Thursday, June 28, 2007
Kuat dan menjadi LEBIH KUAT
Kisah 1

Masih ingat detik pertama Son Goku bertukar menjadi Super Saiya peringkat pertama (SSJ1)?


Bila?

Son Goku meletup menjadi Super Saiya ketika di Planet Nameck, saat dia melawan penjahat yang kononnya terkuat di alam semesta, Fliza.

Kenapa?

Kerana kawan karibnya sejak kecil, Kurin telah dibunuh dengan kejam oleh Fliza. Atas naluri kasih sayang sesama rakan seperjuangan dan lantaran kecewa dan marah kerana gagal melindungi rakannya dari dibunuh, maka Goku pun meletup!


Kisah 2

Masih ingat detik Son Gohan pula meletup menjadi Super Saiya 2 (SSJ2)?

Bila? Ketika seluruh wira bumi bersatu untuk melawan Cell, cyborg ciptaan Dr Gero yang sebenarnya berasal dari masa depan.

Kenapa? Kerana ketika itu, semua rakan-rakan Gohan, termasuk bapanya, Goku dan gurunya, Pikor hampir dibunuh oleh 'anak-anak' Cell. Atas naluri yang kuat untuk melindungi dan menyelamatkan rakan-rakannya itu, maka Son Gohan pun meletup!


Kisah 3

Seterusnya, masih ingat ketika Goku mula menunjukkan pencapaian sebenarnya menjadi Super Saiya 3 (SSJ3)?

Ketika itu, Goku melawan penjahat-susah-nak-mati, Majin Buu berseorangan. Juga kerana keinginannya untuk menyelamatkan dunia. Tetapi kali ini Goku bukan 'meletup' secara tiba-tiba. Sebaliknya Goku telah mencapai SSJ3 melalui latihan luar biasanya ketika di alam barzakh.

Nota tengah: Unsur tahyul Dragon Ball tidak termasuk dalam subjek perbincangan ini. Anda boleh membincangkan isu ini dari sudut aqidah dalam ruangan komen kalau mahu.

Kisah 4

Dalam drama jepun, Team Medical Dragon, ada suatu babak ketika Dr Ijyuuin berasa sungguh lemah. Lemah kerana merasakan dirinya langsung tidak layak untuk menyertai Team Medical Dragon walaupun telah dipilih oleh Dr Asada. Mujurlah datang Dr Fujiyoshi memberikan semangat kepadanya:

"No one is really strong. But we could be strong for somenone. Although no one is strong but we could become strong for the sake of another person"


Selepas itu, Dr Ijyuuin telah mendapat kekuatan baru dan berusaha gigih untuk memahirkan dirinya dengan kemahiran pembedahan Batista (Batista operation)

Kisah 5

Dalam drama yang sama Team Medical Dragon, ketika Dr Asada Ryutaro (hero) ditanya, apa makna pasukan/ team bagi dirinya? Maka jawab Dr Asada:

"Makna satu pasukan bukan bermakna ahlinya perlu bergantung kepada orang lain. Tetapi setiap ahli dalam pasukan tersebut cuba untuk menjadi lebih kuat demi untuk membantu dan menguatkan ahli dan pasukannya"


au kama qaal... :)

Dari itu, kesemua ahli pasukan akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti diri sendiri dan kekuatan pasukan demi untuk menjayakan misi pasukan tersebut.

.

.

.


Dari kelima-lima kisah di atas, saya ingin berkongsi dengan rakan sekalian bahawa:

1. Kita tidak boleh cepat berpuas hati dengan pencapaian yang telah ada. Potensi manusia amat besar dan di luar jangkaan. Justeru, kita perlu berusaha untuk menjadi kuat dan lebih kuat dan lebih kuat, dari semasa ke semasa.

(Penghargaan: Sila baca artikel Ahmad Fadzli Yusoff - Jauhi Budaya Selesa)

2. Kehadiran rakan-rakan di sisi adalah kunci penting ke arah perkembangan diri. Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan, sahabat adalah cermin kepada diri kita. Dengan mengetahui kelebihan dan kelemahan diri melalui 'cermin' itu, kita mampu untuk memajukan potensi diri ke tahap yang lebih tinggi.

3. Naluri kasih sayang, kesefahaman dan kebersamaan sesama rakan seperjuangan serta keinginan untuk melindungi mereka atas naluri itu akan menjadikan kita sentiasa berusaha untuk menjadi lebih kuat.

4. Tiada kekuatan yang dapat dicapai melainkan dengan keinginan diri yang tinggi dan latihan yang berdisiplin. Walau apapun faktor luaran yang ada, selagi tidak ada SIKAP dan DISIPLIN diri sendiri, segalanya akan jadi tidak berguna.

(yang lain, tambah sendiri... hehe)

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 11:40 PM   13 comments
Satu minggu yang ajaib
Asyraf (Ulum Cordova) menulis: Di sini aku bermula

Hasyrie (Cerminan Tamadun) menulis: Suatu Anugerah

...yang saya pasti, mereka ingin menyampaikan mesej yang sama.


Special tribute for Mr Magneto a.k.a Bro Amin Idris for his entry: Cipta Memori dan Sentiasa Lawatinya

Entri itu memberi kekuatan kepada saya untuk menulis entri ini, iaitu tentang satu minggu yang ajaib. Cukup ajaib dalam hidup saya.

Jika Ahmad Fadzli Yusof menulis tentang Membuat Keputusan, saya pasti bahawa keputusan untuk menghadiri satu minggu yang ajaib itu adalah keputusan yang paling tepat dalam hidup saya.

Jika Ustaz Hasrizal menulis tentang Hari Penuh Makna, saya pasti satu minggu yang ajaib itu adalah satu minggu yang paling bermakna dalam seluruh hidup saya.

Jika Amin Idris menulis tentang Aur dan Tebing, saya pasti satu minggu yang ajaib itulah titik mula aur dan tebing yang sebenar dalam hidup saya.

Jika saya sendiri pernah menulis tentang Kualiti diri, saya pasti satu minggu ajaib itu adalah turning point awal saya untuk terus berusaha membina kualiti diri sendiri dan menggalakkan rakan-rakan saya untuk sama-sama menjadi individu yang lebih berkualiti.

Jika Liverpool membawa motto You'll Never Walk Alone (tribute to pakdi), saya pasti kerana satu minggu yang ajaib itulah saya tidak akan berjalan keseorangan.

You'll never walk alone!

Ia benar-benar satu minggu yang ajaib. Ia bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bermula di situ.

Untuk itu, saya tujukan lagu ini (di olah kembali dari lirik Terima Kasih Guru - Mirwana oleh sahabat saya, Jazli) untuk 'seseorang', kerana disebabkan 'seseorang' inilah yang membolehkan saya dan rakan-rakan dapat ke satu minggu yang ajaib itu.

Terima kasih dari kami...

Dari pengalaman itu, saya ingin berkongsi sesuatu. Kawan-kawan, dalam hidup ini, kita amat perlu untuk:

1. Membuat keputusan yang tepat
2. Tetapkan matlamat
3. Go for it; no matter what, no matter how
4. Dengan hati yang ikhlas
5. Dengan hati yang tabah
6. Dengan pengorbanan
7. Dengan ukhuwwah, bersama teman-teman di sisi

Sesudah itu, walau sesukar mana halangan yang anda hadapi, walau sejauh mana perjalanan yang anda tempuhi, anda pasti akan mengecapi kemanisan yang tidak terhingga di hujungnya nanti.

InsyaALLAH...

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 5:56 PM   0 comments
Wednesday, June 27, 2007
Eric Chia tidak bersalah(?)
Sila ambil perhatian tanda soal dalam kurungan pada tajuk entri ini.

Semua muka depan akhbar perdana hari ini memaparkan berita Eric Chia, 74, bekas Pengarah Urusan Perwaja Rolling Mill and Development Sdn. Bhd dibebaskan dari tuduhan pecah amanah meluluskan pembayaran sebanyak RM76.4 juta ke dalam akaun Frilsham Enterprise Incorporated melalui American Express Bank Ltd. di Hong Kong bagi bantuan teknikal, sedangkan tiada bayaran seperti itu patut dibuat.

Bagi tuduhan pilihan, Chia didakwa melupuskan wang itu dengan menandatangani perjanjian dengan NKK Corporation dan meluluskan bayaran tanpa kelulusan lembaga pengarah atau jawatankuasa tender Perwaja Rolling Mill and Development.

Perlu diingat, Perwaja adalah syarikat milik kerajaan. Kelesapan wang syarikat itu bermakna leasapnya duit rakyat sebanyak RM76.4 juta. Satu jumlah yang amat besar.

Ini menimbulkan tanda tanya, apakah:

1. Eric Chia bersalah, tetapi tidak dapat dibuktikan bersalah
2. Eric Chia benar-benar tidak bersalah

Kalau jawapannya no 1, dek kerana pihak pendakwaraya gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, yang memboleh Chia dibicarakan, maka bagaimana dengan nasib wang rakyat berjumlah RM76.4 juta yang telah lesap itu? Itu wang kami!!

(Nota: Sila baca komen Kitaro untuk isu ini: klik untuk baca)

Kalau jawapannya no 2, siapa pula yang telah melesapkan wang RM76.4 juta itu?

Mungkin hanya Eric Chia yang ada jawapannya....(?)
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 7:38 PM   0 comments
Dakwah "office hour"
Sedih dan geram. Itulah perasaan saya apabila mambaca artikel tulisan Ustaz Hasrizal ini:

'Muslim' Pencemar Islam

”Mana surat Imam? Kalau tak ada surat Imam, tak boleh masuk. Waktu lawatan sudah habis!”

”Masalahnya kamu datang selepas waktu pejabat. Sebab itu tak ada orang nak layan”


(Sila baca dialog di atas dengan nada HERDIK dan MAKI HAMUN)

Itu antara dialog pekerja di salah sebuah masjid yang dirakamkan dalam artikel tersebut. Dialog ini telah menyebabkan 'lawatan sambil belajar' (istilah penulis) oleh peserta Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) ke masjid tersebut tergendala (dan mungkin terbatal terus).

Oh... apakah masjid cuma boleh dilawati ketika waktu lawatan dan waktu pejabat?

Oh... apakah orang Islam sendiri cuma boleh ke masjid ketika waktu solat 5 waktu?
(Sekarang ni biasanya masjid akan dikunci selepas waktu solat. Kononnya untuk mengelakkan kecurian)

Lupakah kita; masjid adalah PUSAT segala pusat ketika zaman Nabi Muhamaad SAW. Jika ada sebarang masalah, maka masjidlah tempat pertama akan dikunjungi oleh orang Islam. Sekarang Masjid cuma menjadi tempat solat dan acara-acara ritual serta lokasi menarik untuk dilawati oleh pelancong, macam zoo pula.

Bukankah ketika mereka mengadakan lawatan, itu adalah peluang untuk kita mengajarkan ajaran Islam kepada mereka? Ramai kawan-kawan saya yang sanggup meredah hutan ke perkampungan orang asli semata-mata untuk menyebarkan dakwah... ini mad'u sudah datang depan mata, dihalau pula.

1. Inilah krisis mentaliti da'i. Racun sekularisme sudah mengasingkan antara mentaliti orang Islam antara dakwah dengan kerjaya. Kerja adalah kerja, dakwah adalah dakwah.

2. Inilah krisis dakwah 'office hour'. Selepas pukul 5.00 petang, mad'u kita sudah tidak perlu dilayan. Orang nak masuk Islam pun, sila datang pukul 8.00 pagi esok untuk isi borang.

Nampaknya slogan Islam is the way of life belum meninggalkan kesan pada sesetengah golongan. Termasuklah orang yang paling dekat dengan masjid - pekerja masjid sendiri!
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 9:15 AM   2 comments
Tuesday, June 26, 2007
Kehilangan [part 2]
Ini adalah sambungan dari entri lepas...

26 Jun 2006

Kemalangan motosikal pada 22 Jun 2002 telah menyebabkan kematian seorang kawan. Dialah sahabat, dialah teman. Kehadirannya cukup dirasai, pemergiannya sungguh ditangisi. Dia pergi disaat kehadirannya masih amat diperlukan.

Hari ini, genap setahun pemergian Arwah. Dalam setahun ini, dirasakan seolah-olah dia tetap hidup di sisi kami. Dalam gelak ketawa bersama, namanya pasti disebut-sebut. Bukan untuk di sedih-sedihkan, tetapi seolah suatu kenangan yang amat dekat.

Semangat. Pengorbanan. Prihatin. Ceria dan menceriakan. Periang dan meriangkan. Contoh yang ditunjukkan dia tiada galang gantinya bagi kami.

Selamat bersemadilah dikau di sana. Jumpa lagi di syurga, insyaALLAH... Mat Yie...





Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 11:30 AM   3 comments
Sunday, June 24, 2007
Kehilangan
Thierry Henry berpindah ke Barcelona

Apa kata penyokong Arsenal?

Kepada penyokong Liverpool, bayangkan Gerrard atau Carragher keluar dari Liverpool.
Kepada penyokong Manchester United, bayangkan jika Rooney dan Ronaldo berpindah ke kelab lain?

Apa perasaan anda?

Orang pernah berkata, David Beckham adalah segala-galanya bagi M.U. Tapi, tanpa Beckham, M.U sekali lagi telah manjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.

Orang pernah berkata, PAS tak akan hidup tanpa Almarhum Yusuf Rawa. Tapi setelah pemergian beliau, bukankah PAS terus kekal hingga hari ini?

Orang pernah berkata,

Insan datang dan pergi. Namun perjuangan kita bukan kerana individu. Hilangnya individu bukan bermakna berakhirnya perjuangan. Tapi asas kita adalah atas dasar prinsip dan kebenaran. Inilah Aqidah dan Perjuangan kita.

Kehilangan akan terus terjadi. Maka di sini saya mengabadikan beberapa detik kehilangan besar dan bererti buat saya dan rakan-rakan.

23 Jun 2002

Pilu. Sebak. Sedih. Kosong. Mungkin itu yang dirasai tatkala menerima khabar pemergian Almarhum Dato' Haji Fadzil Mohd Noor, mantan Presiden PAS. Beliau digelar 'Mujahid Ulung', sesuai dengan sumbangan dan legasi yang beliau tinggalkan untuk PAS. Legasi-legasi itu yang amat bernilai dan akan terus dikenang sebagai detik kegemilangan PAS di Malaysia.

Dia disegani oleh kawan dan lawan. Dia dihormati oleh pemimpin seluruh dunia. Dia adalah ikon kepimpinan dulu, kini dan masa depan.

5 tahun telah berlalu. Kehilangan masih teramat dirasai.

Dia akan terus abadi dalam sejarah...

Lebih 1400 tahun yang lalu...

Tatkala menerima khabar kewafatan insan agung bernama Muhammad bin Abdullah, seluruh alam terus bersedih. Hari yang cerah terasa muram dan hambar. Insan yang dicintai sudah pergi buat selama-lamanya. Tiada kata yang dapat menggambarkan kesedihan dan kepiluan. Maka bangunlah Saidina Abu Bakar menenangkan suasana, membacakan firman ALLAH Azza wa Jalla:

"Dan Muhammad itu hanyalah seorang Rasul; yang sebelumnya telah berlalu beberapa rasul. apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berpaling ke belakang? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak akan merugikan ALLAH sedikit pun. Dan ALLAH memberi balasan kepada orang yang bersyukur" [Surah Ali 'Imran : 144]

22 Jun 2006

Lebih kurang jam 10.00 malam. Sebuah kemalangan berlaku di Pasir Mas, melibatkan 2 buah motosikal...

(ikuti sambungan entri ini pada 26 Jun 2007 nanti)

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 7:41 AM   3 comments
Saturday, June 16, 2007
To the TOP
"Mencapai dan berada di puncak gunung sememangnya suatu kepuasan. Tetapi keseronokan sebenar adalah ketika dalam perjalanan menuju ke puncak"

Anda tidak akan percaya melainkan anda merasainya.

Itu juga sebahagian rahsia dalam berorganisasi. Puncak gunung adalah matlamat. Tetapi perjalanan kearah mencapai matlamat itu adalah lebih penting. Segala keseronokan, ilmu dan kemahiran akan dapat anda rasai ketika melakukan usaha ke arah mencapai matlamat itu.

Andainya usaha anda cuma ala kadar dan tiada kesungguhan, kepuasan yang anda capai juga tidak seberapa. Bahkan, anda sebenarnya tidak dikira telah mencapai 'puncak gunung'. Mungkin anda cuma tiba di First Camp atau Second Camp sebelum tiba ke puncak.

Bezakan antara kepuasan dan keseronokan. Bagi yang pernah mendaki gunung, yang mana lebih menyeronokkan bagi anda? Ketika mendaki atau ketika di puncak?

Bezakan antara keseronokan dan kepuasan. Bagi pemain bola sepak, yang mana lebih memuaskan? Ketika bermain atau setelah memenangi perlawanan?

Anda tidak dapat mencapai kepuasan sebenar jika anda tidak berusaha segigih mungkin ketika dalam proses ke arah mencapai matlamat.

Dalam berorganisasi, amat penting bagi anda untuk berusaha segigih mungkin ke arah mencapai matlamat dan objektif organisasi.

Selamat berusaha!
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 8:37 PM   0 comments


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates