Sunday, May 27, 2007
Asmaa Abdol-Riyad Hamid - Suara wanita dan orang muda
"Wearing a headscarf does not mean that I’m oppressed or deprived. The values on which I live my life are Islamic and not Arab. It is important to make a distinction between religion and culture."

Itu antara pendirian Asmaa Abdol-Hamid, wanita muslimah yang dicalonkan akan bertanding untuk parlimen Denmark - negara yang pernah mencetuskan kontroversi karikatur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW - atas tiket Red-Green Alliances, sebuah parti berhaluan kiri di Denmark.

Dalam usia semuda 25 tahun, Asmaa telah mencetuskan polemik baru dalam arena politik Denmark khasnya dan dunia amnya apabila beliau menegaskan akan terus memakai tudung sekiranya terpilih ke parlimen. Sekiranya terpilih, beliau juga merupakan wanita muslimah pertama yang akan menduduki kerusi parlimen di Denmark.

Anda boleh melihat isu ini dari pelbagai sudut; politik, prinsip Islam dalam ruang demokrasi, muslimah dan pemerintahan, muslim dalam negara kafir dan sebagainya.

Tapi bagi saya, cukuplah saya mengagumi beliau sebagai seorang anak muda yang berprinsip dan berani atas prinsip yang dipegangnya. Beliau seorang muslimah dan tidak gentar tampil dengan imej muslimah walaupun hidup dalam suasana sekular dan ditekan oleh pelbagai pihak.

Walaupun saya tidak mengenali beliau secara mendalam, saya cukup 'jeles' dengan beliau kerana dalam usia baru menjangkau 25 tahun, bahkan beliau adalah seorang wanita, Asmaa telah sampai ke tahap yang begitu sukar dicapai oleh anak muda seusia beliau sekarang.

Satu tamparan untuk anak muda Malaysia - khususnya para mahasiswa - mampukah kita tampilkan seorang ikon sehebat Asmaa. Usahkan seorang wanita, seorang pemuda pun susah! Tapi pastinya ia bukan sesuatu yang mustahil.

Dalam kecelaruan dunia anak muda dan kejatuhan gah kemahasiswaan, semoga anak muda Malaysia boleh mengambil inspirasi dari kehebatan Asmaa. Ayuh kita kembali bangkit, tampilkan model baru anak muda Malaysia yang boleh kita tonjolkan untuk tatapan dunia pula nanti.

Kita menanti... siapakah orang itu?

Maklumat ringkas tentang Asmaa Abdol-Hamid:
  • Anak sulung dari 6 adik beradik

  • Ibubapanya orang Palestin, tetapi berpindah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 1970

  • Bapanya pernah ditangkap, dipenjara dan diseksa oleh pihak perisikan UAE

  • Keluarganya mendapat suaka politik (political asylum) di Denmark

  • Mendapat ijazah dalam kerja-kerja sosial dari Copenhagen College of Social Work. Sekarang sedangmeneruskan pengajian untuk Master.

  • Semasa pengajian, menyertai Social Democratic Youth of Denmark, memperjuangkan anti-diskriminasi

  • Pada 2005, beliau dilantik sebagai ahli Odense City Council (Majlis Bandaran Odense)

  • Mendapat perhatian media apabila enggan berjabat tangan dengan lelaki tetapi dengan meletakkan tangan di dada ketika ber'salaman'

  • Menjadi jurucakap dan koordinator kepada 11 organisasi Muslim ketika memprotes penerbitan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW oleh Jylland-Posten

  • Menjadi hos program tujuh siri “Adam and Asmaa” di stesen TV awam, DR2 tahun lalu.

  • Ahli parlimen Danish People's Party Aase Madsen mengecam DR2 membenarkan Asmaa menggunakan saluran itu mempengaruhi penonton mengenai “apa yang baik dalam Islam.”

  • DR2 pertahankan keputusannya memilih Asmaa sebagai hos kerana beliau layak.


Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 6:38 AM   5 comments
Saturday, May 26, 2007
Gaji naik
Gaji kakitangan kerajaan naik hingga 35%!. Apa kata mereka?

Kakitangan kerajaan: "Syukur alhamdulillah... "

Peniaga : "Best nye... harga barang naik, banyak untung kita lepas ni wooo..."

Pekerja swasta: "Alamak, bestnya diorang. Kita bila nak naik gaji ni? Dah la harga barang naik..."

Penoreh getah : "Ambo (saya) ni doh la hok susoh doh, hargo baghe (barang) naik pulok. Payoh la gini... Nok make (makan) pun bo-bo (sekadar) cukup jah. Anok-anok nok skoloh lagi..."

Mahasiswa: "Adoi... harga barang naik, harga makanan naik, parah la kita. Biasiswa dan pinjaman kita bila nak naik?"

Pihak kerajaan: "Ini bukti keprihatinan kerajaan kepada rakyat. Rakyat patut berterima kasih kepada kerajaan"

Pihak pembangkang: "PRU semakin dekat. Ini strategi politik apabila rakyat marah dengan kenaikan harga minyak, barang dan tol. Lagipun, kenapa sekarang baru dinaikkan gaji?"

Walau apapun kata mereka, impak dari kenaikan gaji ini amat besar. Belum apa-apa, harga barang nak melambung. Kos hidup meningkat. Bagi 1 juta lebih kakitangan kerajaan, tak mengapalah kerana gaji mereka juga naik.

Tapi bagaimana pula dengan lebih 20 juta lagi rakyat Malaysia yang tidak bekerja dengan kerajaan? Penoreh getah, peneroka, pekerja swasta, pelajar, pekebun kecil dan lain-lain. Tidakkah mereka juga akan terkesan dengan perubahan sosio-ekonomi itu nanti? Bagi mahasiswa seperti saya, kenaikan harga minyak dahulu sudah cukup terasa. Apatah lagi apabila entah apa lagi harga barang yang akan naik. Kalau dinaikkan pinjaman, (diulangi.. KALAU) seksa pula apabila nak bayar nanti.

Beriman dengan ekonomi kapitalis ini, walau apapun yang dilakukan ia tidak menjadikan kehidupan ini lebih baik. Golongan yang tertindas akan sentiasa wujud dan bertambah.

Menarik untuk dibaca:
1. 1 juta dapat manfaat, 24 juta hidup tertekan"
2. Rintihan anak muda
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 10:59 AM   6 comments
Tuesday, May 22, 2007
Sejarah yang tidak akan dilupai
Intanbul, 2003 - Liverpool ketinggalan 0-3 kepada AC Milan pada separuh akhir pertama ketika final Liga Juara-Juara 2005. Tetapi Steven Gerrard mengetuai kebangkitan Liverpool pada separuh masa kedua menyamakan kedudukan kepada 3-3. Liverpool kemudiannya menjuarai kejohanan melalui jaringan penalti penentuan.

Sesiapa sahaja peminat bola sepak pasti mengetahui sejarah ini. Dan sejarah ini telahpun tercatat menggambarkan kehebatan Liverpool bangkit dari dibelasah pada 45 minit pertama. Dan pastinya sejarah ini akan terus disebut-sebut selagi permainan bola sepak masih wujud di muka bumi. Tiada siapa boleh menafikan, ia memang suatu yang hebat.

Tetapi, berbangga dengan sejarah sahaja tidak cukup. Yang kita hadapi adalah sekarang dan masa depan. Usaha yang perlu dilakukan adalah mencorakkan sekarang dan masa depan agar ia akan terus terlakar sebagai sebuah sejarah yang akan diingati.

24 Mei ini, di Stadium Olimpik Athens, sekali lagi Liverpool dan AC Milan bertemu. Maka satu lagi sejarah akan terlakar...

Mahasiswa dan Sejarah

Suatu ketika dahulu, mahasiswa begitu vokal dalam isu-isu tanahair. Demonstrasi Baling dan Tasik Utara adalah antara sejarah besar yang telah diukir dalam plot kebangkitan mahasiswa. Era reformasi pada 1998 juga menyaksikan mahasiswa turut bangkit bersama kebangkitan rakyat.

Namun, sejarah adalah sejarah. Masa depan pula isu yang berbeza. Sekarang adalah period kemurungan gerakan mahasiswa. Apakah ini sejarah yang ingin kita tinggalkan untuk generasi akan datang?

Walau apapun halangan dan cabaran, ia tidak sepatutnya merencatkan keaktivisan mahasiswa, khususnya mahasiswa Islam. Tidakkah mereka belajar, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat telah menempuh suatu period yang paling sukar dalam sejarah? Namun, dek kerana keyakinan terhadap kebenaran dan keadilan Islam yang tidak berbelah bahagi, mereka terus berjuang walaupun menjudikan nyawa dan darah. Hasilnya.. seluruh dunia dapat mengecap nikmat Islam.

Belum terlambat untuk gerakan mahasiswa Islam kembali mengorak langkah. Zaman berbeza memerlukan pendekatan berbeza.

Bolehkah kita kembali melakar sejarah yang hebat? Pastinya ia bukan suatu yang mustahil. Ciptalah sejarah yang tidak akan dilupai...

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 6:49 PM   2 comments
Sunday, May 20, 2007
Big Ideas
25 BIG IDEAS: The SCIENCE that's CHANGING our WORLD, buku yang disusun oleh Robert Matthews terbitan Oneworld Publication mengetengahkan 25 idea-idea dan teori-teori besar dalam bidang sains yang telah merubah cara berfikir, persepsi dan paradigma seluruh dunia!

Dari 'Big Bang Theory' hinggalah 'Theory of Everything', buku ini benar-benar menggambarkan kehebatan saintis dalam menghuraikan misteri alam ini secara saintifik.

Idea yang mengubah sejarah

Prof Abdullah Al-Ahsan, pensyarah di UIAM ketika diajukan soalan, kenapa idea dari seseorang yang diterjemahkan kedalam sebuah buku mampu mengubah dunia. Maka beliau:

Buku yang hebat, dibaca oleh pembaca yang hebat?"

Mengeluarkan idea itu satu hal. Menyebarkan idea pula hal yang lain. Idea yang hebat tetapi jika tidak disampaikan kepada orang yang betul melalui cara yang betul, maka ia akan menjadi sia-sia, tidak dihargai dan tidak menghasilkan apa-apa.

Idea Sains untuk orang sains?

Dalam buku 25 BIG IDEAS, penemuan-penemuan sains yang dibongkar amat signifikan dengan kehidupan. Jika ditambah dengan sentuhan Aqidah, maka ia akan menggambarkan betapa agungnya TUHAN yang menciptakan alam ini. Perasaan 'kagum' dan 'takjub' ini tidak dapat digambarkan dengan luahan kata. Ia adalah sejenis 'perasaan' yang mengalir dalan urat darah, yang dicetuskan oleh kesedaran otak, (Teori 'Kesedaran' - Conciousness Theory - juga salah satu dari subjek BIG IDEA dalam buku ini) merangsang segala organ dan anggota tubuh untuk turut merasa 'perasaan' itu.

Penangan dari idea sains ini amat hebat. Masih terngiang-ngiang di telinga Awan, Cikgu Kamal Bahri, Guru Biologi ketika Awan di sekolah menengah pernah berkata: "Orang yang belajar Biologi boleh jadi lebih beriman dari orang yang belajar agama (secara fasafah)". Jika difikirkan kembali, ada benarnya kata-kata itu.

Sayangnya, idea-idea ini hanya diketahui oleh mereka yang belajar sains. Itupun bukan semua. Alangkah baiknya jika idea ini mampu disebarluaskan agar perbincangan tentang Islam ini menjadi lebih dinamik dan menarik lebih ramai orang untuk mendekati dan merasai kehebatan Islam

Keghairahan berfikir

Awan amat tertarik terhadap Fathi Aris Omar dalam artikelnya: Usrah membodohkan ahli? (sila ambil perhatian kewujudan tanda soal di situ). Ustaz Hasrizal juga turut mengulas artikel ini dalam entri beliau:Menghambarkan sebuah kehebatan. Dalam artikel beliau, Fathi Aris Omar memetik tulisan John Stuart Mill dalam buku On Liberty:

“[As] a thinker it is his great duty his first duty to follow his intellect to whatever conclusions it may lead. Truth gains more even by errors of one who, with due study and preparation, thinks for himself, than by the true opinions of those who only hold them because they do not suffer themselves to think.”

Sesiapa pun berhak membuahkan idea yang hebat. Sayangnya disebabkan pelbagai faktor, masyarakat kita menjadi golongan yang malas berfikir. Prof Syed Husein Al-Attas menyatakan: “Masyarakat tanpa kaum intelektual yang berkesan [dan juga malas] tidak mampu merumuskan masalah,” (Kata-kata ini juga dipetik dari artikel Fathi Aris Omar).

Mungkin ini antara faktor kita miskin idea, tidak produktif, lembap, 'bentat sembab', lesu, tidak responsif, tidak berdaya saing, tidak itu dan tidak ini...

Mahasiswa dan budaya berfikir

Mahasiswa sepatutnya adalah golongan yang hebat. Mereka sepatutnya hidup dalam budaya berfikir dan intelek. Mereka sepatutnya mampu membutirkan gagasan-gagasan baru sebagai alternatif untuk membaikpulih masalah-masalah masyarakat. Mahasiswa sepatutnya dapat mempengaruhi corak sosial negara.

Tetapi yang sepatutnya berlaku itu tidak berlaku. Hidup mereka hanyalah mendengar suapan pensyarah dalam kelas, balik ke bilik, main game dan bersembang, petang turun bermain, hujung minggu keluar makan angin. Seperti robot yang diprogramkan, maka kehidupan mereka hanya di lingkungan itu. Mahasiswa Malaysia lebih lesu dari lembu yang dicucuk hidung. Lembu pun kadang-kadang tahu melawan.




Kita bukannya mahu melihat mahasiswa yang memberontak, ganas dan anti-kerajaan (anarchism). Kita bukannya mahukan mahasiswa yang suka berpiket disana-sini. Tetapi kita inginkan mahasiswa yang ada sensitiviti dan daya responsif yang tinggi. Mahasiwa yang berperanan untuk masyarakat. Masyrakat pula terasa dan terkesan dengan kewujudan mahasiswa. Teringat pula slogan "Dari kampus ke lapangan ummat". Slogan yang baik, tetapi sejauh mana pula realitinya?


Mahasiswa semakin malas berfikir...


Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 6:41 AM   4 comments
Thursday, May 17, 2007
Selamat Hari Guru
*Posting kali ini dipetik dari Karya A.Samad Said (kalau tak silap...), Allahyarham Usman Awang (terima kasih kepada Kitaro) dan telah diterbitkan kembali (dan dicopy oleh Awan) di blog Amin Idris.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!


Terima kasih kepada semua cikgu-cikguku di:

1. Sekolah Kebangsaan Bandar (1992-1997)
2. SMKA Falahiah (1998-2002)

Jasamu semua pasti kukenang sampai akhir hayat!
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 2:24 PM   3 comments
Sunday, May 13, 2007
Selamat Hari Ibu
Sempena Hari Ibu ini, Awan ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua IBU di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.


Khusus untuk ibuku, Hjh Khadijah bt Hj Harun...
Setiap hari adalah Hari Ibu bagiku. Kasihku padamu tiada batasan tempat dan waktu.

Ma...

Terima kasih atas segalanya... Ampunkan anakmu ini atas segala kesilapan... Doakan agar aku akan jadi anakmu yang soleh... insyaALLAH...

"Wahai TUHANku, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu-bapaku, dan rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka menjagaku ketika aku masih kecil..."


Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 1:04 PM   3 comments
Saturday, May 12, 2007
Ada Apa Dengan Melayu?
Semalam (11 Mei 2007), sempena Hari UMNO ke-61, Pak Lah selaku Presiden UMNO menyeru ahlinya mempertahankan UMNO. Muka depan Berita Harian 12 Mei 2007 melaporkan:

Pertahan UMNO: Pak Lah

Ada apa dengan UMNO? Dalam
Perlembagaan UMNO, Fasal 3 menyatakan:

"UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara"

Ringkasnya, Parti UMNO adalah untuk MELAYU. Tidak lebih dari itu! Tiada tempat untuk Ah Cong dan Raju dalam UMNO. Mereka tak dibenarkan untuk mengisi borang ahli UMNO.

Walaupun Awan orang Melayu, Awan ingin membawa persoalan:

"Ada apa dengan Melayu?"

Istimewa sangatkah mereka yang tertulis 'Melayu' dalam MyKad mereka? Sejauh mana sangat keistimewaan mereka?

1. Boleh masuk ke Amerika Syarikat tanpa perlu visa?
2. Boleh masuk stadium di Athens untuk tengok match
Liverpool vs AC Milan tanpa bayar tiket? (Oh.. pastinya Awan dan pakdi orang pertama yang akan pergi)
3. Boleh naik ke bulan tanpa guna roket?
4. Boleh terjun di kutub utara? Oh... Pak Cik Samad kat Kg Hulu Sat tu, Kuala Lumpur pun tak pernah sampai... apa lagi kutub utara. Dia pun Melayu juga.
5. Tawan puncak Everest? Er...
Sir Edmund Hillary tu orang Melayu ker?
6. Melayu tak pernah dapat masuk World Cup.
TOGO lagi power dari Melayu apa...

Oh... Awan terus tertanya-tanya.. apa istimewanya Melayu?

(Gambar hiasan ketika Liverpool menjulang Piala Liga Juara-juara 2003 menewaskan AC Milan)

Bahkan...

1. Malaikat Munkar dan Nakir tak tanya korang BANGSA apa dalam kubur. Kalau jawab bangsa Melayu pun, belum tentu korang terlepas dari sebatan dan paluan diorang dalam kubur tu.
2. Korang (orang Melayu) takleh bawak MyKad masuk kubur. Macamana Malaikat Munkar dan Nakir nak pastikan korang pure Melayu? Haha. Kalau bawak pun, MyKad korang tak laku dalam tu.
3. Takde golongan/ barisan khusus untuk orang Melayu yang dapat naungan ALLAH kat akhirat kelak.
4. Takde syurga khusus yang kat pintunya tertulis 'Syurga Melayu'

Habis... apa istimewanya Melayu???

Entah!

Habis, ke mana halatuju perjuangan UMNO yang membawa semangat nasionalisme (baca: asobiyyah) Melayu itu?

Entah!

Adakah para pemimpin UMNO dapat memberi jaminan bahawa orang Melayu akan selamat dunia dan akhirat?
Entah!!!

Bersambung... (kalau aku rajin nak sambung)

Pastikan korang baca:

1.
Islam itu Universal


Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 2:21 PM   0 comments
Thursday, May 10, 2007
Integriti?
Utusan Malaysia 9 Mei melaporkan:

"Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua kerajaan negeri dan sektor korporat di negara ini melaksanakan inisiatif memantapkan tahap integriti seperti diguna pakai kerajaan, demi kebaikan rakyat serta negara."

Slogan

'Mereka' memang pandai bercakap. Menghebohkan slogan-slogan kosong dan retorik. Islam Hadhari, modal insan, integriti, banteras rasuah, perpaduan nasional. Tapi sejauh mana slogan dan teori itu diamalkan? Jawapannya: TIDAK. Kalaupun ada, ia cuma kosmetik dan tempelan yang bersifat politik, untuk melindungi wajah 'mereka' yang hodoh, buruk dan busuk.

Sejak dulu lagi kita dah dengar 'suara' PM yang komited ingin membanteras rasuah. Alih-alih, Pengerusi BPR sendiri mempunyai tuduhan rasuah (walaupun belum dibuktikan bersalah). Belum dikira pemimpin-pemimpin yang lain.

Semua rakyat telah sedia tahu dan sedia faham, UMNO tidak dapat lari dari rasuah. Ia telah menjadi darah daging, akar umbi, sebahagian dari gaya hidup orang UMNO. Tak percaya? Kita tunggu Perhimpunan Agung UMNO akan datang!

Integriti

Kali ini 'mereka' bercakap tentang integriti pula. Masih segar diingatanku, ketika pihak Institut Integriti Malaysia (IIM) datang ke kampus Awan beberapa bulan lalu menyampaikan ceramah penerangan tentang Pelan Integriti Nasional(PIN).

Ketika sesi soal jawab, maka timbullah soalan tentang sejauh mana integriti di kalangan ahli Parlimen, dikala Ahli Parlimen sendiri, Dato' Shahrir Samad mempertikaikan integriti ahli-ahli parlimen. (Ketika itu sedang panas isu Dato' Shahrir meletak jawatan sebagai Pengerusi BBC sebagai protes terhadap ke'hampes'an integriti parlimen).

Maka penceramah dari IIN itu (namanya tidak kuingat.. sori bang) memberikan jawapan, menggambarkan kekecewaannya terhadap kerjasama dan komitmen ahli parlimen sekarang. antara jawapan yang Awan ingat: "Tidur ketika diberi taklimat tentang PIN". Hah? Tidur?? Maka, merujuk kepada motto Kitaro: The thing speaks by itself!

Itu belum dikira integriti personaliti, salahlaku rasuah, kronisme, nepotisme, keadilan, ketelusan, pencabulan demokrasi, kebebasan media dan lain-lain

(Nota kecil: 3 Mei lepas adalah Hari Kebebasan Akhbar Sedunia)

Integriti dan Islam

Islam telah lama menyeru kearah integriti. Nabi Muhammad SAW dan tokoh-tokoh Islam lain telah lama menunjukkan contoh untuk diteladani.

Al-Qur'an telah merakamkan:

“Sesungguhya orang yang paling baik untuk engkau ambil sebagai pekerja ialah ialah orang yang kuat (Al-Qawiy) dan dapat dipercayai (Al-Amin)”

- Surah Al-Qasas : 26 -

Muhammad bin Abdullah pernah bersabda:

“Mu’min yang kuat (Al-Qawiy) itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mu’min yang lemah”

- Diriwayatkan oleh Muslim -

Sila baca entri Awan yang lepas untuk huraiannya: Kuat

Artikel menarik:

1. Anti Slogan - Ustaz Hasrizal
2. Muntahan Otak - Fathi Aris Omar

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 5:01 AM   3 comments
Tuesday, May 08, 2007
To LEARN or to EARN?
Pagi tadi, (Selasa, 8 Mei 2007) aku sempat menonton Malaysia Hari Ini. Tetamu jemputan adalah Dr Shukri Abdullah, seorang motivator terkenal yang membicarakan tentang motivasi untuk memulakan keusahawanan. Beliau telah mengungkapkan sesuatu yang cukup menarik minat aku:

"To learn in more important that to earn"

Hari ini adalah hari ketiga aku memulakan karier (cheewah) sebagai seorang pekerja part-time di sebuah firma guaman tempatan. Apa kerjanya? Tiada spesifik tugas. Semua kerja telah kubuat dalam 3 hari ini.
Key-in data, bayar bil, hantar surat, stamping, menyelongkar timbunan fail, jawab telefon, fotostat, semak data. Mungkin tak lama lagi aku akan ganti bos aku untuk uruskan kes-kes pulak. Haha. Gajinya? Aku pun tak tahu. Apabila ditawarkan untuk bekerja, aku terus menerima dan melapor diri tanpa banyak soal. Ketika Awan menerima tawaran itu, tujuan yang ada dalam kepala aku hanya satu: BELAJAR. (di samping mengisi masa cuti. Hehe)

Ada pepatah mengatakan:

"Pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan"

Aku semakin menyedari hakikat itu. Dalam 3 hari ini, aku telah mengenali lebih ramai orang dengan pelbagai lagi cerita dan kerenah, yang setengahnya langsung tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Di kalangan staff di ofis itu sahaja (yang 90% adalah wanita!), 1001 cerita telah kutahu. Belum dikira sepak terajang 'politik kerja' yang lain.

Benarlah kata orang, kehidupan dan cabaran di kampus hanyalah cebisan kecil dalam kehidupan. Berhadapan dengan 'dunia luar' adalah jauh lebih mencabar. Umpama lautan yang tidak dapat dijangka ombak dan gelombangnya.

Dunia kampus adalah
training ground bagi mahasiswa sebelum tercampak ke 'dunia luar'. Untuk survive dalam 'dunia luar' dan 'politik kerja', mahasiswa perlu jadi individu yang benar-benar kental dan competence. Jangan hanya selesa dalam atmosfera sendiri sahaja.

Jika tidak, korang (mahasiswa) akan hanyut dilanda arus 'dunia luar' yang tidak dapat diduga.

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 7:26 PM   2 comments
Saturday, May 05, 2007
Ijok : Art of War

Walaupun Pilihanraya Ijok telah berlalu, tetapi isu-isu pasca-pilihanraya Ijok masih hangat dibicarakan oleh tokoh-tokoh politik dan penganalisis arena politik negara.

Pilihanraya umpama peperangan. Strategi, serangan, pertahanan, komander, tentera, saraf, risikan, persenjataan dan lain-lain elemen peperangan, semuanya ada dalam pilihanraya. Mungkin ramai yang tidak tahu apa yang ada 'disebalik tabir' pilihanraya. Ramai yang hanya menganggap undi itu sudah cukup menggambarkan demokrasi. Namun, keputusan itu adalah natijah dari kerja-kerja 'disebalik tabir'.

Umpama menang sebuah perang. Menang adalah natijahnya. Namun, rahsia yang membawa kepada kemenangan itu terdapat 'disebalik tabir' perang itu sendiri. Risikan, saraf, propaganda, strategi dan sebagainya.

Sun Tzu dalam karya agungnya: Art Of War menyatakan salah satu seni dalam peperangan adalah:

"To secure ourselves against defeat lies in our own hands, but the opportunity of defeating the enemy is provided by the enemy himself"


Mungkin Anwar Ibrahim dan BA telah belajar seni ini apabila mereka menumpukan 'serangan' kepada Barisan Nasional, khususnya Dato Seri Najib secara besar-besaran terhadap weak point mereka. Pada masa yang sama 'mengangkat' Tan Sri Khalid sebagai 'strong point' untuk menggambarkan kekuatan PKR.

Jangan paksa saya dedah skandal peribadi anda - kata dua Anwar kepada Najib

Samy hanya layak lawan Nallakaruppan - Anwar

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 2:08 PM   2 comments


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates