions it may lead. Truth gains more even by errors of one who, with due study and preparation, thinks for himself, than by the true opinions of those who only hold them because they do not suffer themselves to think.”

Sesiapa pun berhak membuahkan idea yang hebat. Sayangnya disebabkan pelbagai faktor, masyarakat kita menjadi golongan yang malas berfikir. Prof Syed Husein Al-Attas menyatakan: “Masyarakat tanpa kaum intelektual yang berkesan [dan juga malas] tidak mampu merumuskan masalah,” (Kata-kata ini juga dipetik dari artikel Fathi Aris Omar).

Mungkin ini antara faktor kita miskin idea, tidak produktif, lembap, 'bentat sembab', lesu, tidak responsif, tidak berdaya saing, tidak itu dan tidak ini...

Mahasiswa dan budaya berfikir

Mahasiswa sepatutnya adalah golongan yang hebat. Mereka sepatutnya hidup dalam budaya berfikir dan intelek. Mereka sepatutnya mampu membutirkan gagasan-gagasan baru sebagai alternatif untuk membaikpulih masalah-masalah masyarakat. Mahasiswa sepatutnya dapat mempengaruhi corak sosial negara.

Tetapi yang sepatutnya berlaku itu tidak berlaku. Hidup mereka hanyalah mendengar suapan pensyarah dalam kelas, balik ke bilik, main game dan bersembang, petang turun bermain, hujung minggu keluar makan angin. Seperti robot yang diprogramkan, maka kehidupan mereka hanya di lingkungan itu. Mahasiswa Malaysia lebih lesu dari lembu yang dicucuk hidung. Lembu pun kadang-kadang tahu melawan.

Kita bukannya mahu melihat mahasiswa yang memberontak, ganas dan anti-kerajaan (anarchism). Kita bukannya mahukan mahasiswa yang suka berpiket disana-sini. Tetapi kita inginkan mahasiswa yang ada sensitiviti dan daya responsif yang tinggi. Mahasiwa yang berperanan untuk masyarakat. Masyrakat pula terasa dan terkesan dengan kewujudan mahasiswa. Teringat pula slogan "Dari kampus ke lapangan ummat". Slogan yang baik, tetapi sejauh mana pula realitinya?

Mahasiswa semakin malas berfikir...

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 11:41 AM   0 comments
To LEARN or to EARN?
(Makluman: Entri ini pernah disiarkan dalam blog ini pada 8 Mei 2007. Ia diulangsiar kali ini bersempena dengan Pilihanraya Kampus 2007)

Pagi tadi, (Selasa, 8 Mei 2007) aku sempat menonton Malaysia Hari Ini. Tetamu jemputan adalah Dr Shukri Abdullah, seorang motivator terkenal yang membicarakan tentang motivasi untuk memulakan keusahawanan. Beliau telah mengungkapkan sesuatu yang cukup menarik minat aku:

"To learn in more important that to earn"

Hari ini adalah hari ketiga aku memulakan karier (cheewah) sebagai seorang pekerja part-time di sebuah firma guaman tempatan. Apa kerjanya? Tiada spesifik tugas. Semua kerja telah kubuat dalam 3 hari ini.
Key-in data, bayar bil, hantar surat, stamping, menyelongkar timbunan fail, jawab telefon, fotostat, semak data. Mungkin tak lama lagi aku akan ganti bos aku untuk uruskan kes-kes pulak. Haha. Gajinya? Aku pun tak tahu. Apabila ditawarkan untuk bekerja, aku terus menerima dan melapor diri tanpa banyak soal. Ketika Awan menerima tawaran itu, tujuan yang ada dalam kepala aku hanya satu: BELAJAR. (di samping mengisi masa cuti. Hehe)

Ada pepatah mengatakan:

"Pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan"

Aku semakin menyedari hakikat itu. Dalam 3 hari ini, aku telah mengenali lebih ramai orang dengan pelbagai lagi cerita dan kerenah, yang setengahnya langsung tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Di kalangan staff di ofis itu sahaja (yang 90% adalah wanita!), 1001 cerita telah kutahu. Belum dikira sepak terajang 'politik kerja' yang lain.

Benarlah kata orang, kehidupan dan cabaran di kampus hanyalah cebisan kecil dalam kehidupan. Berhadapan dengan 'dunia luar' adalah jauh lebih mencabar. Umpama lautan yang tidak dapat dijangka ombak dan gelombangnya.

Dunia kampus adalah
training ground bagi mahasiswa sebelum tercampak ke 'dunia luar'. Untuk survive dalam 'dunia luar' dan 'politik kerja', mahasiswa perlu jadi individu yang benar-benar kental dan competence. Jangan hanya selesa dalam atmosfera sendiri sahaja.

Jika tidak, mahasiswa akan hanyut dilanda arus 'dunia luar' yang tidak dapat diduga.

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 11:36 AM   0 comments
Biarkan orang muda itu berkata
(Makluman: Entri ini pernah disiarkan dalam blog ini pada 23 Disember 2006. Ia diulangsiar kali ini bersempena dengan Pilihanraya Kampus 2007)

"Dia orang muda... bagi dia bercakap"

Begitulah reaksi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr Abdullah Md Zin apabila diminta penjelasan mengenai pandangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) mengenai isu khalwat.

Baca artikel penuh di: Mufti Perlis "orang muda, bagi dia bercakap"

Inilah sikap yang sepatutnya ada pada seorang pemimpin. Inilah juga sikap yang telah ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar tatkala mereka ditabal menjadi Khalifah.

Orang muda ada pandangannya dan stail yang tersendiri. Kadang-kadang, kalaupun pandangan itu agak bertentangan dengan pandangan 'orang tua', ia mampu membuatkan 'orang tua' memikirkan kembali apa yang patut mereka fikirkan.

Dalam kes Dr MAZA, walaupun pada awalnya ia agak mencetuskan kontroversi, tapi pada akhirnya, satu lagi sistem penguatkuasaan undang-undang di Malaysia telah direnovasi dan diperbaiki. Inilah hasil cakapan 'orang muda'. Jika tidak kerana 'orang muda', entah bila sistem itu akan terus di takuk lama. Status-quo!

Pengajarannya:

Suara 'orang muda' jangan disekat. Tapi ia perlulah dipandu dengan prinsip yang betul kerana ia mungkin memberi natijah yang cukup besar untuk masyarakat. Terima kasih kepada Dr MAZA kerana satu membuka dimensi baru untuk 'orang muda'.

Tapi, bagaimana pula dengan suara golongan 'orang muda' yang bergelar Mahasiswa?

Suara mahasiswa telah lama di sekat. Sejak AUKU dikuakuasakan pada 1971, dan dipinda pada 1975 yang menjadikannya lebih ketat, suara 'orang muda' ini telah dinafikan haknya. Selama lebih 31 tahun, tiada satu pun ruang rasmi untuk 'orang muda' ini menyuarakan pandangan mereka. Kalaupun ada, mereka akan dituduh mengkritik dan melawan kerajaan, pro-pembangkang dan seumpama dengannya.

Hasilnya, setelah 31 tahun, mahasiswa kini jadi lemah dan lesu. Tidak kreatif dan kritis. Ketika negara berhadapan dengan masalah sosial dan pengangguran, mahasiswa pula dituduh tidak berdaya saing.

Siapa sebenarnya yang telah membunuh daya saing mahasiswa?

Malangnya nasib 'orang muda' Malaysia...

Nasihat Awan kepada pihak berkenaan:
Jangan disekat suara orang muda. Tapi, pandulah mereka berasaskan prinsip yang betul.
Biarkan orang muda itu berkata....

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 11:32 AM   0 comments
Tahniah Angkasawan Negara
(Makluman: Entri ini telah disiarkan dalam blog ini pada 5 September 2006, diulangsiar bersempena dengan Pilihanraya Kampus 2007)

Awan mengucapkan tahniah kepada :


1. Dr Sheikh Muszaphar Shukor,
(kiri) Pegawai perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
2. Kapten Dr Faiz Khaleed, (kanan) doktor gigi Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

kerana terpilih sebagai calon akhir Angkasawan Negara.

Sebagai rakyat Malaysia, Awan tumpang bangga. Sekurang-kurangnya, kedua-dua yang terpilih adalah Muslim. Orang Islam telah membuktikan, kita mampu bersaing hingga ke tahap angkasa!

Kata-kata pepatah ada menyebut:

"Pengalaman adalah guru yang terbaik. Dan adalah lebih baik jika belajar dari pengalaman orang lain"

Dilaporkan, 10000 orang yang mengikuti temuduga untukmenjadi calon angkasawan. Tetapi, mengapa hanya mereka berdua yang terpilih? Bagi Awan, ada 3 sebab utama:

1. Matlamat : Mereka meletakkan metlamat yang jelas - ingin menjadi angkasawan - dan kini mereka telah mencapainya.

2. Kualiti : Mereka memiliki kualiti diri yang melayakkan mereka menjadi yang terbaik di kalangan yang terpilih.

3. Usaha : Kualiti bukan anugerah percuma. Ia perlukan usaha yang luar biasa untuk mencapainya. Berbekalkan matlamat sebagai sumber inspirasi, mereka terus berusaha meraih kualiti diri selayaknya, to be the best among the best!

Tahniah!

Masalah Fiqh : Camana agaknyer nak solat masa kat angkasa nanti ek?
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 11:30 AM   0 comments
Pendidikan
(Makluman: Entri ini telah disiarkan dalam blog ini pada 5 September 2006, diulangsiar bersempena dengan Pilihanraya Kampus 2007)

Dalam Bajet 2007 yang dibentangkan, Kerajaan telah memansuhkan yuran peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Awan menyokong penuh tindakan kerajaan dalam hal ini. Inilah salah satu kesenangan yang wajar dikecapi oleh rakyat hasil dari kemakmuran ekonomi negara, seperti juga lain-lain khazanah negara seperti minyak dan elektrik.

Namun ini bukan noktah dalam isu pendidikan. Sistem sedia ada dilihat gagal melahirkan produk yang berkualiti. Jenayah-jenayah yang melibatkan pelajar juga semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Ini tidak selaras dengan tuntutan pendekatan Islam Hadhari dan RMK-9 yang menumpukan kepada pembentukan modal insan yang berkualiti.

Justeru, Awan ingin melontarkan beberapa pandangan dan saranan :

1. Rakyat berhak merasai segala kemudahan dan khazanah dalam negara seperti hak untuk mendapat pendidikan yang sempurna dan merasai keuntungan hasil minyak.
2. Isu ini tidak dijadikan diversion daripada isu minyak. Rakyat masih belum lupa bahawa kami teraniaya lantaran kenaikan harga minyak.
3. Sistem pendidikan sedia ada perlu di review dan di ubah agar memenuhi tuntutan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.
4. Pandangan pelbagai pihak perlu diambil kira, termasuk golongan mahasiswa yang telah merasai sendiri ‘kerosakan’ sistem pendidikan sekarang
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 11:26 AM   0 comments
Withstand!
(Entri ini pernah diterbitkan pada 11 Ogos 2006, diulangsiar bersempena dengan Pilihanraya Kampus 2007)

[Di hadapan kelas, pensyarah - Mdm Z (bukan nama sebenar) - sedang mengajar]

Subject : Introduction to Microbiology

Topic : Bacteria

Characteristics : Some of them can withstand in extreme environment; dry location, powerful activity of digestive enzyme, intense acid of volcanic acid, extreme high and cold temperature….

[Dalam kelas yang sama, pelajar – Awan (bukan nama sebenar) – sedang menyalin nota]

Subject : Introduction to Microbiology

Topic : Student (Mahasiswa)

Characteristic : Some of them can withstand in extreme circumstances; pressure of AUKU, powerful of university’s administration, intense activity of government, awful aspiration group, extreme and unacceptable act….

Nota tambahan: Mahasiswa perlu belajar dari bakteria. Walau apa jua tekanan dan dugaan, mahasiswa mesti terus berjuang. Withstand!

Moral : Tumpukan perhatian kepada pelajaran semasa berada dalam kelas!
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 11:17 AM   0 comments
Friday, September 14, 2007
Selamat datang Ramadhan yang kurindui

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 2:59 PM   2 comments
Sunday, September 09, 2007
Bajet 2008
Bajet 2008 selamat dibentangkan tanpa sebarang rusuhan.

Dato' Najib kata: "Bukan bajet pilihanraya"

Dr Syed Husin Ali kata: "Mungkin benar, kerana yang sebenarnya belanjawan ini adalah bajet membeli undi pilihanraya"

Ahmad Lutfi Othman kata: "Satu lagi feel good factor untuk kerajaan"

TG Abdul Hadi Awang kata: "Bajet gula-gula"

Awan kata:

1. Pelaksanaan!

Membentang bajet cukup cun. Tapi apabila tiba waktu pelaksanaan, dari:

- RM8b bangunkan Sabah & Sarawak, berapa sen saja yang akan sampai kepada rakyat?

- RM6b untuk atasi jenayah, berapa sen duit tu betul-betul akan diguna. Berapa kadar jenayah akan berkurang?

Rakyat sudah serik dengan projek juta-juta, bilion-bilion. Tetapi manfaat yang mereka rasa jauh lebih sedikit berbanding keperitan membayar kenaikan minyak 30 sen dan kenaikan harga barang.

2. Kenaikan biasiswa untuk mahasiswa

Saya salah seorang dari mahasiswa yang akan menikmati kebaikan itu. Terima kasih. Tapi ini bukan 'gula-gula' untuk undi saya nanti.

Kerajaan akan menaikkan jumlah penerima biasiswa dari 5,000-10,000. Soalnya, mengapa hanya untuk 10,000 mahasiswa dari seluruh IPT tempatan? Mengapa tidak 20,000? 50,000? Semua mahasiswa? Mengapa tidak hapuskan sahaja sistem pinjaman PTPTN yang nyata membebankan mahasiswa/ graduan nanti?

Bagi saya, daripada kerajaan menaikkan jumlah biasiswa dari 23%-84% (jumlah yang amat besar bagi saya), lebih baik kerajaan menawarkan dan membuka lebih banyak peluang kepada lebih ramai mahasiswa untuk menikmati biasiswa. Barulah kekayaan negara dirasai oleh lebih ramai rakyat.

Walaupun saya gembira dengan kenaikan ini, tetapi hati saya bersimpati dengan rakan-rakan lain yang menerima pinjaman PTPTN. Sudahlah tak ada kenaikan. Kalau ada kenaikan pun, seksa pula untuk membayar apabila grad nanti.

Wahai MPP-MPP universiti sekalian. Bertindaklah demi kepentingan mahasiswa. Jangan dok sibuk anjur konsert dan hiburan saja sana-sini.

3. Pembinaan modal insan.

Tiada satu pun yang menekankan aspek pembinaan akhlak & moral. Tak percaya? Lihat pembentangan Bajet 2008 oleh PM.

Kerajaan menumpukan kepada memberi bantuan dan latihan-latihan. Namun semua ini LANGSUNG TIDAK BERGUNA jika modal insan yang ingin kita bina tiada akhlak dan morak.

Pemerintah hendaklah ingat kepada pesanNabi SAW:

"Sesungguhnya aku di utus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"

Kerana kejayaan misi inilah, modal insan muslim berjaya dibina dan Islam telah tersebar ke seluruh dunia. Bahkan sejarah mencatatkan Islam pernah memerintah 2/3 dunia!

Sebagai sebuah kerajaan negara Islam (?), kerajaan haruslah meneruskan misi ini dengan menumpukan pembinaan akhlak dan moral dikalangan rakyat.

Tidak ada guna tenaga kerja yang kita ada memiliki segala kemahiran dan mendapat insentif kerajaan, namun mereka mewarisi korupsi yang berlaku dalam masyarakat sekarang. Kerana tiada akhlak dan moral jugalah rasuah terus berleluasa, jenayah kolar putih dan masalah sosial, walaupun dikalanagn golongan korporat dan profesional, bahkan dikalangan pemimpin negara.

Kita tunggu ulasan-ulasan lanjut dari golongan yang lebih pakar...

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 11:01 AM   1 comments
Friday, September 07, 2007
Kebelakangan ni, pihak pembangkang khususnya PAS dan PKR memfokuskan agenda mereka dalam membongkar rasuah dan salah laku pemimpin-pemimpin negara.

Dari sudut memperjuangkan keadilan dan kebenaran, itu adalah sesuatu yang amat perlu diberi perhatian. Tapi dalam politik ni, macam-macam boleh berlaku.

Jadi, dari sudut pandangan politik demokrasi untuk menawan hati rakyat, berkesankah strategi mereka?

Saya termenung seketika apabila membaca tulisan Fathi Aris Omar menulis dalam Ummah Online:
Isu rasuah tidak untungkan pembangkang

Beliau memetik komen Rustam A Sani dalam Star Online:

"Tidak ada kesan. Kalau ada, sedikit sahaja. Perasaan marah masyarakat tidak kuat. Orang ramai anggap rasuah isu biasa. Orang fikir, 'kalau saya ada peluang, saya akan ambil juga'."

1. Demokrasi adalah persoalan nombor

Lebih 1 undi pun dikira menang! Inilah demokrasi. Untuk menang, parti-parti politik perlu menawan hati rakyat agar mengundi mereka. Untuk memenangi hati rakyat, perlu pandai 'touch their hearts'.

Mungkin bagi pembangkang, dengan isu rasuah mereka dapat membangkitkan amarah rakyat agar memandang serong kepada pemimpin UMNO/BN dan sekaligus memberi undi kepada pembangkang. Dapatkah mereka 'touch their heart'?

Berjayakah taktik ini?

Let the vote speaks. Soon.

2. Jenayah yang telah dianggap perkara biasa

Rasuah telah dianggap perkara biasa, dari peringkat tertinggi negara hinggalah ke kelas kasta. Ini adalah petanda betapa kerosakan minda dan moral masyarakat telah sampai ke tahap yang terlalu kronik.

Bukan setakat rasuah, jenayah lain juga telah dipandang 'biasa' oleh masyarakat. Membuka aurat telah dianggap perkara biasa. Meninggalkan solat tidak rasa bersalah. Bangga dengan minum arak. Semakin ramai wanita yang dizinai, semakin tinggi 'darjat'nya disisi rakan-rakan. Murtad? Lantaklah dia...

Ini semua adalah jenayah. JENAYAH BESAR dalam Islam. Tetapi semua jenayah ini telah dipandang sepi oleh masyarakat. Dan mungkin juga oleh pemerintah. Situasi di Malaysia, mengkritik kerajaan adalah jenayah yang lebih besar berbanding murtad.

Dunia semakin terbalik. Dunia semakin hampir dengan kiamat. Apa dah jadi dengan saudara-saudara seIslamku? Apa aku perlu buat?
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 9:28 AM   3 comments
Wednesday, September 05, 2007
Return of the King

I have - and I know you as well - my own view about our 13th Yang di-Pertuan Agong, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. For me, he is extra than ordinary Agong of Malaysia. He has his own quality and integrity. Hail.

But this entry is not about him. It is about previous Agong, the 9th Agong, who now is the Sultan of Perak and about his Crown Prince.
.
.
.

Like father, like son.

Maybe this words are the most appropriate expression (at least for me) when the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah spoke at 46th convocation of UM:

"Since its inception on Jan 1 1962, UM has fulfilled its role in helping to realise nation-building efforts particularly to develop and enrich human capital."

He wants Universiti Malaya (UM) to readjust its role to remain as the "icon of knowledge" and relevant in meeting the nation's needs in the next 50 years.

While his prince, Crown Prince of Perak, Raja Dr Nazrin Shah - the most popular Prince among princes in Malaysia - earlier have give a public lecture to inaugurate the Khazanah National Development Seminar in Kuala Lumpur.

"It is an often overlooked or under-appreciated fact that the monarchy in Malaysia is supposed to play a productive role by being a healthy check and balance in the system of governance."

Prince deliver a speech in a professional seminar? Hm... don't you think this is a new phenomenone in the world of monarchy in Malaysia? And Raja Dr Nazrin Shah in the one - and the only one- who responsible exploding this new culture.

More importantly, this outstanding Crown Prince is trying to educate people about the real role to be a part of monarchy.

"The Federal Constitution mandates the monarchy to be the guardian of the just rule of law, an impartial arbiter in the democratic process and an overseer over the pillars of state."

"Some believe that the rulers are supposed to do so only in a purely ceremonial sense, but I would argue that this contradicts the true spirit, if not the letter, of the Federal Constitution."

Full report on his speech can be read here: Malaysia Today : Right royal role

Monarch to the rescue?

In nowadays havoc environment in university, Sultan Perak comes to remind us back about the real role of universities. In previous entry, I've mentioned one of the sickness of the university today.

Hope by that royal reminder from Sultan Perak, all parties should re-think, re-plan and re-act to return back the universities into their real functions.

What about Raja Dr Nazrin Shah? I just recommend you to read his profile, especially about his education background:

1. B.A. (Hons) degree in Philosophy, Politics and Economics from Oxford University
2. Master in Public Administration from the Kennedy School of Government, Harvard University
3. Ph.D. in Political Economy and Government from Harvard University

Oxford, Harvard and Harvard? Isn't it great enough for a Crown Prince? To quote Kitaro's theme: The thing speaks by itself.
Read also:
1. Return of the King in The Battle for The Middle Earth

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 11:55 AM   1 comments
Ekstrimis 'ter' dan 'paling'
Fenomena berlumba mencipta rekod demi rekod untuk dicatat dalam Malaysia Book of Record semakin hari semakin memualkan saya.

Paling panjang
Paling tinggi
Paling jauh
Paling besar
Paling bla bla bla...

Bukan ianya tidak boleh. Bukan tidak baik. Tapi bila sudah berlebih-lebihan hingga mengabaikan yang lebih utama, inilah yang dikatakan pelampau. Ektrimis. Malaysia telah melahirkan lebih ramai ekstrimis dalam mengejar yang 'paling' dan yang ter...'

Lebih memburukkan, universiti pun dilibatkan sama dalam menyuburkan budaya yang semakin tidak intelek ini.

SERAMAI 50 pelajar Kolej Universiti Teknologi & Pengurusan Malaysia (KUTPM) mencatat rekod dalam Malaysia Book of Record apabila berjaya menamatkan larian selama 50 jam tanpa henti. Larian dari Shah Alam ke Melaka, terus ke Kuala Lumpur dan singgah di Putrajaya mengambil masa tiga hari bermula 11 pagi 25 Ogos lalu.

Majlis Perwakilan Pelajar KUTPM bersama Unit Pembangunan Pelajar mengambil inisiatif menganjurkan program yang menjurus usaha menyedarkan generasi muda mengenai pentingnya memupuk semangat patriotik.

(Berita Harian, Jumaat. Klik untuk berita penuh)

Memupuk semangat patriotik?

Mereka fahamkah apa itu semangat patriotik?

Bolehkah dengan berlari 50 jam tanpa henti memupuk semangat patriotik?

Tolonglah... inikah idea dari sebuah badan kepimpinan tertinggi pelajar di sebuah UNIVERSITI?


Niat dan tujuan mereka memang baik. Itu saya sokong. Tapi cara untuk mencapai matlamat itu yang menampakkan kekeringan idea. Saya sebagai mahasiswa turut berasa malu.

Saya pernah artikel ini : Kehidupan = Ekosistem. Ianya berkaitan tentang perlunya kita mendefinisikan apakah masalah sebenar dalam sesuatu masalah. apakah ianya benar-benar masalah, atau sebenarnya ia adalah mangsa kepada masalah yang sebenar?

Tak apalah, jika mereka mahu meneruskan program larian tersebut. Tapi pastikan anda tidak mengabaikan tugas utama anda untuk menyuburkan budaya intelek dalam universiti. Memupuk semangat patriotik dengan cara yang sebenar. Ada anda buat?

Dalam isu ini, saya tidak tergamak untuk menyalahkan MPP kerana membawa budaya mencipta rekod yang sia-sia dan tidak intelek ke universiti. Mereka juga adalah mangsa kepada masalah yang lebih besar. Mereka mengikut corak yang telah dicorakkan oleh sistem dan budaya yang mereka hidup di dalamnya. Negara kita juga takhenti-henti cuba mencipta rekod dunia yang ntah apa-apa


Antara fenomena terbaru, budaya berlumpa mencipta rekod siapa paling besar dan siapa paling panjang.



Terjun di Antartik?
Merentas benua antartik secara solo?
Berenang merentas selat Inggeris?


Apa erti kejayaan ini dalam membanteras gejala sosial, mengurangkan kadar kemiskinan di Kampung Joh dan menyedarkan remaja tentang kepentingan solat?


Kepada mahasiswa, kita tidak perlu melawan arus semangat berlumba ini. Tapi kita ubah arus fenomena ini kepada perlumbaan yang menggambarkan minda mahasiswa.

Student power!

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 9:56 AM   0 comments


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates