Thursday, September 28, 2006
Power of THE REDS III
Liverpool menang lagi!

Crouch lipat maut!


Gambar ini di ciplak dari blog pakdi. Sori bang... :P


Imbas kembali...

Ketika ditemuramah tentang kejayaannya menjaringkan gol, Xabi Alonso menjelaskan:

"Saya sebenarnya ingin melakukan hantaran kepada Gerrard, tetapi dihalang oleh pengadil. Kemudian saya mendapati penjaga gol Tottenham berada di hadapan. Saya terus melakukan rembatan ke arah gol"

[au kama qaal...]

1. Matlamat. Adalah tidak bijak bermain bola tanpa gol. Oleh itu, tetapkan matlamat dalam kehidupan dan teruskan berusaha untuk mencapainya.

2. Peluang. Kita mungkin terlepas beberapa peluang dalam hidup kita. Tetapi itu bukan bermakna kita tidak akan mempunyai peluang langsung. Bahkan, mungkin peluang tersebut adalah lebih baik.

Namun, kita tidak mampu meramal masa depan. Oleh itu, manfaatkan setiap peluang yang dianugerahkan kepada kita untuk meraih matlamat yang kita inginkan. Memanfaatkan peluang adalah salah satu cara untuk kita menunjukkan rasa syukur kepada nikmat Tuhan

Ketika di sekolah, Awan sering di peringatkan dengan sepotong ayat Al-Quran:

"Jika kamu bersyukur (ke atas nikmat yang Aku berikan), maka nescaya aku akan tambahkan nikmat kepadamu. Tetapi sekiranya kamu kufur (tidak bersyukur), maka sesungguhnya azabku amatlah pedih"

Bersyukur bukan sekadar melafazkan "Alhamdulillah". Tetapi bersyukur adalah, bagaimana kita menggunakan segala nikmat yang ALLAH anugerahkan kepada kita.

Maka, manfaatkan segala yang kita ada untuk mencapai RedhaNYA.
Amin...

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 10:40 AM   2 comments
Wednesday, September 27, 2006
26 hb datang lagi....
[26 September 2006]

Awan menghitung kedatangan 26hb setiap bulan. Setiap kali tarikh ini datang, setiap kali itulah manusia yang lemah seperti Awan akan bersedih...

Kenapa?

Ini blog yang aku abadikan khas untuk Sahabatku.... Khairul Azri bin Mohd Annuar

Al-Fatihah...

http://www.youtube.com/watch?v=cmUFVIopB9g


Walau apapun, perjuangan mesti diteruskan oleh kita yang masih HIDUP...
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 3:30 PM   0 comments
Monday, September 25, 2006
...sambungan [The Reds dan Prinsip]
[entri ini sambungan dari entri lepas]

Sedutan entri lepas...

Kenapa anda memilih Liverpool?
YOU'LL NEVER WALK ALONE!

sambungan...

Kenapa anda memilih Aspirasi?

Mereka banyak duit?
Mereka balaci orang yang 'berkuasa'?

Kenapa pula anda memilih WUFI?

YOU'LL NEVER WALK ALONE!
(Sesungguhnya ALLAH bersama kami...)

Ulasan...

Kita menyokong bukan kerana sentimen...
Kita menyokong bukan kerana kepentingan peribadi...

Ini adalah persoalan PRINSIP!
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 5:32 PM   1 comments
Sunday, September 24, 2006
Power of THE REDS II
Liverpool 2 - New Castle 0


Gol tercantik abad ini dari Alonso!
Sayonara Beckham...hohoho

Liverpool 3 - Tottenham 0

Kenapa anda memilih Chelsea?
Kerana mereka banyak duit?

Kenapa anda memilih Man U?
Kerana mereka memang power sejak dulu?

Dan....

Kenapa anda memilih Liverpool?
Kerana Liverpool berkata... YOU'LL NEVER WALK ALONE!
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 3:51 PM   0 comments
Tuesday, September 19, 2006
Atmosfera kampus I
Apabila atmosfera Malaysia di cemari dengan jerebu

Laporan berita, nafas sesak, pandangan kabur, pengkaji cuaca sibuk, penyakit meningkat...

Bagaimana dengan atmosfera kampus akhir-akhir ini?
(Siaran tertunda...)

Ada pihak main sentimen kepartian dalam pemilihan MPM

Pertahankan idealisme mahasiswa dalam pilihan raya kampus

Sokong mahasiswa perlu pertahankan idealisme

Idealisme umpama pasak yang menunjangi KLCC. Idealisme yang utuh dan berpaksikan kebenaran tidak akan goyah dan rebah seperti Highland Towers. Tetapi ingat, Eiffel Tower dan Menara Kuala Lumpur tidak dibina dalam sehari. NY WTC tidak akan runtuh tanpa konspirasi pengeboman oleh Amerika. Walaupun ia runtuh, pasaknya kekal dan ia dikenang oleh dunia sebagai Ground Zero!

Mahasiswa mesti memasakkan idealisme. Seteguh KLCC, dan Eiffel Tower. Kalaupun ditakdirkan rebah, mahasiswa akan dikenang seperti Ground Zero. Yang pasti, jangan jadi seperti Highland Tower.

Mengembalikan kegemilangan mahasiswa!
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 12:48 PM   0 comments
Monyet, kura-kura dan burung
Apabila monyet mengajar kura-kura untuk terbang seperti burung

"Show me just what Mohammed brought that was new, and there you will find things only evil and inhuman, such as his command to spread by the sword the faith he preached."

-Petikan ucapan Pope Benedict XVI di Regensburg University.

Adakah Crusades akan kembali berdarah?

Kalau dahulu Islam memiliki Salahuddin Al-Ayyubi dan tenteranya... apa yang kita ada sekarang?

OIC? Islam Hadhari? JQAF? Jihad ekonomi?

Terima kasih kerana menyekat bantuan kepada SAR
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 10:09 AM   0 comments
Thursday, September 14, 2006
Mahasiswa tidak boleh berpolitik?
Persoalan pertama: Apa itu politik?

Jangan anggap mahasiswa tidak boleh berpolitik jika tidak tahu apa maksud dan konsep politik.

Persoalan kedua: Apa itu mahasiswa dan apa peranannya?

Adakah mahasiswa=budak sekolah? Adakah peranan mahasiswa=peranan budak sekolah? Hanya belajar, belajar, belajar dan menduduki peperiksaan?
Jangan halang mahasiswa berpolitik jika tidak tahu apa itu mahasiswa dan apa peranan mereka

SAYA TIDAK MENYESAL BERPOLITIK - Syahir Che Sulaiman

Syahir Che Sulaiman adalah pemegang 3 anugerah dalam Convest UIAM ke-22 baru-baru ini

1. University Level Award - Rector Award for Active Student in National Level Curriculum Activity
2. Best Student for Kulliyyah of Economics
3. Special award Unvar Rahman Best Student Award
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 10:39 AM   0 comments
Wednesday, September 06, 2006
Steve Irwin dalam kenangan
Walaupun jarang mempunyai peluang untuk menoton, Awan amat meminati rancangan "Crocodile Hunter" yang dikendalikan oleh Steve Irwin.

Photobucket - Video and Image Hosting

Namun, pada 5 September 2006, Steve Irwin telahpun terbunuh kerana disengat oleh ikan pari ketika penggambaran di Timur Australia

Bagi Awan, rancangan tersebut bukan sahaja akan mengajak penonton mengenal alam haiwan secara lebih dekat, malahan mengajar kita untuk menghargai dan menyayangi ciptaan Tuhan

Walaupun Steve bukan beragama Islam, tetapi Awan mengagumi beliau kerana:

1. Beliau mempunyai kualiti diri tesendiri yang jarang dimiliki oleh manusia lain. Dan kebolehan yang beliau miliki di gunakan pada saluran yang tepat.

2. Beliau mengajar kita untuk menyayangi makhluk lain, sekalipun ianya adalah haiwan liar. Antara kata-kata yang sering dilafazkan oleh Irwin apabila menangkap seseekor haiwan adalah : "Wow, its buautiful!", "Fantastic!", "Don't you see it? It is so beauty"... sekalipun haiwan itu adalah haiwan buas dan pada pandangan kita haiwan itu lebih buruk dari sekor cipan.(Peringatan: Cipan adalah sejenis makhluk yang comel...hehe).

3. Beliau tidak pernah mengeji haiwan. Sekalipun disengat ataupun digigit, beliau mengatakan, "Itu adalah kesalahan kita kerana mengganggu dia (binatang)", atau,
"Jangan salahkan dia (binatang) kerana dia terasa terancam dengan kita"

3. Sepanjang hayat beliau, beliau telah meninggalkan legacy yang cukup besar kepada dunia. Setidak-tidaknya dalam pendokumentarian kehidupan haiwan. Beliau telah menunjukkan kesungguhan dan minat luar biasa dalam mencintai haiwan dan alam semulajadi.

4. Beliau telah mendorong manusia lain untuk turut mengenali dan menyayangi haiwan serta mencintai alam semulajadi.

Sebenarnya, semua ini telah di ajar oleh Islam. Allah menyatakan dalam Al-Quran bahawa alam ini dicipta untuk kita memikirkannya dan mengambil manfaat darinya:

"Mereka yang mengingati Allah, dalam keadaan mereka berdiri dan duduk dan berbaring, dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi. dan berkata' "Wahai Tuhan kamu, tidaklah kamu menciptakan semua ini secara sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab api neraka" [Ali Imran]

Islam juga mengajar kita supaya berakhlak baik kepada semua makhluk, termasuk haiwan dan alam semulajadi. Sabda Nabi Muhammad SAW:

"Sesungguhnya aku di utus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"

Namun, walau sehebat manapun seseorang itu, ia tetap tidak terlepas dari maut

"Setiap yang berjiwa itu pasti akan merasai maut"

Awan pasti, Steve Irwin the Crocodile Hunter akan terus dikenang oleh dunia.

Takziah!

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 1:55 AM   3 comments
Tuesday, September 05, 2006
Tahniah Angkasawan Negara
Awan mengucapkan tahniah kepada :


1. Dr Sheikh Muszaphar Shukor,
(kiri) Pegawai perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
2. Kapten Dr Faiz Khaleed, (kanan) doktor gigi Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

kerana terpilih sebagai calon akhir Angkasawan Negara.

Sebagai rakyat Malaysia, Awan tumpang bangga. Sekurang-kurangnya, kedua-dua yang terpilih adalah Muslim. Orang Islam telah membuktikan, kita mampu bersaing hingga ke tahap angkasa!

Kata-kata pepatah ada menyebut:

"Pengalaman adalah guru yang terbaik. Dan adalah lebih baik jika belajar dari pengalaman orang lain"

Dilaporkan, 10000 orang yang mengikuti temuduga untukmenjadi calon angkasawan. Tetapi, mengapa hanya mereka berdua yang terpilih? Bagi Awan, ada 3 sebab utama:

1. Matlamat : Mereka meletakkan metlamat yang jelas - ingin menjadi angkasawan - dan kini mereka telah mencapainya.

2. Kualiti : Mereka memiliki kualiti diri yang melayakkan mereka menjadi yang terbaik di kalangan yang terpilih.

3. Usaha : Kualiti bukan anugerah percuma. Ia perlukan usaha yang luar biasa untuk mencapainya. Berbekalkan matlamat sebagai sumber inspirasi, mereka terus berusaha meraih kualiti diri selayaknya, to be the best among the best!

Tahniah!

Masalah Fiqh : Camana agaknyer nak solat masa kat angkasa nanti ek?
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 11:17 PM   0 comments
Pendidikan
Dalam Bajet 2007 yang dibentangkan, Kerajaan telah memansuhkan yuran peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Awan menyokong penuh tindakan kerajaan dalam hal ini. Inilah salah satu kesenangan yang wajar dikecapi oleh rakyat hasil dari kemakmuran ekonomi negara, seperti juga lain-lain khazanah negara seperti minyak dan elektrik.

Namun ini bukan noktah dalam isu pendidikan. Sistem sedia ada dilihat gagal melahirkan produk yang berkualiti. Jenayah-jenayah yang melibatkan pelajar juga semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Ini tidak selaras dengan tuntutan pendekatan Islam Hadhari dan RMK-9 yang menumpukan kepada pembentukan modal insan yang berkualiti.

Justeru, Awan ingin melontarkan beberapa pandangan dan saranan :

1. Rakyat berhak merasai segala kemudahan dan khazanah dalam negara seperti hak untuk mendapat pendidikan yang sempurna dan merasai keuntungan hasil minyak.
2. Isu ini tidak dijadikan diversion daripada isu minyak. Rakyat masih belum lupa bahawa kami teraniaya lantaran kenaikan harga minyak.
3. Sistem pendidikan sedia ada perlu di review dan di ubah agar memenuhi tuntutan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.
4. Pandangan pelbagai pihak perlu diambil kira, termasuk golongan mahasiswa yang telah merasai sendiri ‘kerosakan’ sistem pendidikan sekarang
Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 8:51 AM   0 comments
Monday, September 04, 2006
UNIVERSAL
“Salah satu sebab UMNO-BN gagal mencapai agenda membentuk satu rupa bangsa ialah kerana ia melanjutkan dasar ‘pecah dan perintah’ yang diwarisi daripada penjajah”

- Petikan ucapan Dr Syed Husin Ali, ketika menyampaikan ucapan perasmian Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Ke-3, 1hb September 2006, di Hotel Equatorial, Pulau Pinang

Luka lama ditarah kembali

Mutakhir ini, Isu-isu berbau perkauman nampaknya kembali berbangkit dalam beberapa kenyataan pemimpin-pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional. Walaupun ada kata-kata untuk menafikan bahawa yang mereka ungkit bukanlah isu perkauman, tetapi rakyat Malaysia pintar untuk menilai.

Awan tidak ingin menyiarkan kembali beberapa kenyataan dari pemimpin-pemimpin besar tersebut. Mereka nampaknya tidak belajar dari pendekatan Islam Hadhari yang telah kerajaan canangkan. Sepatutnya, setelah pendekatan Islam Hadhari dilancarkan, pemimpin parti-parti komponen BN (selaku parti pemerintah Malaysia) telah belajar rahsia dan resipi perpaduan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Suka ditegaskan, Awan bukanlah anti-BN. Sebagai rakyat Malaysia, Awan cukup prihatin tentang isu perpaduan. Apatah lagi Malaysia pernah merakam sejarah hitam perbalahan antara kaum pada 13 Mei 1969. Awan sayangkan Malaysia. Awan menyokong penuh usaha Kerajaan dalam usaha untuk menyatupadukan semua kaum, selagi method yang digunakan betul-betul sah dan tidak mengabaikan prinsip.

Formula perpaduan Islam

BN perlu belajar bagaimana Rasulullah SAW berjaya menyatukan seluruh dunia. Bukan sekadar Melayu, China dan India, malah pelbagai bangsa dan negara tunduk kepada rahsia pepaduan oleh Islam yang digunapakai oleh Nabi Muhammad SAW. Tidak ada lagi sebarang negara atau kuasa yang berjaya mewujudkan perpaduan dan kebersamaan sama seperti yang pernah diwujudkan olejh Islam.

Bangsa-bangsa seperti Arab, Rom, Parsi dan China adalah contoh bangsa besar yang berjaya disatukan berdasarkan formula yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Itu belum dikira bangsa-bangsa kecil dan pecahan-pecahan bangsa Arab yang terdiri dari puak-puak dan kabilah-kabilah yang tidak terkira banyaknya.

Bermula dari penyatuan 2 puak Arab yang sentiasa berbalah sejak turun temurun – Aus dan Khazraj – hinggalah kepada penyatuan kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi, formula yang diguna oleh Muhammad bin Abdullah ini terbukti berkesan. Apa rahsia yang digunakan? Itulah AQIDAH ISLAMIYYAH.

Islam sesuai untuk semua manusia, melangkaui sempadan kaum, bangsa dan negara serta tidak terbatas kepada zaman, kurun dan waktu. Ini adalah salah satu dari ciri-ciri istimewa yang ada pada Islam. Islam bersifat ‘ALAMIYYAH @ UNIVERSAL

Read the rest of this entry!
posted by Awan Badai @ 8:16 AM   0 comments


SHARINGAN:
Not only meets the EYE


"Lihat, belajar, aplikasi dan pengaruhi..."

Photobucket - Video and Image Hosting

Dell Coupon Code
Hit Counters
Online Users

Locations of visitors to this page

Malaysian Muslim Blogs

 
About Me

Name: Awan Badai
Home: Indera Mahkota, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile

Shout Box





Previous Post
Archives
Template By
Free Blogger templates